Home Puisi Kisah Hidup Aku Pernah
Aku Pernah
Embun
16/9/2019 22:48:15
1,597
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup
Aku pernah kecewa
Kerana percaya akan janji yang rupanya dusta

Aku pernah menangis
Kerana sakitnya hati yang selalu diguris

Aku selalu sendiri
Walaupun adanya dia dalam satu perhubungan

Aku pernah derita
Dan dukaku disimpan menjadi satu cerita

Aku selalu ketawa
Agar aku nampak bahagia

Akhirnya,
Suka dan duka menjadi satu
Tangis dan tawa menjadi lagu
Mencipta satu melodi yang mendayu
Kesunyian dan kesepian bertemankan bayu

Akhirnya jua

memori luka menjadi sebuah diari.

-embun-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Embun