1,897
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Tangisan Perantau

23 Mei 2020 @ Malamnya 1 Syawal 1441

 

 

maghrib ini penuh sayu

sendu tak tertahan lagi

merai syawal cara baru

terpaksa aku menerima ini.

 

19 tahun celik mata melihat dunia

belum pernah ku merasa

raya di ibukota

Syawal terperuk sahaja

merobek jiwa gembira

Syawal kali ini besar beza.

 

aku tangiskan kerinduan

kampung halaman

ketupat mencecah nisan

rendang kekeringan

pohon nyiur melatari keindahan

kampungku Kelantan.

 

tahun ini

pertama kali

beraya di perantauan

dalam kawalan

tak keruan namun tahankan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh