Home Puisi Kisah Hidup PATAH DAN BERTAHAN
PATAH DAN BERTAHAN
IZZATUL NADIRA
22/9/2024 11:15:31
564
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup

Apa yang harus aku lakukan,

Saat hilang pertimbangan,

Saat hilang kewarasan,

Saat semua hilang dari pandangan..

 

Perginya mereka tanpa sebarang khabar,

Meninggalkan diri ini terkapai-kapai mencari sebuah kedamaian,

Tangisan sepi mengugurkan prasangka diri,

Terhadap mereka yang dulunya hadir kini hilang sembunyi,

 

Apa yang patut aku rasa,

Saat kau hadir hanya sementara,

Bilamana hati meletakkan rasa utama dari segala perkara,

Bohongnya bila terlihat tenang dari mata,

Tetapi rapuh kerana luka,

 

Kembalilah hati,

Kembalilah jiwa,

Kembalikanlah apa yang dulunya milik kita,

Teruskanlah perjalanan yang dihalangi rasa,

Untuk terus melangkah menuju jalan yang Maha Esa….

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IZZATUL NADIRA