Home Puisi Kisah Hidup Suara Rindu
Suara Rindu
T.Fate
22/3/2019 08:35:03
2,008
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup

Aku rindu..

Pada ucap kata tak terucap..

Pada bintang jauh tak tercapai..

Pada langit tak tersentuh..

Pada kenangan tinggalan memory.. pada kau yang pergi tak kembali..


Dan aku..

Hanya mampu menitipkan rindu..

Dalam gugurnya air mata

Dalam esak tangis hati

Dalam tinta suara jiwa


Kerna..

Rindu ini tak pernah terucap..

Hanya aku diamkan..

Kerna..

Mereka tidak bakal mengerti..

Perihal sekeping hati..

Kerna..

Mereka hanya menghakimi..

Tanpa memahami..

Aku di sini..


Tuhan..

Kau pendengar aku..

Hanya Kau, Ya Tuhan..

Mengerti akan erti..

Betapa dalam sebuah rindu..


Oleh itu, tuhanku..

Khabarkan padanya..

Rindu aku dari kejauhan..

Buat dia..

Moga dia, Ya Tuhan..

Sentiasa di bawah kasih sayangmu..

Kerna aku tidak disisinya..


Kerna dia..

Terlalu jauh tuk ku capai..

Kerna dia..

Adalah sebuah anugerah..

Walau dia..

Pernah membunuh jiwa-jiwa kami..

Dengan racun tingkah..

Walau kami terlalu cintakan dia..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.