HUJAN TURUN
Hujan turun
lebat berselang cahaya kilat dan dentuman guruh
Teringat Opah
Matanya telus menampakkan hatinya
Kasihnya melimpah selaju hujan yang turun
Menyuburkan benih menghilangkan noda
Pada jalan, pasir, rumput dan bumbung
Hujan turun
Menghentam tingkap kaca dapurku
Terkenang Opah
Senyuman hangat, peluk dan cium
Menghantar jauh hujan dimataku
kerana Atok
Hujan masih turun
Baunya semerbak menusuk
Terfikirkan Opah
JIka perginya dapat dihidu
seperti baunya hujan yang turun
Pasti aku akan kekal disisi
Menemani
Seperti hujan yang masih turun