keputusan nekad keinginan di nyatakan
selamat datang pancaroba 
ayah bonda didesak terima parut baru
majlis meriah rasmi ijab kabul 
genap sehari berlalu musim bahagia anakanda
malam kelam sunyi sepi rintih ayah merindu hanya bonda tahu
sesat jalan pulang anak cantik lama tidak bersua 
ada kenangan pudar tenggelam dek amarah
sekian lama pegang dendam terbalas jua
hakikat cinta nya kini terhad untuk suami sahaja
puaskah begitu? 
membiarkan patah sebelah hati derai tengah kota
melarut mimpi hitam ke pengakhiran kain putih
minit terakhir masih rasa belenggu 
kau bergelar anak mengapa tidak dari awal cuba menyerah demi kelangsungan masa depan 
pasti akan lebih baik.