Perjalanan
Dalam perjalanan yang lelah
Sering kali tersalah taakulan
Singgahan manakah utk kau
Menghela nafas kelelahan
Saat kelana di padang kehidupan
Sarat dugaan berat emosi berkecamukan
Perjalanan ini,
Hentikanlah jika sudah tiada daya
kautidak perlu jauhnya berjalan
Kerana hentianmu bukan ukuran kejauhan
Sebaliknya ketakwaanmu penjadi pengukur
Dalam perjalanan panjang hidupmu
Mai Akmam Mohd