detik meniti detik
kau hibur tanpa serik
bait-bait kau dendangkan melirik
tanpa sedar senantiasa ada bayang hitam menilik.
apakah kau masih belum sedar
noktah hidup bertanya khabar
datang jengah tanpa berkobar.
wahai pendosa
sama-sama hidup merasa
cungkilkan hawa nafsumu
kelak dilahad membelenggumu.
takut. takut. takut !
bersunyian di petak sempit
panas kedap tiada selit
apa ada cuma cacing
menemani sepi tanah dinding.
seketika pergi
talkin diusai
kerabat bersurai
mawar basah seakan semai
tinggallah sekujur tubuh longlai
disemadi pada kilang pengurai.
apakah bayangan lagi
yang menggerunkan ini
masih belum mengetuk hati
masih leka dengan duniawi ?
tanyakan diri
amalan ini
adakah ia sudah mencukupi
untuk menghadap ilahi.