TELAGA AJAIB
Wahai telaga
Ramai orang memuji mu
Kerana
Kau puaskan keinginan mereka
Kau hadirkan senyuman
Kau berikan impian
Telaga
Aku meraguimu mulanya
Tapi
Semakin ramai meyakinkanku
Aku terpengaruh tanpa sedar
Telaga
Berikanlah aku kekayaan
Berikanlah aku kebahagiaan
Berikanlah aku kesempurnaan
Dunia ini cukup kejam buatku
Dunia ini terlalu berat sebelahkepadaku
Aku hidup hina di dunia ini
Tiba-tiba
Satu suara membisikku
Doa itu pasti akan dimakbulkan
Jika kau tidak alpa
Jika kau tidak berpaling tadah
Jika kau yakin pada yang berkuasa
Dan tidak melakukan
Perkara sia-sia