Aku hanyalah sebuah pena
Cuba menuliskan cerita kau dan aku
Hanya di atas secarik kertas
Meluahkan rasa yang terbuku
Hingga sukar untuk kau hadamkan
Bayang yang muncul tika tenang
Hilang pudar ketika hingar
Sulit dilihat dalam gelap dan kelam
Tetapi wujud dalam minda yang tenteram
Kau takkan perasan kewujudan ini
Kerana aku dianggap cuma bayangan kekasih
Aku tidak pernah menyesal dengan carekarama cinta
Kerana sudah terpahat itu sudah tertulis dulu sebelum berlaku