Home Puisi Cinta 1008 - BIARKAN KU TERUS MENYENDIRI !!
1008 - BIARKAN KU TERUS MENYENDIRI !!
Ima Aima SHHS
13/7/2015 08:13:07
2,478
Kategori: Puisi
Genre: Cinta
Menjelang 1008
Hati sayuku terus merindu
Pada seorang insan dunia
Yang pernah ku kenali
Dan pernah melewati hati
Suatu tika dulu

Hampir 1008
Perasaanku berkecamuk
Bercampur-baur dengan dendam
Bukan padanya tapi insan lain
Yang memusnahkan harapan
Dan impian sehati
Memisahkan diriku
Dengannya yang sejati

Tibanya 1008
Terdetik jua rasa gembira
Dan bahagia di sanubari
Mengenang usia yang kian matang
Dan rasa ceria yang gilang
Bahawasanya dia yang aku tahu
Dari mulut orang tuaku
Masih lagi menanti
Dan setia pada janji
Anugerah dari Ilahi

Perginya 1008
Hatiku tersentuh pilu
Mengenang takdir Yang Maha Kuasa
Dan aku yang tak berdaya
Menghalang kudrat'NYA'
Yang dicipta sejak azali
Maha Suci Tuhan Yang Esa

Selamat Tinggal 1008
Aku pasti kau akan kembali lagi
Pada setiap tahun menjelang
Dan bakal mengingatkan aku
Tentang kisah dulu
Yang menyentuh kalbu
Dan naluri keperempuananku

Pasti 1008
Akan jadi kenangan abadi
Yang menyentuh sanubari
Tak akan ada insan yang lebih mengerti
Aku yang terpaksa memungkiri janji
Bukan keinginan waktu ini
Memendam rasa dari hati yang suci
Mungkin nikmat dan hikmat abadi
Kerana kudrat Ilahi
Biarkan ku terus menyendiri !!

10081995

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.