Home Puisi Cinta Sayang Awak Selalu
Sayang Awak Selalu
Faarihin Talip
1/7/2015 12:43:59
2,710
Kategori: Puisi
Genre: Cinta

15 Jun 2010

Tarikh yang tidak akan saya lupa
Awak hadir dalam hidup saya

Macam tidak percaya
Sekian lama saya hajatkan
Akhirnya dapat juga saya capaikan
Walaupun tidak dapat yang lebih kacak
Awak tetap menawan di hati saya

Hari ke hari
Cinta saya kepada awak makin bercambah
Awak buat hidup saya menjadi semakin indah
Awak buat saya menghayati alam sambil bermadah
Walaupun bukan dengan kata-kata
Tetapi ia cukup bermakna

Dan yang pasti..
Awak buat saya makin dekat dengan Sang Pencipta
Awak buat saya fikir betapa kerdilnya kita di sisi DIA
Awak.. Mungkin saya bukanlah yang terbaik untuk memiliki awak
Tetapi saya usaha untuk menjadikan awak sebagai salah satu wasilah
Wasilah untuk saya selalu ingat kepada DIA

15 Jun 2015

Kini genap sudah 5 tahun kita bersama
Mohon maaf jika ada ketikanya saya terpaksa abaikan awak
Biar apa pun yang terjadi
Moga CINTA kita terus mekar
Dan tidak rapuh dalam mencari keredaan-Nya

Nikon D3000
Sayang awak selalu!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.