Home Puisi Alternatif AKU DAN SEBATANG PENA
AKU DAN SEBATANG PENA
Noreey
9/1/2017 10:53:10
1,985
Kategori: Puisi
Genre: Alternatif

AKU DAN SEBATANG PENA

Musim-musim ku sudah pergi

Hilang bersama hembusan waktu

Berjuraian di celahan ingatan ku

Payah ku kutip satu persatu

Tiada apa lagi yang tinggal

Selain sebatang pena

Ku ketuk-ketuk di meja kenangan

Untuk aku cantumkan aksara-aksara hidupku

Menjadi cerita

Walau suka walau duka

Singkap kembali sekali lagi

Tabir indah tika kecil dulu

Dalam gelak ketawa yang masih terdengar-dengar

Hidup yang tak punya mimpi indah


Bersama pena ini

Ku coretkan cerita lama

Menjadi kenangan terindah

Abadi di jiwa

.......

Noreey

Port dickson

2 Januari 2016


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.