Home Puisi Alternatif Sebuah Pokok Beracun (Terjemahan oleh Khidir M. Yazir daripada “A Poison Tree” oleh William Blake)
Sebuah Pokok Beracun (Terjemahan oleh Khidir M. Yazir daripada “A Poison Tree” oleh William Blake)
Kid Haider
15/7/2025 01:40:47
22
Kategori: Puisi
Genre: Alternatif

Sebuah Pokok Beracun

oleh William Blake

Terjemahan oleh Khidir M. Yazir


Aku marah pada sahabatku:

Aku luahkan amarah, lalu reda jua.

Aku marah pada musuhku:

Aku diamkan, makin membara jua.


Lalu aku sirami dengan ketakutan,

Pagi dan malam, tangisan jadi siraman,

Kusinari ia dengan senyuman palsu,

Dan muslihat lembut yang menipu.


Ia pun tumbuh siang dan malam,

Hingga berbuah epal yang terang,

Musuhku nampak cahaya yang gemilang,

Dan tahu, itulah milikku seorang.


Diam-diam dia ceroboh ke tamanku,

Saat malam menyelubungi kutub itu;

Paginya aku tersenyum puas hati,

Musuhku terbaring kaku di bawah pokok itu.


oleh William Blake| Terjemahan oleh Khidir M. Yazir / Khidir Mohamed Yazir

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.