Epilog: Fail Kinrara
6 bulan kemudian.
Universiti Antarabangsa Teknologi dan Inovasi, Selangor.
Dewan kuliah sunyi. Seorang pensyarah muda berwajah tenang berdiri dihadapan kelas, menyusun helaian slaid sambil menunggu pelajar masuk. Dibelakang bilik, seorang pelajar lelaki masuk tergesa-gesa dan mengambil tempat.Tangannya menggenggam fail lusuh berwarna hitam.
“Maaf, doktor. Terlewat sikit.”
Pensyarah itu mengangguk. “Tak apa, Aiman. Saya pun baru nak mula.”
Aiman membuka buku nota. Di tepi meja, dia letak fail yang dibawanyatadi. Tulisannya hampir pudar, tetapi masih boleh dibaca:
FAIL KINRARA
CONFIDENTIAL – CLASSIFIED LEVEL 7
Sambil pensyarah bercakap tentang etika penyelidikan dan tanggungjawabsosial saintis, Aiman tenggelam dalam fikirannya sendiri. Dia tidak dengarsepatah pun. Tangannya perlahan-lahan membuka fail itu semula.
Di dalamnya, ada gambar-gambar makmal lama—bukan di Kluang, tetapi dikawasan perindustrian terbengkalai di Selangor. Ada salinan emel dari Dr.Mokhtar, berserta carta pelik bertanda simbol tenaga dan geoaktiviti.
Dan satu catatan tangan, ditulis dengan tulisan yang dia kenal sangat:
“Kita bukan selamatkan bandar. Kita cuma tangguhkan malapetaka sebenar.”– R
Aiman tutup fail itu. Dia tahu ini bukan pengakhiran. Ini cumaperalihan.
Di luar tingkap, langit mendung. Awan berat bergerak perlahan.
Hatinya bergetar. Naluri wartawan yang masih hidup dalam dirinya tahuyang badai akan datang lagi.
Dankali ini, mungkin lebih besar daripada yang pernah mereka hadapi.