Home Novelet Thriller/Aksi Stesen Berdimensi
Stesen Berdimensi
Cik Muda Yaya
2/7/2019 15:12:43
5,235
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 1

 ‘KOK KO KOK KOK’

‘KOK KO KOK KOK’

‘KOK KO KOK’,

Tidak sempat jam loceng itu hendak menderingkan sepenuh bunyinya, Alia telah menekan butang ‘OFF’ pada jam locengnya. Lantas, Alia bergerak dari tempat beradunya terus ke bilik air yang terdapat di dalam bilik tidurnya. Katil? Nanti sajalah dia kemaskan. Lagipula, matahari masih belum menjenguk ke bumi. Baru jam 0530. Lebih baik dia bersiap-siap untuk ke sekolah.

Di dapur rumah Alia, kelihatan seorang wanita berumur akhir 30-an yang sedang sibuk menyiapkan sarapan. Itulah Puan Suraya, ibu kepada Alia. “Mama, dah siap ke sarapannya?” tanya Ali yang sudah segak berpakaian sekolah. Ali merupakan abang kepada Alia. Beza umur mereka adalah 2 tahun.

“Lagi sikit je ni. Ha, Ali tolong ambilkan garam dalam kabinet”, arah Puan Suraya sambil menggoreng nasi. Ali hanya mengikut arahan ibunya.

Kedengaran azan subuh berkumandang dan ketika itu Alia baru sahaja tiba di dapur. Alia mengambil empat buah pinggan bersama empat sudu dan disusun di atas meja. ‘Adik, Mama, Angah, Kakak’, bisik hati Alia sambil jari telunjuknya menunjukkan kearah setiap pinggan di atas meja. Bunyi api terpadam, menandakan Puan Suraya sudah selesai menggoreng nasi. Puan Suraya meletakkan Nasi Goreng ke dalam mangkuk dan Ali membawa mangkuk tersebut ke meja makan. Setelah itu, dengan wajah kelaparan Alia menyenduk Nasi Goreng tersebut untuk diisi ke dalam pinggannya.

‘PAP’

 Ali mengetuk tangan Alia yang sedang memegang senduk Nasi Goreng lalu berkata, “Tak boleh ke pergi solat dulu? Makan je tau”.Alia mendengus. “Angah tu dah”, tidak sempat Alia ingin menjawab, Puan Suraya terlebih dahulu menyampuk, “Dah, dah. Pergi solat sekali korang berdua. Gaduh je. Angah pergi jadi imam. Lepas korang berdua dah solat, mama pulak. Dah nak kejut si adik lagi. Pagi-pagi dah bising. Malu kalau jiran-jiran dengar”.

Aliterus bergerak menuju ke ruang solat dan diikuti Alia. Sementara itu, PuanSuraya mengisi Nasi Goreng tersebut ke dalam pinggan-pinggan lalu menutup hidangan dengan tudung saji. Puan Suraya menyediakan minuman panas, Teh O didalam teko.

Usai memberi salam yang kedua, Ali sekali lagi menjadi imam membaca doa. “Ya Allah, Ya Ghaffur, kau ampunilah segala dosa-dosa yang pernah dilakukan kami, kedua ibubapa kami, orang tua kami, guru-guru kami, ulamak-ulamak kami dan seluruh umat Islam”, doa ini diulang sebanyak tiga kali oleh Ali sebelum diakhiri dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Alia menyalami tangan Ali kemudian melipat telekung dan sejadah yang digunakan. Ketika Alia sedang meletakkansejadah ke tempat asalnya, Ali berkata sambil berlari ke dapur, “Siapa sampai dapur dulu, dia menang”. Terkocoh-kocoh Alia meletakkan sejadah lalu berlari kedapur. Nasib baik dia tidak memakai baju kurung sekolah harini, kalau tidak,mahunya kain terkoyak. Puan Suraya yang berada di dapur hanya menggelengkan kepala melihat kerenah anak-anaknya yang tidak serupa dengan usia mereka. Umur sudah 15 dan 17 tapi masih lagi seperti kanak-kanak yang bergaduh kerana aiskrim.

Ketika mereka berdua sedang menikmati sarapan, Puan Suraya berlalu ke bilik Alif, adik mereka. “Adik, adik. Bangun, solat subuh”, kejut Puan Suraya sambil menepuk kaki Alif. Namun, Alif hanya mencelikkan matanya seketika sebelum menutupnya kembali. Puan Suraya mengeluh perlahan lalu mengejut anak bongsunya sekali lagi.

“Angah, Along balik bila?”tanya Alia. Ali hanya mengangkat bahunya menandakan tidak tahu kemudian berkata, “Eh, kalau tak silap 20 hari bulan. Jap. Harini kan?”Baru sahaja Alia ingin menjerit kegembiraan, tiba-tiba “Adik! Bangunlah! Dahkejut banyak kali ni! Bangun, solat subuh!” jerit Puan Suraya. Barangkali tertekan selepas beberapa kali mengejutkan Alif. Ali dan Alia terus terdiam. Bukan terkejut dengan tindakan mamanya tetapi terkejut dek kenyaringan suara PuanSuraya. Selepas itu, kedengaran derap kaki yang sedang menuruni tangga dan itu adalah Alif yang masih menggosok mata. Tetapi, mukanya kelihatan agak basah.Ali dan Alia terus meledakkan ketawa mereka selepas melihat Puan Suraya dibelakang adik mereka. Ini kerana, pastinya mama mereka telah menyiram muka adiknya yang agak liat bangun pagi dengan air.

Baru Tahun 3, mengantuk macam dapat tidur sekejap. Walhal, dialah paling awal tidur, paling lewat bangun. Tidak seperti abah yang tidur selepas isyak dan bersiap-siap ke kerja jam 0430, mama yang bangun pada pukul 4 pagi untuk menyediakan pakaian kerja abah, Ali dan Alia yang tidur lewat malam untuk siapkan kerja sekolah selepas pulang dari kelas tambahan dan mungkin juga along, Alfan yang tidak tidur langsung demi menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah. Tetapi, jika diperhatikan situasi ini, memang padan adik masih mengantuk kerana semakin meningkat usia seseorang, semakin berkurang tempohtidurnya.

Selesai sarapan, Ali dan Alia bersalam dengan mama mereka sebelum ke sekolah. Mereka berjalan kaki meninggalkan rumah teres dua tingkat mereka untuk menuju ke Stesen Kereta Api Pantai Indah yang berdekatan dengan kawasan rumah mereka.

 

 

 

 

            

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cik Muda Yaya