Lelaki
berbaju merah tanpa wajah yang kelihatan jelas menjahit kembali bahagian dada
si kecil yang terbuka. Segala organ dalaman si kecil di bungkus di dalam
plastik sampah berwarna hitam, lalu di letakkan nya pada satu sudut. Dia
tersenyum galak, dia mengambil pita pengukur dan cebisan kertas. Dia mula
mengukur bahu, lengan, leher, panjang badan dari bahu hingga ke pinggang, dan
dari pinggang hingga ke kaki. Selesai satu kerjanya. Dia membiarkan mayat si
kecil di atas meja. Dia turun ke bawah, masuk ke dalam bilik yang lain.
Lelaki
itu berdiri di tepi sebuah meja yang agak luas, ada perca kain berselerakan.
Gunting dan pita pengukur di ambilnya. Dia mula mengukur kain yang sudah siap
terbentang di atas meja. Siap mengukur dia mula mengunting, cukup teliti dan
berhati-hati. Dia mahu membuat gaun yang paling cantik untuk si comel. Dia
sudah mula membayangkan rupa paras si comel memakai baju yang di jahitnya
sendiri. Pasti cantik seperti bidadari.
Di
tengah malam yang hening, Sue terjaga. Bunyi mesin jahit menarik perhatiannya.
Dia memasang telinga, sayup-sayup sahaja bunyi mesin jahit tersebut.
“
Siapa yang menjahit malam – malam ni? Rumah ni ada mesin jahit ke?” Sue
tertanya-tanya. Dia terasa mahu turun ke bawah tetapi takut pula. Dah lewat
malam, masa kan ada orang menjahit. Menjahit malam-malam buat tercucuk jarum
sahaja, menambahkan rabun mata. Bunyi mesin jahit terhenti, Sue cuba mendengar
lagi, hampa.
Dia
menoleh kepada Iezu yang agak gelisah di dalam lenanya. Mimpi buruk lagi
agaknya? Sue tertanya-tanya, apa mimpi Iezu sehingga dia kelihatan sangat
gelisah begitu? Mimpi ngeri atau mimpi seram. Tiba – tiba Iezu menjerit di
dalam lenanya.
“
Allahuakhbar.” Sue hanya mendengar Iezu beristifar.dia cepat-cepat mengoncang
bahu Iezu.
“
Kak Iezu bangun kak, bangun.” Sue mengejutkan Iezu. Iezu membuka mata.
“
Ya Allah.” Iezu bangun. Dia memandang Sue.
“
Pukul berapa ni Sue?”tanya Iezu perlahan, suaranya agak serak.
“
Pukul tiga pagi kak. Akak kenapa?” mimpi buruk lagi ke?” tanya Sue.
“
Allahuakhbar Sue. Mimpi ngeri sangat Sue.” Kata Iezu perlahan. Dia cuba
mengingati mimpinya kembali. Mayat kecil yang di lapah , berbau busuk dan
hanyir masih terbayang di layar matanya. Gila!
“
Akak mimpi apa?” tanya Sue.
“
Akak mimpi ada lelaki berbaju merah yang mengali kubur, menculik mayat kecil,
lalu di awet. Dia lapah mayat kecil itu, mengeluarkan segala isi dalaman. Isi tu
dia buang sahaja, bagi makan pada anjing liar yang berkeliaran.” Cerita Iezu.
“
Ngerinya kak.” Sue membuat memek muka ngeri. Memang menakutkan patut lah Iezu
kelihatan gelisah.
“
Sue, pelik tak dah dua hari akak mimpi benda yang sama. Macam ada benda yang
dia cuba tunjukan pada akak.” Iezu memandang pada Sue.
“
Kak, syaitan memang suka mempermainkan kita kak. Ingat tu, syaitan memang suka
menyesatkan kita di dalam jaga mahu pun di dalam lena kita.” Sue merenung wajah
Iezu. Tak kan lah Iezu tidka tahu perihal mimpi mengarut macam tu.
“
Tapi Sue, dah dua malam mimpi tu seakan bersambung.” Iezu cuba menyakinkan Sue.
“
Mungkin juga lah kak ada sesuatu yang Allah nak tunjukan pada kita tapi baik
kita jangan percaya perihal mimpi. Anggap je lah mimpi tu mainan tidur.
Terlanjur kita dah terjaga ni apa kata kita solat malam.” Ajak Sue.
“
Yang Sue ni tak tidur kenapa pula? Terjaga juga ke?” tanya Iezu.
“
Aah kak, terjaga. Tapi tak ada lah mimpi ngeri macam akak.” Sue tersenyum, dia
menghilang di dalam bilik air. Iezu masih termenung di atas katil. Cuba
mencerna mimpinya sebentar tadi. Ada ke orang bermimpi begitu, seakan
bersambung bab ke bab. Dah macam buku pula, siap ada bab semua tu.
Pukul
5 pagi, sebelum subuh Sue turun ke bawah. Tekaknya terasa dahaga. Iezu selepas
solat tahajud sudah kembali menyambung tidur. Sue membuka lampu ruang tamu.
Sudah awal pagi sementara rakan yang lain nak bangun dia mahu memasak nasi,
mahu membuat nasi goreng. Boleh juga rakan-rakan yang lain makan. Dia sudah
tidak boleh menyambung tidur.
Dia
membuka peti sejuk, mencari susu segar. Dia menuang susu segar di dalam gelas.
Lalu di hirupnya perlahan. Asyik menikmati rasa susu yang lemak manis. Sue
menoleh ke belakang apabila terasa bajunya di tarik. Kosong! Tiada sesiapa,
dadanya berdebar. Dia menghabiskan sisa susu yang masih berbaki di dalam gelas.
Bajunya terasa di tarik sekali lagi. Dia menoleh, masih sama tidak ada sesiapa
pun di belakangnya.
“
Nak susu….” Ada suara halus menyapa lembut di belakangnya. Sue cepat-cepat
menoleh. Memang tidak ada sesiapa, suara tadi suara budak kecil meminta susu.
Bulu romanya meremang. Sue meletakan gelas di dalam sinki, susu kotak ducthlady
tersebut di letakkan kembali ke dalam peti sejuk. Dia cepat-cepat naik ke atas.
Tidak jadi mahu memasak nasi. Entah apa yang memang bersamanya di bawah.
Kanak-kanak? Mana pula datangnya kanak-kanak tu atau hanya perasaan dia sahaja.
Awal pagi mendengar suara yang bukan-bukan. Pelik betul!
Pagi
itu mereka semua berjalan kaki ke tempat kerja. Masing-masing hanya diam. Sue
sepanjang jalan asyik menguap sahaja dek rasa mengantuk“
Kau kenapa Sue? Macam tak tidur semalaman .” tanya Idayu.
“
Terjaga tengah malam kak Ayu sudah nak lelap semula.” Jawab Sue dia tersenyum
sahaja.
“
Owh ingatkan ada benda mengacau.” Sambung Ayu, Sue memandang Idayu cuba
mencerna maksud kata-kata Idayu.
“
Apa maksud Kak Ayu ?” Sue berbisik perlahan tidak mahu rakan-rakan yang lain
tahu.
“
Nanti kita cerita.” Balas Ayu perlahan. Mereka sudah sampai ke kilang tempat
mereka bekerja. Sue masuk ke simpang kiri, Kilang nya terletak agak jauh ke
dalam. Lebih kurang lima minit perjalanan sahaja daripada kilang mereka yang lain.
Idayu
tersandar di dinding locker ketika waktu rehat tengah hari. Nozie hari ini
tidak keluar rehat, awal-awal lagi dia sudah ke bilik rehat mahu tidur. Yanti
dan Lin seperti biasa sudah lesap ke kantin. Iezu sahaja dengan Idayu sahaja
berada di dalam locker bersama beberapa orang budak line production yang tidak
ke kantin.
“
Iezu…aku nak tanya kau sikit.” Idayu duduk di sebelah Iezu. Dia mengeluh
perlahan.
“
Kenapa kau mengeluh ni, tak baik mengeluh ni.” Tegur Iezu, dia tak suka sangat
kalau orang mengeluh di hadapannya. Macam ada masalah yang tak boelh di
selesaikan sahaja.
“
Rumah apa yang kita dapat ni Iezu?” tanya Idayu. Iezu memandang Idayu pelik.
“
Rumah lah, rumah apa pula, kenapa?” Iezu bertanya kembali.
“
Rumah tu lain macam sahaja.” Idayu menzahirkan apa yang dia rasa tentang rumah
itu.
“
Apa maksud kau lain macam, aku rasa biasa je tak ada apa pun.” Iezu mengangkat
bahu.
“
Semalam, masa aku balik dari overtime masa buka pintu aku nampak kelibat
berdesup lalu di depan mata aku, kemudian hilang di balik dinding. Sebelum ni
pun ada aku nampak dekat dapur.” Idayu bercerita perlahan.
“
Perasaan kau je tu, dah penat mata nampak lah macam-macam.” Tukas Iezu.
“Bukan
tu aje, aku dengar benda pelik dari dalam almari dekat dinding tu. Almari tu
jalan nak naik ke atas loteng kan?”tanya Idayu. Iezu mengangguk. Memang almari
di letakkan di situ untuk menutup laluan ke loteng.
“
Bukan tu je Iezu, aku berlari nak turun tangga, aku terserempak dengan Nozie
dekat tangga. Dia ajak aku masuk dalam bilik. Aku tunggu dia mandi. Lama aku
tunggu, alih-alih Nozie masuk dari pintu utama.” Idayu bercerita kisah malam
tadi.
“
Maksud kau yang kau terserempak dekat tangga tu bukan Nozie. Kau nak kata itu
hantu ke?” Idayu mengangguk.
“
Kau ni, merepek je lah. Perasaan kau je tu Idayu, kami yang lain okey je. Kau
je yang rasa macam-macam.” Iezu masih menafikan apa yang Idayu cuba sampaikan.
Mustahil rumah itu berhantu.
“
Aku tak kisah kalau kau tak percaya aku tapi aku rasa tak sedap hati lah pasal
rumah tu Iezu.” Idayu menunjukan wajah risau nya kepada Iezu.
“
Tak ada apa lah Ayu, kita mengaji lah , kita solat dalam rumah tu, Insya Allah
tak ada gangguan tu semua. Kadang-kadang kita ni stress kerja, bila dah stress tu otak mula lah
merewang. Mula lah mata nak nampak yang bukan-bukan.” Iezu mengosok belakang
Idayu.
“
Aku percaya benda tu semua ada, kita je tak nampak. Tapi selagi kita percaya
dan yakin pada diri kita mesti benda tu semua akan menghindari kita.” Iezu
menyambung. Idayu hanya mengangguk lesu. Mungkin betul kata Iezu, itu hanya
perasaan dia sahaja.”