Home Novelet Fantasi Puisi Buat Ratu
Puisi Buat Ratu
timuncine
8/1/2021 01:07:18
413
Kategori: Novelet
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Bab 4

Tahun 2012, KualaTerengganu, Malaysia

Hospital SultanahNurZahirah, Kuala Terengganu

            Iman longlai di tempat menunggu di luar bilik rawatankecemasan (ICU). Air mata mengalir lesu di pipi, dibiar kering terus-terusan.Bonda melangkah ke arah Iman sejurus keluar dari wad ICU. Kad pelawatdiserahkan pula kepada saudara terdekat Qaisy Adam. Bonda duduk bersama Imanlalu digosok belakangnya dan dipeluk. Pandangan orang sekeliling tidakdihiraukan. Ibu bapa Qaisy Adam pula bersandar lesu di dinding bangunan, hanyaduduk di atas lantai tanpa apa-apa sebagai alas. Qaisy Adam dilaporkan komasetelah ditemui tidak sedarkan diri di biliknya. Ketika ditemui pembanturumahnya, hidung, telinga dan mulut Qaisy Adam mengalirkan darah pekat yang sudahsepara kering. Kondisi badan Qaisy Adam adalah sangat lemah dan kritikal. Barahparu-paru yang dihidapi Qaisy Adam menyerang lagi. Tapi kali ini terlaludrastik dan tidak mampu ditahan lagi. “ Bonda...Qaisy sakit Bonda, Qaisy taksedarkan diri Bonda,...kalau Qaisy tak ada nanti,...Iman macam mana Bonda..?”Iman bertanya terus-terusan pada Puan Rohayu,lembut tetapi sayu menikam kalbu.Suara kedengaran sudah seperti patah semangat, hancur lunyai. Iman sudah putusharapan dan seolah-olah sudah meratap akan kepergian Qaisy Adam. Bondaberistigrfar di dalam hati. Anaknya seperti sudah hilang pedoman. “ Iman takboleh cakap macam ni nak..Qaisy ada lagi sayang..badannya mungkin terlalupenat...Allah berikan rehat...Iman kena kuat, kena doakan kesembuhanQaisy..bukan menangis macam ni...Kalau Qaisy tengok Iman macam ni, tentu dialagi sedih sayang...” Bonda memujuk halus anaknya. Esak sendu Iman masihkedengaran. Bonda lantas bangun dan menarik tangan Iman lembut. Iman hanyamengikut lemah.

            Setelah meminta diri untuk pulang kepada kedua-dua ibubapa Qaisy Adam, Puan Farisya dan Encik Qairy, Puan Rohayu terus memimpin ImanHumairaa menuju ke arah tangga. Masa kecemasan begini, tangga menjadi pilihanPuan Rohayu berbanding elevator tambahanlagi dengan keadaan Iman Humairaa yang tidak stabil. “ Kita balik dulu yersayang, esok kita datang lagi. Iman kena balik bersihkan diri dulu, solat danmintak pertolongan dari Allah bagi Qaisy cepat sedar...” Bonda berkata lembutsambil memakaikan Iman Humairaa dengan tali pinggang keledar. Iman mengangguksepi, mengiakan apa sahaja yang diperkatakan Bondanya. Wajah Iman Humairaasuram. Air mata sudah kering untuk mengalir lagi. 

Waktuzohor sudah hampir sejam berlalu. Puan Rohayu meneruskan pemanduan dengancermat dan sekali-sekala memandang ke arah Iman Humairaa yang hanya memandangsepi ke arah cermin tingkap. Kemalangan yang menimpa Qaisy Adam sangat beratuntuk diterima akal Iman Humairaa. Habis semangatnya terbang menangisi QaisyAdam. Dia tidak mampu berfikir dengan waras akan apa yang perlu dilakukan.

Sandalditanggalkan lalu mereka masuk ke rumah. Iman Humairaa terus menapak ke bilikdan berbaring sebentar. Mata dipejamkan lantas bayangan Qaisy Adammelambai-lambai ke arahnya. Iman Humairaa terus tersedar dan bangkit daripembaringan. Tudung ditanggalkan dan diletakkan di atas katil. Rambut ikal yangpanjang mengurai hingga ke paras pinggang dibiarkan lepas dan disanggul sekalilagi. Kaki terus diatur ke bilik air untuk membersihkan diri. Tuala berwarnamerah jambu cerah diambil di persidaian dan disangkut ke bahu. Selesaimenyegarkan diri, wudhu’ diambil dengan penuh kusyu’ dan tertib. Niat diselitpada setiap perlakuan wudhu’ pada anggota-anggota termasuk yang disunatkan.Ketenangan mula meresap ke dalam jiwa Iman Humairaa. Terbang sebentar kesedihanyang melanda hati dan perasaan. Doa diaminkan di dalam hati lalu langkah diaturkeluar. Telekung putih tersidai dipakai kemas menutup keseluruhan badan kecualimukanya. Sejadah dibentangkan bagi menunaikan solat farhu zohor lalu tanganberjari runcing itu mengangkat takbir... Allahuakbar, Allah Maha Besar tuhansekalian alam.

Tahun1400, Melaka, Tanah Melayu

            “ Arrrrrrrrrrrrrrrghhhhhhhhhhhhh! “ Gema tempikan suaraTaring kian memenuhi ruang gua yang menempatkan penjara Qalleed dan Orang Tuadahulu.  Kini, hanya seorang sahaja yangtinggal, berbaring lesu di atas tanah. Taring melilau ke kiri dan kanan, masihmenghidu-hidu bau Qalleed yang sudah melarikan diri jauh di lautan badai. “Mana Qalleed Orang Tua?!!! Mana dia? Aku tak akan lepaskan dia selamanya!!”Bentak Taring sambil mencengkam tengkuk Orang Tua yang masih membisu. Orang Tuakemudiannya tersenyum sinis menampakkan barisan gigi kehitaman. “ Aku tahu dimana dia Taring...Aku tahu...” Orang Tua menjawab dengan perlahan dengan suarayang agak bergetar. Mungkin takut akan Taring yang bisa membunuhnya bila-bilamasa sahaja. Taring merengus kuat lalu melepaskan cengkaman berbisa kukunyayang tajam dan kotor itu. “ Lekas, katakana padaku Orang Tua! Di mana dia telahlari, sebelum daging engkau aku siat-siatkan!” Taring semakin mendesak.Kepanasan dek kemarahan dan kebencian pada Qalleed.

            Orang Tua membongkarkan cerita yang sebenarnya kepadaTaring. Dia menawarkan dirinya sebagai hamba kepada Taring yang sudah terpesongpegangannya. Dia ingin menjadi seperti Taring yang mempunyai kuasa sihir yangbertemankan syaitan. “ Taring, jadikan aku sepertimu. Berikan aku kuasasepertimu agar aku bisa mendapatkan Qalleed kembali buatmu..” Orang Tuamenawarkan dirinya. Taring menganguk tanda bersetuju dengan lagak sinis danbongkak. “ Baiklah andai itu kerelaanmu Orang Tua...” Taring duduk bersilalantas membaca mantera pemujaan syaitan durjana. Api mula marak disekelilingTaring membentuk satu bulatan.

            Qaisy Adam membuka matanya perlahan-lahan. Badandirasakan sangat lemah dan sakit-sakit. Liur terasa perit untuk ditelan.Pandangan sedikit kabur dan bebalam-balam. “ tempat apa ni..ya Allah...sakitnyakepala aku...” Qaisy Adam hanya mampu bermonolog di dalam hati. Tekaknya begitusakit untuk mengeluarkan suara. Tangannya mengurut-urut kepalanya yang semakinberdenyut-denyut. Pandangan diletakkan pada dinding kayu kiri dan kanan.Terdapat sebuah meja kayu kecil dengan sebuah pelita kaca yang digantung dengantali yang agak kasar kehitaman. Mata Qaisy Adam melurut pula pada pakaiannyayang dipakai saat ini, berbaju kapas kusam seperti Baju Melayu lama dahulu kalabersama kain yang diikat pada dahi. Rambut ikal yang sedikit kerinting itu diraba-raba. Terasa agak panjang. Qaisy Adam bingkas dari pembaringan danmemerhati persekitaran dengan perasaan aneh, keliru dan pelik. Semuanyabercampur menjadi satu. “ aku ada kat mana sebenarnya ni...SubhanAllah...”Qaisy Adam cuba melelapkan matanya sebentar, kejap dan membukanya kembali.Suasana itu tetap tidak berubah. Qaisy Adam kini bukan lagi berada di dalambiliknya di rumah...

            Bunyi derap langkah semakin kedengaran menuruni tanggasempit di sebelah pembaringannya. Qaisy Adam hanya duduk di birai katil yangberalaskan tikar mengkuang. “ Tuan hamba sudah sedar? Adakah tuan hambabaik-baik saja?” Lelaki tinggi berjanggut sejemput itu ramah menegur. QaisyAdam hanya memandang lalu tangan dihulurkan untuk berjabat. “Nama aku Jiwa dariSamudera Jawa..kita semua telah ketemu tuan hamba di tengah-tengah lautan, tuanhamba tidak sedarkan diri..jadi kita pun bawa bersama pelayaran kita ke TanahMelayu untuk berdagang..jikalau tidak keberatan, ingin aku tahu siapakah tuanhamba yang sebenarnya..?” Jiwa memperkenalkan diri. Qaisy Adam bingung. Diaseperti berada dalam satu dunia baru yang tidak mengenali sesiapapun di situ.Qaisy Adam masih berdiam diri, hanyut dalam fikirannya sendiri. Qaisy Adambingung untuk memperkenalkan dirinya sebagai siapa kerana bingung dengan wajahyang bukan miliknya. Qaisy Adam termenung memikirkan idea bagi mengambillangkah-langkah berjaga sebelum memahami keadaan sebenar yang berlaku padadirinya.” Aku Bayu dari Tanah Melayu..terima kasih kerana sudi menyelamatkanaku, aku masih tidak begitu mengingati perihal diriku yang sebenar...mogasampai nanti, aku bisa mengingati asalku Jiwa..” Qaisy Adam cuba mencipta helahdengan loghat bahasa Melayu baku yang diingatinya. Jiwa memandangnya dengansenyuman kecil. “ tuan hamba beristirehatlah dahulu..” Jiwa memberi ruangsebelum berlalu naik semula ke atas dek kapalnya. Terlihat juga beberapa oranganak kapal yang turun naik menyiapkan makanan dan membersihkan lantai kapal.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh timuncine