Bab 1

Tahun 2012, KualaTerengganu, Malaysia

Azansubuh berkumandang di Kampung Merchang, merdu suara bilal mengejutkan alammimpi manusia yang masih berselimut seperti sarung nangka buruk. Masjid lamamasih utuh bertiang kayu yang sudah berlubang di sana sini dimakan bubuk.Suasana yang begitu hening, dan dingin menjadi saksi alam sejagat. Imanbersujud lama di sejadah baldu putih pemberian neneknya dari Tanah Sucibeberapa tahun dulu. Segala puji-pujian bagi Allah, yang menghidupkan danmematikan. Usai solat subuh, kitab cintanya, al-Quran dibuka dengan kalam muliamemuji Allah yang Esa. Surah ar-Rahman membuka harinya, di samping memohonketenangan yang berpanjangan buat hati dan jiwanya yang agak kacau kebelakanganini. Jari-jari Iman yang runcing dan bunting serai itu diraup ke wajahmulusnya. Syukur. Berlama-lamaan di atas sejadah hanya memujuk mata bundarnyauntuk pejam kembali. Ah! Jangan diturut rasa hati, nanti rugi diri sendiri. Telekungdilipat kemas dan dibalut sekali dengan sejadah baldu putih. Rambut panjangyang disimpul basah dilepas perlahan. Diurai-urai dengan jari lalu dikeringkandengan tuala biru muda di hadapan kipas meja. Dijauhkan kepalanya sedikit darikipas, bimbang rambut tersangkut di bilah-bilah.

“Iman…ooo Iman….” Puan Rohayu memanggil-manggil dari dapur. Tidak terlalu kuat,bimbang mengejutkan suaminya Encik Rahman yang tidak begitu sihat di kamartidur. “ Ya Bonda…I am coming..!.,” Iman menyahut, dengan nada suara yangditahan-tahan, turut bimbang mengejutkan ayahnya. Pagi itu, Puan Rohayumengupas kulit pisang emas yang sudah diperamnya dua malam. “ Pisang ni kalaumakin lebu, makin sedap buat cekodok…,” Puan Rohayu memberi petua. Iman sekadarmenganguk-angguk sambil memanaskan minyak di kuali. Pisang yang sudah dibuangkulit dimasukkan ke dalam mangkuk adunan, dilenyek-lenyek dengan tepung gandum,gula dan garam. Setelah yakin adunannya sebati, Puan Rohayu mula menggorengnyadalam bentuk bulat-bulat, acuan jari-jemarinya sendiri. Iman hanya memandangsatu-satu kerjaan emaknya. “ Ooo, patutlah orang cakap, masak guna air tanganibu tu sedap kan Bonda..?,” Iman bercanda riang. Sebenarnya, dia bukanlahserba-serbi tahu dalam perihal masak-memasak. Lebih tepat digelar pembantu setiadapur oleh emaknya.”  Biar sikit tahu,jangan lebih culas…,” Masih terngiang-ngiang di telinga Iman akan pesan PuanRohayu semenjak dulu. Puan Rohayu tidak mahu anak daranya dikatakan pemalasapabila sudah berumah tangga kelak. Iman tersenyum sendiri, mengenangkan buahhatinya seorang.

 

 

Berkawanbiar beribu,

Berkasihbiar satu,

Bermusuhjangan sekali.

“Tuttut…tut tut…,” tanda pesanan baru masuk ke telefon bimbit. Skrin Nokia 96disentuh ke kanan, terpamer bait-bait rindu dan kasih seorang perindu bernamakekasih! Iman menguntum senyum. Bibir diketap dan tersenyum lagi. Senyumanmerekah, menguraikan makna bahagia yang menggunung di sanubari lantas bersorakriang meraikan cinta antara dua insan. Antara cinta suci, keimanan dan nafsubertarung sesama sendiri, mana yang pertama dan mana yang terakhir tempatnya,sudah salah terletak dan diatur akal. Tuntas Iman memejam mata dan beristighfarberkali-kali di dalam hati, pesanan di telefon hanya dipandang sepi tidakberbalas. Biarlah dia si buah hati sedar akan khilafnya. Ya, benar ia satukhilaf yang membuai dan menghanyut jiwa ke dalam satu lembah khayalan cintadunia yang dalam tak bertepi. Iman lemas antara batas keimanan dan nikmat kasihmanusia bernama lelaki. Matanya beralih pula  ke komputer riba, meleretkan jari telunjuk diatas pad sentuh, klik di atas dan dibawah. Degree Thesis masih belumdisiapkan dek kekurangan bahan dan maklumat-maklumat tambahan yang penting. “Em, bila aku nak siapkan kerja ni…?”, Iman mencongak-congak sendiri. “Qaisy…Qaisy Adam…, aku, Iman Humaira…, sampai bila kita begini Qaisy..? Bilakahmasanya kau akan datang meminangku daripada Bonda?”, Iman bermonolog sambilmenggerak-gerakkan pena hitam di tangannya ke kiri dan ke kanan. Telefon diatas bantal kecil diambil laju lalu, skrin bercahaya itu disentuh-sentuh danditekan berkali-kali. Perkataan sentterpapar, tanda pesanan dibalas.

Assalamualaikumsayang…

Abangrinduuuuuuu sangat nak tengok muka sayang…

Malam ni rasa macam tak boleh tidur saja…

Abangcintakan sayang, dalam setiap detik nafas abang…

Hanyauntuk sayang…- Qaisy Adam

Imanberbaring, memandang siling rumah. Lama sekali hingga terlena dibawa kantukyang entah bila diundang. Sememangnya Qaisy Adam sangat dicintainya, dalam dilubuk hati Iman tinggi menggunung harapan untuk diperisterikan Qaisy Adamsebelum dia menamatkan Masternya diUniversiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kuala Terengganu dalam jurusan Teaching English as Second Language(TESL), bimbang dikatakan anak dara tua, mungkin. Iman punya harapan yang satu…,dua dan tiga. Pertamanya, menjadi isteri Qaisy. Keduanya, mengandungkan benihQaisy dan ketiganya, bahagia selama-lamanya bersama Qaisy. hanya Qaisy Adamdimatanya.

Waalaikumussalam sayang…

Sayang pun rinduuuuuuu kat abang…

Em, bila abang nak pinang Iman…?

Jumpa Ayah Iman dengan Bonda Iman…-ImanHumairaa

Pesanantidak berbalas. Iman terus terbuai dalam arus lena tidak menanti balasannya.Dia yakin, Qaisy Adam tidak akan membalas jika rombongan meminang pertanyaannya.Qaisy sentiasa bertukar bisu apabila diacu dengan hukum Allah yang indah iaitubernikah.

“ Apabila seorang hamba itu berkahwin,maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Makabertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki.”(Al-Hadith)

 Doa dan selawat dilupakan, wudu’ apatah lagi, sudahculas hendak ke bilik air untuk mensucikan diri dan berlindung daribisikan-bisikan syaitan di malam hari penuh kejahatan makhluk-makhluk ciptaanAllah Yang Maha Kuasa. Manusia mudah lalai dalam kesedapan nikmat-nikmat hidupyang bersifat sementara.

“Katakanlah:

 Aku berlindung kepada Tuhan (Yang Menguasaiwaktu) subuh.. Dari bahaya (kejahatan) makhluk.
 Dan dari bahayanya (kejahatan) malamapabila telah gelap gelita.
 Dan dari bahaya (kejahatan) yang mengHembus(tukang sihir) pada simpulan. Dan dari bahaya (kejahatan) orang yang dengkiapabila ia dengki.” (Al-Alaq, 1-5)

 

Tahun1400, Melaka,Tanah Melayu

Matayang tadi terpejam lesu, dibuka perlahan-lahan. Pedih di belakang, terhamparseribu birat-birat jasa cemeti langsung tidak dihiraukan. Qalleed cuba bangunberdiri, hampa. Kedua-dua tangannya ditekapkan ke tanah, lalu disapu rata kewajah kusam. Tangan ditekap lagi lalu disapu ke tangan kanan hingga ke siku danbegitulah juga dengan yang kiri. Usai bertayammum, tangan diangkat melafazkantakbir, perlahan sahaja bimbang kedengaran kuat. Usai sembahyang subuh, perlahandia mengesot ke birai batang-batang besi hitam dan tebal. “Hai Orang Tua,bangunlah Orang Tua.., subuh sudah masuk waktunya, tunaikan kewajipanmu OrangTua..”, Qalleed memujuk. “ Arh! Pedulikan aku! Aku mahu tidur! “, Orang Tuamendengus kasar. Tidak mahu bangun dari lena, terlalu sakit dan letih denganseksaan durjana Taring. Qalleed menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja. Tidaksetuju dengan fiil 0rang Tua. Seberat mana sakit menimpa, sesusah mana bebanterpikul dan selapar manapun perut berdendang kencang, hamba tetap hamba. Hanyakepada Allah diminta pertolongan, perlindungan dan rezeki. “ Ya Allah,ampunkanlah dosa Orang Tua Ya Allah...”, Qalleed berdoa di dalam hati. Kembalibersandar ke dinding gua, liur di tekak ditelan perlahan. Sedikit peritdirasakan, kering tidak diberi air.

Kedengarandetap-detap sepatu semakin hampir ke jeriji besi. Dengus kasar mengiringi bunyikocakan air, menandakan Taring sudah datang melihat tawanan-tawanan di penjaragua buatannya. Detapan berhenti. Taring tersenyum sinis menyuakan muka yangmembusuk. Kunci penjara dibuka dan Taring berjalan perlahan, berlagak, danketawa berdekah-dekah melihat Qalleed dan Orang Tua terbaring lesu di lantaitanah. Debu-debu nipis melekat di sisi muka dan belakang badan. Terkejut dengandekah tawa Taring, Qalleed bangun dari pembaringan. “ Nah! Minum air ni! Akutidak mahu kau semua mampus busuk di sini! Ha ha ha...Bodoh semua!”, Taringketawa menyeringai. Qalleed merangkak, cuba untuk bangun mengambil batok ditangan Taring. Taring kejam. Bekas air dihempas kencang didepan Qalleed. OrangTua sekadar memandang. Sayu melihat air tumpah ke tanah, terserap begitusahaja. Taring pergi dari situ, tidak menghiraukan mereka yang dahaga menggila.Qallleed tersenyum. Alhamdulillah. Segala Puji bagi Allah. Batok yang jatuh keatas, hanya separa terlingkup. Air masih berbaki di dalamnya. Diambilnya laluperlahan mengesot ke arah Orang Tua. “ Orang Tua, Orang Tua..bangun Orang Tua,mari minum air Orang Tua..,” Qalleed memanggil. Pantas bekas disua ke mulutOrang Tua. Mata tertutup lesu menjadi segar. Air diteguk rakus. Habis, licindiminum Orang Tua. Qalleed bersyukur. Biarlah Orang Tua hilang hausnyaberbanding dirinya yang masih muda dan gagah. 

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh