4,430
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 3

Habis kelas seni tadi, Cikgu Supian telah memilih beberapa lukisan dan berjanji untuk memberi hadiah kepada yang menghasilkan lukisan terbaik dalam penilaiannya nanti pada minggu hadapan. Buat masa ini, aku menjangkakan Nasrul yang akan menang. Tapi dia tak lukis wajah aku. Dia lukis wajah Permaisuri. Jadi jelaslah bukan aku yang jadi inspirasi dia dan bukan dialah yang menulis talibun dipapan putih pagi tadi tu, fikirku.

Sepanjang hari kisah talibun itu semakin surut dari ingatanku. Walaupun ia menjadi teka-teki kerana kesibukan kelas-kelas yang banyak, aku cuba melupakan kejadian itu dan menganggapnya sebagai mainan atau prank salah kawan sekelasku.

“Kau rasa siapa punya kerja yangtulis puisi kat papan tu?” tanya Zaid sambil dia berjalan beriringan dengan aku ke  tennis court.

“Entah, aku malas ambil pusing.Aku ada banyak homework nak siapkan, ada banyak sosmed aku nak scroll dan ada game aku nak ketinggalan sekarang pada ranking,” aku duduk di bangku kayu di tepi gelanggang tennis.  Beg sekolah yang berisi pakaian setelah ku menukar baju tadi ku letak di atas bangku. Zaid duduk di hujung belahsana bangku itu.

“Ni, kau nak juga main tennis petang ni, kenapa?” tanya Zaid.

“Aku nak buang peluh dan release tension,” raket ku keluarkan dari sarungnya dan aku pun menyarung kasut yang kubawa.

“Tak nak selfie ke?” tanya Zaidmelihat aku terus sahaja masuk ke gelanggang.

“Haiya..macam mana aku boleh terlupa?”aku pun segera menghalakan kamera telefon ke wajah ku dengan latar tennis court.Selepas itu aku caption kan dengan kata-kata falsafah yang sempat aku edit dengan app dan terus sahaja beribu likes menghujani gambar itu.

               “Aku dah sedekah kan satu likes kat situ,” kata Zaid ketawa. Dia memang agak kacak untuk seorang kawan. Aku tak sanggup nak cakap aku suka dia sebab aku memang tak mampu menerima rejction jika dia tak mempunyai perasaan dengan aku. Walaupun dia pernah bagi hint yang dia cemburu apabila aku mendapat perhatian, mungkin kerana dia tidak ada orang lain yang dia pedulikan sebagai seorang ahli keluarga. Dan aku tidak mahu persahabatan kami tercalar dengan isu-isu couple. Kami pun masih bersekolah dan aku tak mahu keputusan peperiksaanku untuk mendapat 20A terkesan jika aku terlibat secara emosional dengan sesiapa ketikadi sekolah. Dia pun boleh tahan terkenal dan banyak peminat sendiri, sebab dia Presiden untuk kelab tennis, dengan mudahnya dia boleh memilih di antara peminatnya jika dia mahu. Jadi persahabatan aku dengan dia boleh dianggap platonic dan lebih kepada seorang kawan rapat.

“Hmmm bukan main lagi kau belasah aku hari ni…” kata Zaid.

“Huh tu lah, aku kalau tengah semangat, memang  boleh kalahkan walaupun Presiden Kelab Tennis seMalaysiakot.” Aku berjenaka.

“Kau stress?” tanya dia tiba-tiba.

“Heh pasal apa pulak aku nak stress?” jawabku.

“Tentang talibun…” dia masih terkesan dengan talibun itu…

“Hei aku yang kena, kau yang ingat sangat pasal benda tu,”aku ketawa.

“Sebenarnya aku nak cakap kat kau…” Zaid bercakap dengan lebih serious. “Kau dah baca tak komen?”

“Komen apa?” tanyaku. Cepat-cepat terfikir tntang post yangaku buat di twitter dan instagram.

“Ada orang hantar komen macam talibun tu…” kata Zaid. “Nah, ini aku dah screen shot.”

“Bila kau tengok ni?” tanya ku gelabah.

“Tadikan kau pergi tandas masa break…”

Aku pun membaca komen yang dikatakannya.

“Komen tu dah tak ada,” katanya. “Aku tengok tadi terus aku screen shot…tak lama tu dia dah padam.”

“Heh kenapa kau tak cakap dengan aku tadi?”

“Aku ingat kau perasan, lagi pun aku tak mahu lebih sudu dari kuah…kau kata tadi tak perlu fikirkannya..tapi…kau baca ni, kau rasa macam mana?”

Mataku terpaku ke skrin telefonnya. Ya, ada komen yang mirip talibun yang aku lihat di papan putih itu…lain sedikit..tapi…

“Talibun #2 untuk Talita,

Kau di sana

Bergembira

Wajah ceria

Aku rindu

Melihatmu

Walaupun itu

Seketika baru

Kau berlalu

Bayangmu

Ada di mana-mana

Menemaniku

Adakah kau

Ketahui?”

 

Entah kenapa, aku mulai memandang wajah Zaid dengan rasa curiga. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.