Home Novel Seram/Misteri SEDAR
SEDAR
Syaz Awan
1/9/2021 08:37:44
715
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 7

Bukalah pintu ini

Kau bisa lari tetapi

Tak mungkin sembunyi dariku

Akan Ku tatap erat wajah mu…


Tanpaku sedari malam telah berlalu pergi dan diganti pula dengan pagi. Dalam keadaan mamun, aku tidur kembali lalu melihat waktu pada jam loceng yang berada di sisi katil. Aku terkejut apabila mendapati jam loceng tersebut sudah menunjukkan jam sekarang pukul 7:20 pagi. Tanpa buang masa, aku terus bersiap diri dan terus memakai pakaian sekolah.

Aku ke dapur sebentar untuk melihat apa yang ada untuk dimakan. Nampaknya jackpot apabila aku dapat melihat sarapan yang agak enak di atas meja makan. Aku hairan sebelum ini mak tak pernah memasak makanan yang seenak begini lagi tetapi mengapa sekarang. Dalam keadaan aku berfikir, perutku mula berbunyi. Aku mengendahkan perasaan pelik dan terus memakan makanan yang lazat ini.

Semasa aku makan, aku ternampak satu memo yang terlekat di peti sejuk. Sesudah makan, aku terus membaca memo yang terlekat pada peti sejuk itu. Ianya berbunyi sebegini,


Kepadamu,


Selagi mana boleh hidup teruskan sahaja hidup.Jangan sia-siakan masa hidup untuk perkara yang boleh membawa ke kematian.

Selagi mana anda boleh hidup janganlah sesekali berputus asa dan ingatlah untuk memilih masa depan yang penuh dengan harapan.


Sekian,

… 

Aku tertanya-tanya apakah memo ini untuk aku? Takkanlah ibu dan ayah kot nak bagi memo macam ni. Kalau betulpun apasal emo sangat. Aku malas mengikut perasaan lalu terus menuju ke sekolah dengan lajunya. Sampainya di sekolah aku dengan bangganya menandatangani borang salah laku yang aku lakukan. Iaitu, datang lewat ke sekolah.

Aku memulakan hariku di sekolah seperti hari yang biasa. Setidaknya, aku bukannya jenis yang suka bergaul dengan orang lain walaupun sudah lama aku belajar di sekolah ini. Cuma hari ini, aku rasa sedikit janggal seperti ada yang kekurangan. Aku tidak tahu apa tetapi adakah perkara tersebut bermakna untukku. Mahukan sahaja aku tidur sementara masih ada lagi waktu yang tiada guru masuk.

Aku tidak dapat untuk tidur disebabkan terdengar suatu suara yang mengganggu ketenteraman aku. Aku mula terdengar suara yang menghasutku melakukan sesuatu. Beg galas mula diambil lalu senaskah buku berkulit tebal ditarik. Kehairanan bertambah apabila aku tidak tahu buku ini kepunyaan siapa? Tulisan dalam buku ini langsung tak dapat aku fahami rasa macam nak tumbuk sahaja orang yang tulis buku ini.

Aku membelek-belek buku tersebut. Malang sekali isi dalam buku ini kelihatan agak tak jelas. Macam mana aku boleh dapat buku ini dan dari mana datangnya buku ini. Aku tak boleh nak fikir apa-apa. Aku perlu ke tandas untuk membasuh muka ku. Hampir sahaja di hadapan pintu kelas, aku teringat sesuatu yang pernah berlaku sebelum ini. Hampir aku gagahkan untuk ingat juga menyebabkan satu kejutan terkena pada bahagian kepalaku. Aku terus pengsan tepat di depan kelas.

Apabila aku terjaga, aku mendapati yang diriku sudah berada dalam bilik sakit. Aku mahu bergerak malangnya tak boleh tangan dan kakiku diikat pada setiap penjuru katil dengan tali. Siapa yang sanggup buat kerja ini pada aku? Apa yang sudah aku buat sehingga kena macam ini? Kemudian datang seorang perempuan yang tidak aku kenal berpakaian putih. Paling menghairankan sejak bila ada uniform putih semua ni termasuk kain pula tu. Rambut juga putih biar betul ini manusia dari dunia mana ni budakni.

“Bertenang-bertenang, jangan risau saya cuma nak merawat. Cikgu tak ada jadi saya yang uruskan rawatan sekarang.” Kemudian kepalanya menuju terus ke tengkukku. Semacam pontianak ada juga. Untuk seketika tengkukku seperti digigit lalu darah mengalir keluar. Aku mengerang kesakitan dan meronta-ronta untuk melepaskan diri. Malang sekali, perbuatan itu hanyalah sia-sia sahaja. Aku menjerit dengan kuat.

Aku tersedar dari mimpi ngeri tersebut dan mendapati yang aku masih selamat tiada tali diikat pada kaki dan tanganku. Cuma tengkukku masih lagi rasa lenguh. Jam digital pada lenganku menunjukkan pukul 12 tengah hari. Sekali lagi, sejak bila jam aku retak ni. Kelas masih lagi berjalan nampaknya rugi kalau aku ada kat sini lebih lama. Lebih baik aku masuk ke kelas.

Aku meminta izin untuk masuk sementara itu aku ternampak seorang perempuan berpakaian uniform putih semua berada di tempatku. Aku menuju ke tempat tersebut dan memintanya untuk beredar. Tiba-tiba, dia memandang tepat pada mataku lalu tersenyum sambil menunjukkan giginya. Tingkah lakunya membuatkan aku ragu-ragu dan seram sejuk.

Aku terus mengambil beg aku lalu duduk di tempat kosong. Tertanya-tanya siapakah perempuan itu? Adakah dia pelajar yang baru masuk? Itu nampak logik tetapi tak ke nampak dia seperti meragukan. Apakah motif dia terhadap aku. Nampaknya aku terlalu paranoid mengenai dia. Lebih baik aku tenang sahaja dan menganggap itu semua adalah hanya permainan minda.

Masa untuk pulang sudahpun tiba. Aku segera mengambil beg galasku dan terus bergegas pulang. Semasa berada di tempat letak basikal untuk pulang aku dapat rasakan ada sesuatu sedang memerhatikan aku tetapi aku buat tak peduli sahaja sebab hari ini aku macam kena banyak dugaan sahaja.

Sampainya berdekatan simpang masuk ke taman, aku terus mengayuh basikal dengan laju dan melepaskan nafasku. Aku sangkakan aku sahaja yang tinggal di kawasan perumahan ini yang pergi sekolah itu. Rupanya ada seorang lagi iaitu perempuan yang aku paranoid sangat tu. Aku berjalan laju untuk mengelakkan diri daripadanya.

Setibanya di hadapan rumah, aku kaku entah kenapa badan aku tak boleh bergerak. Tiba-tiba, suatu makhluk berupa bayang mula muncul dari belakang mujurlah aku sempat untuk mengelak bayang tersebut mencakar beg aku.

Habis barang aku berterabur. Dengan lajunya entah kenapa aku mengambil buku berkulit tebal tersebut dan cepat membuka pintu yang tak berkunci di mana aku sendiri hairan sebab apa aku tak kunci pagi tadi.

Aku terus mengunci pintu rumah dan menekan suis lampu. Namun, ianya tak bertahan lama apabila makhluk tersebut berjaya masuk melalui celah bawah pintu masuk. Ya tak ya juga makhluk ini dalam bentuk bayang. Di mana ada cahaya di situ dia akan muncul jadi untuk mengelakkan perkara ini. Aku akan menutup semua lampu.

Bilik aku juga dikunci dan aku sudah pastikan yang lampu semua sudah tutup. Misi berjalan lancar. Untuk keselamatan, aku akan menyorok dalam selimut. Tiba-tiba, lampu menyala aku tak ada idea yang ini gara-gara siapa? Aku terdengar bunyi gegaran banyak di bawah rumah. Tanpa berfikir panjang aku terus turun melihat apa yang terjadi.

Adrenaline aku merangsang lagi laju apabila ternampak banyak darah memercik merata tempat dah lah banyak pula tu. Aku berjalan mencari siapa yang buat benda ini sebab kelihatan yang darah ini kepunyaan raksasa bayang yang menyerang aku tadi. Aku menemui perempuan berambut putih berada di ruang tamu melihat televisyen dengan khusyuknya.

Nampaknya aku sudah jumpa pesalahnya. Apabila terlihat yang pakaian perempuan ini berlumuran darah. Ini bukannya masa untukku takut apa yang jadi. Aku sudah tak kisah dengan hidupku.Ini peluang yang aku tak boleh bazirkan.

“Urm…Helo kau pelajar yang baru masuk ke sekolah kebangsaan Bermuda hari inikan.” Aku cuba untuk menjadi peramah berharap jadilah.

“Oh, kau maaflah tadi saya ambil tempat kau tadi! Tapi apasal kau takut bila saya tenung kau tadi? Berharap kau tak takut sebab siapa yang takut dengan saya akan jadi paranoid. Itu sahaja yang saya nak cakap.” Apa yang aku nak cakap pula ni? Ha.

“Apa nama kau? Macam mana pakaian kau nampak macam darah ni dan macam mana kau boleh masuk rumah aku ini?”

“Nama saya Sandraniche. Warna pada baju ini memang darah. Tadi saya terserempak raksasa yang nak bunuh kau. Jadi, sayapun bunuhlah raksasa tersebut. Ini untuk selamatkan kau Han. Oh, dan pintu rumah kau tak kunci pun sebenarnya!” Macam mana dia boleh tahu nama pendek aku. Tak apalah.

“Kau mesti terkejut macam mana saya boleh tahu nama pendek kaukan. Senang saja penyelesaian itu saya nampak buku kau berterabur di hadapan rumah. Jadi saya pun tengoklah siapa punya dan saya agak itu mesti nama kau. Lepas tu saya saja buang pekataan Far. Kan dah jadi Han. Hampir sama dengan hantu.” Dia ni memang dasar stalker. Lawak dia seram gila.

“Sebelum itu, Sandraniche apa hajat kau datang ke sini?”

“Kau boleh panggil saya Sandra. Hajat saya nak tanya kot-kotlah kau tahu buku nota yang susah untuk faham maknanya.” dia cakap pasal buku yang ada kat aku.

“Sekejap ye.” Aku mengambil buku nota yang berada dalam bilik lalu menunjukkan kepadanya. Sebelum itu, aku terlintas untuk membaca apa yang tertera dalam buku nota tersebut.


Peraturan:

1.Buku ini hanya boleh dipegang oleh ahli keluarga penulis sahaja

2.Jangan benarkan buku ini jatuh di tangan musuh

3.Dalam buku terdapat rahsia mengenai masa.


Untuk seketika, aku terbayang akan wajah perempuan yang aku rasa kehilangan. Mengingatinya membuatkan aku teringat segalanya. Aku perlu cari dia. Aku teringat Mimi. Ya tak ya jugalah ini adalah dunia lain dan bukan dari dunia aku. Nampaknya ingatan aku sudah kembali. Aku perlu cari jalan keluar. Semuanya ada dalam mindaku.Ini adalah dunia dalam minda.

“Sandra saya dah tahu ini semua kerja nenek dan ini adalah dunia yang kau cipta melalui syndrome kaukan. Jadi boleh tak kau tolong hentikan semua ini.” Dia kelihatan terkejut.

“Hahaha…Nampaknya kau dah tahu kebenaran tetapi bagaimana?”

“Mudah sahaja ianya adalah sebab ingatan aku terhadap kawan baik aku tak dapat dipisahkan.”

“Nenek kau tak menceritakan mengenai kebolehan kau. Kau ini memang susah untuk diduga. Adakah ini kuasa cinta. Syabas saya ucapkan kepada awak saya dah tewas.”

“Sama-sama. Hei, macam mana nak keluar dari dunia ini. Macam mana aku nak besar balik. Aku tak nak terperap dalam umur 7 tahun lagi.”

“Baiklah, pegang tangan saya sekarang. Saya akan bawa awak keluar sekarang.” Dunia ini roboh ataupun khayalan aku sahaja. Aku berharap Mimi dan Luna tak apa-apa.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaz Awan