Home Novel Seram/Misteri Ghost Town
Ghost Town
Helmi Effendy
15/6/2016 13:48:02
15,768
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 2: Motel

KERETA yang dipandu oleh Anuar itu berhenti tepat dihadapan sebuah motel di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur. Untusk seketika, Anuar menoleh kea rah rakan-rakannya yang lain. Masing-masing sudah diulit rasa lena. Sharell sedang berdengkur dibelakang dengan mulut yang terngaga. Begitu juga dengan Syaida dibelakang yang sudah tertidur sambil berpeluk tubuh manakala Izzat sedang terlentok pada cermin kereta. Shakireen di bahagian paling belakang sudah berbaring sambil memeluk beg galasnya. Cuma, teman wanitanya sahaja yang masih setia menemaninya memandu. Gadis itu sekadar tersengguk-sengguk disebelahnya, cuba menahan kantuk yang sedang mengambil alih dirinya. Perjalanan daripada Pulau Eurasia ke Kuala Lumpur yang mengambil jangka masa yang hampir 6 hingga 7 jam itu memang memenatkan.

“Korang…” panggil Anuar.

“Ehh, kita dah sampai?” soal Farrah disebelah Anuar.

Lelaki itu mengangguk.

“Awak… kejutkan kawan perempuan awak sementara saya kejut Sharrel dengan Izzat ye?” tutur Anuar.

Farrah mengangguk sambil membuka pintu keretanya, serentak dengan Anuar. Sementara Anuar menghampiri Izzat dan Sharell di bahagian kiri kereta Toyota Avanza emas itu, Farrah pula menghampiri Syaida serta berusaha mengejutkan Shakireen yang sedang tidur dibahagian belakang kereta Avanza itu.

“Guys… kita dah sampai. Cepat bangun,” tutur Anuar sambil membuka pintu kereta tempat duduk belakang. Izzat yang sedang terlentok dicermin kereta Avanza hampir sahaja tersembam sebelum dia tersedar dengan kedua-dua biji matanya terbeliak. Untuk seketika, dia melilau melihat sekitarnya sebelum kembali memandang Anuar.

“Ada hantu baru ke?” soal Izzat masih dalam keadaan mamai tidurnya.

Anuar ketawa kecil sambil menggeleng.

“Kita dah sampai. Dah masuk jam 2 pagi ni. Cepat bangkit,” kata Anuar yang sekadar dibalas anggukan oleh Izzat yang sedang mengoosok kedua-dua bji matanya. Syaida juga sudahpun bangun. Shakireen pula sedang menggeliat ditempat duduk paling belakang. Hanya Sharell sahaja yang masih lena.

“Nak saya kejut ke?” soal Syaida namun Anuar menggeleng dengan senyuman penuh sinis, seperti dia sedang merancang sesuatu.

“Saya nak takutkan dia. Tidur macam tak ingat dunia. Tak malu betul kat orang perempuan dalam kereta ni,” kata Anuar namun Syaida pantas menggeleng, tidak bersetuju dengan tindakan Anuar itu.

“Farrah, bawa Syaida. Pergi tengok bilik yang kita dah tempah tu. Atas nama saya. Anuar Darwisy,” arah Anuar tiba-tiba, menghalau dua orang rakan itu supaya tidak menganggu rancangannya untuk mengenakan Sharell.

“Macam budak-budak,” gumam Shakireen ketika melintasi mereka sambil membawa sebuah beg galas dibelakang tubuhnya.

“Nuar… kalau aku rakam ni, boleh jadi bahan sampai mati ni,” tutur Izzat sambil menghalakan kamera videonya ke arah Sharell yang sedang tidur mati itu. Anuar terus berdiri tegak sambil tersenyum ke arah kamera video Izzat.

“Korang… kalau korang tengok video nanti, waktu ni kita baru jer sampai kat motel yang kita tempah kat internet tempoh hari tu untuk kerja dokumentari kita. Kat belakang aku ni, tak perlu aku perkenalkan lagi, ketua kumpulan kita Sharell yang tengah tidur macam badak air. Berdengkur jer kerja dia. So… aku dengan Izzat ada rancangan nak prankdia…”

“Rancangan kau. Bukan aku!” celah Izzat.

“Okey, asalnya memang rancangan aku. Tapi Sharell, kalau kau usya balik video ni, si Izzat ni suhabat dengan aku jugak!” kata Anuar sekaligus disambut oleh ketawa mengekeh daripada Izzat. Gaya Anuar ketika bercakap dihadapan kamera video yang sedang dihidupkan oleh Izzat itu saling tak tumpah seperti pengacara rancangan prank terkenal di televisyen mahupun channel YouTube.

“Rakam elok-elok,” gumam Anuar ketika memanjat kembali ke dalam kereta tadi lalu menghampiri Sharell. Dia mendekatkan mulutnya ditelinga Sharell sebelum tiba-tiba ketawa mengekeh, mengajuk hilaian tawa Pontianak. Apa lagi, kedua-dua mata Sharell terbuntang luas sebelum dia terus bergerak ke arah ruang kosong di sebelah kirinya, membuka pintu kereta lalu berlari keluar dengan riak wajah yang penuh ketakutan. Namun, langkah kakinya berhenti tatkala dia melihat Anuar dan Izzat sedang ketawa terbahak-bahak.

“Sial betul korang dua ni. Bangsat! Bodoh! Bangang!” Satu-persatu maki hamun yang sempat difikirkan oleh benaknya dihamburkan terus ke arah Anuar dan Izzat. Sempat lagi Sharell mengesat air liur basi yang sedang membasahi dagunya.

Dia terus melangkah ke bonet belakang yang sudahpun terbuka. Dia mencapai beberapa buah beg bajunya lalu terus melangkah meninggalkan Anuar dan Izzat dengan muka yang penuh mencuka. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam lobi motel, dia melihat Farrah dan Syaida sedang berbual dengan penyambut tetamu di kaunter motel itu.

“Maaf cik. Bilik dah penuh malam ni. Tak ada lagi bilik yang tinggal,” ucap lelaki itu.

“Macam mana boleh tak ada… tunang saya dah tempah dua bilik semalam. 307 dengan 306! Awak boleh check nama dia, Anuar Darwisy!” Farrah merungut di kaunter. Penyambut tetamu tadi dengan wajah pucat dan tenang luar biasanya sekadar menggeleng. Komputer riba diatas kaunter tadi disemaknya lagi sebelum sekali lagi dia bertegas yang tempahan Anuar tidak wujud.

“Tak boleh diharap langsung si Nuar ni. Aku amanahkan dia untuk tempah bilik pun dia tak mampu buat!” tutur Sharell yang tiba-tiba muncul dari belakang. Untuk seketika, Farrah dan Syaida menoleh belakang sebelum Farrah kelihatan bercekak pinggang.

“Anuar sendiri pinjam lappy saya semalam. Saya nampak dengan mata saya yang dia tempah bilik!” Farrah mempertahankan teman lelakinya.

“Susah nak percaya,” balas Sharell. Dari nada suaranya, masih tersisa rajuknya selepas dipermainkan oleh Anuar dan Izzat.

“Jangan berdendam sebab dia kenakan awak tadi. Jadilah professional sikit!” bentak Farrah lagi.

Untuk seketika, Sharell menoleh ke arah Syaida, mengarah dia untuk menarik Farrah jauh dari kaunter sementara dia berurusan dengan penyambut tetamu itu. Kali ini, riak wajah rajuknya tadi sudahpun hilang dan dia kembali dalam mood seriusnya.

“Boleh saya bantu encik?” soal penyambut tetamu itu.

“Awak kerja seorang jer?” soal Sharell. Penyambut tetamu itu mengangguk.

“Berani. Pagi-pagi buta ni,” ulas Sharell.

“Encik tak tahu apa yang saya hadapi,” balas penyambut tetamu itu, turut tersenyum.

“Macam inilah, straight to the point terus dengan awak. Motel atau hotel kat sini, tentu ada mana-mana bilik dia yang… awak tahu kan? Yang boss awak suruh kosongkan. Kami sanggup ambil. Macam mana?” soal Sharell membuatkan riak wajah penyambut tetamu itu terus berubah.

“Encik betul-betul berani ke?” soal penyambut tetamu itu.

“Terpaksa,” balas Sharell yang sekadar dibalas anggukan olehnya. Dia terus berpaling ke arah belakangnya, tempat dia mengantung setiap kunci untuk motel setinggi tiga tingkat itu.

“311 dengan 312…”

“Terima kasih.” ucap Sharell sambil mengambil kunci tadi daripada tangannya. Ketika dia berkira-kira mahu mengeluarkan kad debitnya, membayar tempahan untuk kedua-dua bilik itu, penyambut tetamu itu pantas bersuara.

“Bilik tu percuma. Tak perlu bayar."

“Betul ke?” Penyambu tetamu itu mengangguk lagi.

Tapi encik… hati-hati,” ucap penyambut tetamu itu.

“Saya faham,” balas Sharell sebelum menghampiri rakan-rakannya yang sudah tiba dikawasan lobi.

“Dapat bilik juga. Kau tengok macam mana aku negotiate dengan dia. Motel macam ni, mana pernah penuh. Mesti ada bilik yang kosong…” kata Shareell sambil menunjukkan dua gugus kunci kepada rakan-rakannya.

“Shakireen, kalau kau pegang kunci ni tak ada masalah kan?” tanya Sharell lagi.

Shakireen sekadar menggeleng. Selepas Shakireen mengambil kunci tadi daripada tangannya, beredar dengan kaum perempuan kumpulan assignment mereka, Sharell terus berpaling pada Anuar yang kelihatan takut-takut.

“Serius Rell… aku tempah semalam!” ucap Anuar.

Sharell sekadar mengeluh.

“Kita sembang esok. Aku dah penat ni. Nak membuta!”

***

Berkali-kali Sharell menampar tangannya. Bukannya apa, entah kenapa tidurnya asyik diganggu nyamuk. Padahal dia sudah memasang pendingin hawa pada suhu paling rendah. Itupun dia masih lagi berpeluh. Tetapi oleh kerana kepenatan menempuh perjalanan yang panjang akhirnya dia tertidur lena, tanpa mengetahui bahawa keesokan harinya dia bakal dihidangkan dengan satu lagi kejutan.

“Rell… bangun Rell!” Kedengaran suara Anuar takut-takut menggerakkan tubuhnya. Sharell menepis tangan lelaki itu lalu berkalih. Namun, apabila suara buah hatinya turut mengejutkannya membuatkan matanya terus terbuntang luas. Tak akanlah Syaida boleh berada dalam… sekejap.

“Awak…. saya takut!” ucap Syaida.

Sebenarnya, bukan Syaida seorang sahaja ketakutan, tetapi mereka semua. Dia baru menyedari bahawa dia bukan berada dalam bilik motelnya semalam yang nyaman dan selesa itu. Sebaliknya, dia sedang tidur di atas tilam lusuh, sambil berada dalam sebuah bilik yang seperti sudah ditinggalkan orang. Cat di dinding sudah terkopek manakala tingkap kosong, tidak bercermin membenarkan cahaya matahari menerobos masuk. Terdapat juga banyak tulisan aneh yang tercatat di dalam dinding bilik itu. Sebaik sahaja dia menyedari dia sedang berada dalam sebuah bilik tinggal, dia terus bangkit dari tilam lusuhnya.

JANGAN MASUK. SARANG SETAN!

AKU NAMPAK ADA ORANG TERJUN KAT TINGKAT NI SEMALAM!

STAIRWELL TO HELL!

“Mana Shakireen?” soal Shareel selepas menyedari bahawa hanya gadis itu sahaja tidak berada di dalam situ. Namun, pertanyaan Sharell tidak bertahan lama apabila pintu biliknya terbuka dan kelihatan Shakireen sedang melangkah sambil membawa beg galasnya.

“Benda tu nak main-main dengan kita,” tutur Shakireen.

“Maksud kau?” soal Sharell.

“Motel yang si Nuar tempah kat internet tu dah ditutup 3 bulan sebab bankrap. Dan kita sedang tidur dalam motel yang dah ditinggalkan orang!” tutur Shakireen tenang, seolah-olah apa yang dilafazkannya itu sekadar cerita biasa. Serentak itu juga, seluruh bulu roma Sharell meremang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.