Home Novel Seram/Misteri ANAK KERAK
ANAK KERAK
IDA ANUAR ANUAR
10/8/2018 18:27:17
4,411
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
PROLOG

“Mak Senah,emak pada pesakit ada mengatakan mereka mengambil Mala dari bawah pokok kundangsana.” Sarjan Salina menunjukan pokok kundang yang berada di hujung halamanrumah tersebut.

           “Kamu dah tengok?” tanya Inspektor Amran.

           “Sudah tuan tapi tak ada langsung kesan. Darah atau tanah di gali.”Jawab SarjanSalina.

           “Apa pesakit buat di bawah pokok kundang pada waktu senja ? bersalin di bawahpokok kundang? Memang pelik!” Inspektor Amran berkata perlahan, dia dihurung seributanda tanya.

           “Itu yang peliknya. Kita kena tunggu pesakit sedar tuan baru kita boleh soalpesakit. Tapi tuan saya tak rasa pesakit membuang bayinya atau menanam bayinya.Macam ada sesuatu yang tak kena di sini.” Sarjan Salina berteori.

           “Maksud kamu?” Inspektor Amran tidak dapat menebak.

           “Mungkin bayinya hilang atau memang dia bersalin dibawah pokok kundang sanatapi…” Sarjan Salina tidak meneruskan kata-katanya. Matanya menangkap kelibatdisebalik pokok kundang. Datang bagaikan cahaya dan menghilang begitu sahaja.

           “Kenapa?” Inspektor Amran bertanya apabila Sarjan Salina seolah-olah terpakumemandang sesuatu di belakangnya menghala kea rah pokok kundang.

           “Saya nampak seseorang disebalik pokok kundang sana.” Bisik Sarjan Salinaperlahan tetapi cukup untuk didengari Inspektor Amran. Dia ikut menoleh tetapidi dalam cahaya yang samar matanya memang tidak mampu melihat apa-apa   

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IDA ANUAR ANUAR