Home Novel Seram/Misteri Penanda Kubur Anira
Penanda Kubur Anira
Hafiz Aziz Abdul
25/4/2016 10:18:18
85,902
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Senarai Bab
13. Pemergian

“Ibu!” Marini terpekik “Ibu dah berapa lama berdiri di situ?!” muka Marini berubah menjadi pucat ketakutan. Terperanjat Puan Fatimah mendengar soalan lantang Marini itu dan mula berleter “Kenapa kau ni Marini? Tengok ibu macam nampak hantu! Apa kau buat dalam bilik kau? Kenapa kau tak bersama adik kau?”

Belum sempat Marini menjawab, Puan Fatimah menolak Marini perlahan-lahan masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu. Dia merenung ke muka Marini dan berbisik. “Marini, kau dengar sini betul betul. Tok Zamri dan separuh orang kampung dah pulang. Mereka membawa jenazah Dollah...”

Dengan nada yang terperanjat, Marini menyampuk “Hah? Ya Allah. Apa dah jadi dengan kampung ni?...”

Dengan cepat Puan Fatimah memotong percakapan Marini “Shhhh! Cakap perlahan-lahan, jangan sampai adik kamu dengar. Biar adik kamu berehat, bila demam dia dah berkurangan sikit, baru kita beritahu dia. Tok Zamri tak mahu demamnya melarat. Kamu faham apa ibu cakap ni?” tanya Puan Fatimah

Setelah Marini mengangguk, Puan Fatimah menyambung lagi. “Kamu dan Saleha duduk di dalam bilik Rahayu. Jaga dia dan kalau boleh jangan biarkan dia keluar dari bilik tu sampai Tok Zamri bawa jenazah Dollah ke kubur. Ibu dan Hawa nak pergi masak.“

Puan Fatimah menatap muka anaknya itu yang kelihatan ketakutan dan keresahan “Marini, kenapa dengan kau ni? Apa dah jadi?” Marini menoleh kebelakang dan melihat seluruh biliknya seperti mencari-cari sesuatu. Dia tak pasti sama ada nak memberitahu ibunya apa yang dia ternampak tadi.

“Tak...tak ada apa-apa ibu” dia menjawab ibunya dengan nada ketakutan dan mengharap ibunya tak bertanya lagi. Puan Fatimah mengeluh. “Baiklah, cepat pergi tengok adikmu sekarang, jangan biarkan dia keluar tau” dan Puan Fatimah kelam kabut keluar dari bilik itu dan pergi ke arah dapur.

Dengan cepat, Marini menjenguk keluar dari biliknya dan melihat ibunya sedang berjalan dengan laju masuk ke dapur. Kelihatan juga di ruang tamu sangat kecoh. Tok Zamri, Nadim dan orang kampung sedang sebok menyiapkan barang barang untuk memandikan dan mengkafankan jenazah Dollah. Dia masih tak pasti yang itu adalah “ibunya”. Dengan cepat dia meluru ke dapur dan memanggil ibunya.

“Eh apa lagi kau buat disini Marini, tadikan ibu suruh kau pergi tengok adik kau!” Lega rasa hati Marini. Setelah mendengar suara lantang Ibunya itu, baru sekarang dia pasti yang itu adalah ibu “betul” nya. Kemudian terpikir di kepala Marini, dengan siapa dia berbual tadi, atau apa? Berdiri bulu roma memikirkannya. Tetapi bila Marini mendengar bacaan Yassin dan Fateha, jiwanya menjadi tenang.

Kerana takutkan adiknya terbangun, Marini berjalan perlahan-lahan ke arah bilik Rahayu dan membuka pintu perlahan-lahan. Dia menjenguk ke dalam dan ternampak adiknya masih tidur di atas katil dan Saleha pula sedang menjenguk ke luar tingkap. Dia memanggil Saleha keluar dari bilik tu.

Marini berbisik kepada Saleha “Leha, kau tahu apa yang terjadi?” Saleha mengangguk. “Ingat tau Leha , kita tak boleh beritahu Ayu dan....” Saleha dengan cepat menyampuk “Sudahlah. Aku nak balik kampung aku sekarang Rini. Aku dah tak sanggup lagi tengok benda–benda ni semua. Aku dah tak tahu apa jadi dengan kampung ni. Aku tak nak apa-apa jadi dengan diri aku dengan anak aku nanti. Lepas Dollah, siapa pula? Kau? Aku? Kau jangan halang aku, maafkan aku Rini dan halalkan makan minum aku”

Tergamam Marini mendengar kata kata Saleha. Dia hanya boleh melihat Saleha berjalan pergi ke bilik Hawa dan mengemaskan pakainnya. Hatinya berbelah bagi, dia teringin memberitahu ibunya tentang Saleha, tetapi kalau boleh dia tak nak lagi menanbahkan tekanan jiwa kawannya itu

“Kak, oh kak” terperanjat Marini apabila terdengar suara Rahayu memanggilnya. Dengan cepat dia masuk ke bilik Rahayu dan menutupi pintu. “Kak, apa yang kecoh-kecoh kat luar tu? Abang Dollah dah balik ye kak?” Rahayu bertanya dan cuba untuk bangun dari katilnya.

Dengan cepat Marini menggeleng dan mengahalang adiknya dari berdiri. “Be..belum dik. Kakak rasa dia dengan Tok Zamri sekarang. Kat luar tu cuma bunyi orang-orang kampung nak berjumpa ayah”

“Ha? Kenapa nak jumpa ayah?” Rahayu bertanya lagi “En..entahlah dik. Mana lah kakak nak ambil tahu tentang perkara ni semua.” Tersenyum sumbing Marini menjawab soalan adiknya tu. Tetapi bila Marini merasa kepala adiknya dan mendapati kepanasan dah berkurangan, Marini tersenyum ceria.

“Rehatlah lagi Ayu, kau tu masih demam. Ibu tengah masakkan kurma ayam. Makanan kegemaran kamu. Nanti kita makan sama sama ye” Marini cuba menenangkan adiknya. Dengan suara mengantuk, Ayu membalas. “Kalau abang Dollah balik, kejut Ayu tau”

Marini hanya berdiam diri. Runsing kepala dia memikirkan perkara ni semua. Baru semalam dia menikahi Ishak, kini dia merasaai yang Masjid yang dibina tu tak kukuh. Marini teringat pertanyaan Saleha. ‘Hari ni Dollah. Besok siapa? Ishak? Ibu? Rahayu? Siapa yang bertanggungjawab ni? Siapa?’

Lamunan Marini terhenti apabila pintu bilik diketuk. ‘Apa lagi? Siapa pula yang di sebalik pintu tu’ soalnya di hati. Pintu bilik itu di ketuk lagi, ni kali lebih kuat. Terdengar suara ayahnya dan Ishak memanggil-manggil namanya. Marini pun bangun dan membuka pintu dan melihat ayahnya dan Ishak berdiri di depan pintu.

Ayahnya memasuki bilik itu dengan keadaan cemas. Kemudian dia menoleh kerah Rini dan bertanya “Rini, kau tak apa-apa?” Marini menggeleng kepala. Kemudia Ishak menarik tangannya dan menunjukkan bungkusan yang di jumpainya. Puan Fatimah memasuki bilik tu dan berbisik dengan keadaan marah. “Eh, apa yang kamu semua buat ni? Shhhh. Jangan kejut Ayu. Keluar. Keluar”

Puan Fatimah memanggil Hawa untuk duduk di dalam bilik itu dan menjaga Rahayu. Kemudian dia menarik Marini keluar. Ishak dan Penghulu Shah pun megikut mereka keluar dan mereka berempat beridiri di luar bilik Rahayu. Ishak membuka bungkusan di tangannya. Marini tergamam apabila melihat kandungngannya. Kini Marini bertambah gelisah dan takut. Bunyi riuh orang kampung yang makin ramai berkumpul di hadapan rumahnya merunsingkan lagi kepalanya.

Isyak memegang tangan Marini yang menggelatar dan kesejukan. Serta-merta Marini menangis dan menceritakan tentang “pertemuannya” dengan wanita yang serupa ibunya di bilik dia. Tok Zamri, yang cara kebetulan terdengar perbualan mereka tiba-tiba berbisik “Pontianak. Kampung kita sudah dihantui pontianak. Tok Penghulu, jangan buang masa, kita kena memberi amaran kepada semua penduduk Kampung Dangi. Nyawa mereka semua dalam bahaya”

Mereka semua terdiam seketika apabila mendengar kata-kata Tok Zamri itu. Susah bagi mereka untuk menerima “berita buruk” begitu. Bagaikan cerita mengarut, tak mustahil. Tetapi setelah apa yang telah terjadi tiga hari lepas ni, apa pilihan yang mereka ada. “Baik...baiklah Tok Zamri, saya....saya beritahu orang kampung sekarang” ujar Penghulu Shah sebelum nerjalan ke dewan menunduk kepala.

“Rini, mana Saleha?” Puan Fatimah menoleh ke arah Marini dan bertanya. Dengan cepat Marini menunjuk ke arah bilik Hawa, “Tadi dia ada di dalam sana mengemas bajunya. Dia cakap dengan Rini yang dia nak balik sekarang juga” jawab Marini

“Ya Allah Ya Rabbi Ya Tuhanku, habis kamu biarkan dia pergi? Kenapa tak cepat beritahu ibu?” Puan Fatimah menepuk dahinya dan menoleh kearah Ishak. “Ishak! Cepat! Kita kena cari dia sekarang. Wanita mengandung seperti dia senang diganggu pontianak!”

Dengan tak membuang masa, mereka berpecah mancari Saleha, dari bilik tidur utama sehingga ke dapur. Tiba-tiba terdengar pangilan Marini yang kuat dari dewan utama. “Ibu, tu dia Saleha! Saya nampak dia berjalan di lorong sana.” Dengan cepat Puan Fatimah berjalan ke tingkap dan melihat ke arah telunjuk Marini.

“Alhamdulillah Syukur, pergi! Pergi panggil dia cepat!” Tiba-tiba Marini memegang tangan ibunya dan berkata

“Bu! Yang memakai baju serba putih, mengikut Saleha di belakang tu siapa bu?”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hafiz Aziz Abdul