Bab 9
“Kau ni kan, memang makhluk yang tak sedar diri!”
Dija menoleh. Langkahnya mati tiba-tiba. Seorang Faheem
sedang berdiri tidak berapa jauh dari
ruang parkir motornya. Dija merenung wajah Faheem dengan rasa aneh.
“Kau ni memang sangat gatal kan?” soal Faheem sambil mendekati Dija selangkah dua. Jarak antara
mereka semakin rapat. Tidak sampai sedepa rapatnya.
Dija tidak faham dengan ungkapan soalan Faheem. Apa
maksud anak muda itu?
“Rupa buruk, tapi body boleh tahan juga.” Sinisnya sura
Faheem. Matanya merenung Dija dari bawah kemudian menjalar ke atas. Turun aik
turun naik pandangan matanya. Melingas tidak menentu. Wajah Dija
berkerut-kerut.
Buang tabiat ke apa, mamat ni? Desis hati Dija. Terlalu
kurang senang jadinya apabila dia melihat gelagat Faheem. Dia mulai buat muka. Berkerut-kerut dahinya.
“Ada shape yang
boleh menggoda jantan jugak ni...” sinis lagi suara Faheem.
Eh, dah kenapa dengan Mamat Bertaring muka masam ni? Soal
hati Dija. Dia nampak gelagat Faheem semakin pelik.
“Nak aku
upah seseorang perkosa kau, tak?” semakin sinis Faheem. Sekali lagi menyentap
jantung Dija. Wajah Dija semakin berkerut-kerut. Mengalahkan baju batik yang
tidak disterika. Kedut berjuta.
Kenapa agaknya Mamat Bertaring ni cakap macam tu?
Cantiknya bahasa!
Tapi
lidah Dija jadi kelu. Apa yang harus dia ucapkan bila mendengarkan kata-kata
yang sangat kesat daripada bibir Faheem? Diam atau melenting? Perlahan-lahan
Dija mengusap dada. Panas membara. Soal
maruah ni...!
“Dah miang sangat ke?” sinis lagi suara Faheem. Matanya
menjeling ke arah Dija. Penuh sinis. Di hujung matanya penuh kebencian. Meluat
dan meruap.
Dahi Dija semakin banyak kedutnya. Berjuta. Dia tambah
hairan. Namun, lidahnya tetap jua kelu sekelunya. Tiada suara yang terzahir.
Tiada kata yang terluah. Dilarikan pandangannya ke lain. Tidak lagi sanggup
untuk bertentangan mata dengan Mamat Bertaring itu. Ungkapannya benar-benar
kurang ajar. Kenapa dengan Faheem? Apa yang dah jadi padanya? Mengigau apa
agaknya? Tiba-tiba saja dah jadi miang menggatal kut.
Mahu rasanya Dija meluruskan kakinya. Dihadiahkan sebuah
penendang sulung ke muka Faheem. Sebab dia memang tahu juga sedikit sebanyak
seni silat untuk pertanahan dirinya. Tapi, hasratnya hanya setakat dalam hati.
Takkan dia mampu.
“Aku ni, kalau dah bencikan orang, bayangnya pun aku tak
sudi nak pandang.” Ujar Faheem dalam nada meluat.
Berdegup jantung Dija. Apa hal agaknya Si Mamat Bertaring
Muka Masam itu? Waraskah dia saat itu? Ataukah Faheem sedang hanyut dalam
perasaan sendiri? Kenapa tak habis-habis Faheem meluahkan rasa benci
terhadapnya? Salah apa lagi yang dia lakukan hingga Faheem dah sanggup
keluarkan ungkapan yang begitu kotor?
Dija membetulkan motornya.
“Hey, kau dengar tak aku cakap ni?” soal Faheem,
meninggi.
Dija merenung wajah Faheem semula apabila mendengarkan
suara Faheem yang lantang dan mendengus itu.
“Encik cakap dengan saya ke?” selamba suara Dija. Dia
menoleh ke sebelah kiri dan kemudiannya ke sebelah kanan. Seolah-olah mencari
orang lain di sisinya. Di sisi Faheem juga.
“Bodoh!” jerkah Faheem. Mendidih hatinya dengan gaya Dija
yang sinis itu.
Dija membetulkan motornya. Kemudian menghidupkan enjin.
Kata-kata yang tepancul daripada mulut Faheem dibiarkan berlalu begitu saja.
Tidak diambil hirau. Tidak diambil peduli. Masuk telinga kanan, telinga kiri
keluar semula. Kalau dilawan, tentu jadi
perang besar. Mengalahkan perang antara Korea Selatan dengan Korea Utara pula.
Enjin motor Dija sudah menderu.
“Tunggu, Budak Hitam....” jerit Faheem melaung kuat.
Dija tersengih. Tiba-tiba saja dia memberhentikan
motornya. Dia menoleh kembali ke arah Faheem. Sepantasnya Faheem menutup mulut
dengan tangan kanannya. Mungkin tersasul dengan ungkapan tersebut yang sudah
dijanjikan dengan bapanya agar tidak diluahkan lagi terhadap Dija.
“Good!” lebar senyum
Dija. Sinis dan sindir.
Faheem terdiam. Namun matanya mencerlang. Geramnya.
“Kan sedap nama tu? Nama timangan yang tak pernahpun ada
orang lain berikan kepada saya, kecuali daripada encik. Terima kasih...Budak
Hitam minta diri, encik...” Dija berbahasa basi pula. Sekali lagi Dija
menghidupkan enjin motornya.
Faheem mencapai stereng motor Dija.
“Tunggu...!” jerit Faheem. “Kau tak boleh pergi. Aku
belum habis lagi cakap dengan kau!”
Dija melihat muka jam tangannya.
“Maaflah encik. Saya tak buat overtime hari ini. So,
saya nak minta diri. Nak balik ni. Daa...” Dija terus menggerakkan motornya.
Tanpa menghiraukan Faheem yang terkulat-kulat ditinggalkan.
“Bodohhh!” jerit Faheem. Entah Dija sempat mendengar atau
tidak, dia sendiri tidak pasti. Apa yang penting, dia meluahkan rasa marah dan
geramnya bila Dija bertindak seberani itu meninggalkan dia sebelum habis
bicaranya.
“Kurang ajar!” marah Faheem lagi. “Woi, dengar dulu....!!
Tunggu!”
Dia mengepal jari jemari. Wajah geramnya terserlah. Faheem
mengetap bibir.
“Encik cakaplah dengan dinding ke, dengan tiang
ke..dengan...dengan...” suara Dija sudah hilang bersama deruan enjin motornya.
Dia tersengih nakal.
“Ada nanti makhluk yang bertelur kat dahi agaknya...”
sambil meludah, Faheem merenung motor Dija yang sudahpun berlalu pergi. Dan
kemarahannya tenggelam bersama deru enjin motor Dija.
“Pantang aku, kalau ada manusia yang kurang ajar macam si
bodoh tu...” jerit hati Faheem. Kemarahannya membuak. Dia mengeluarkan kunci
kereta dan berlari ke keretanya. Nekad ingin
mengejar motor Dija.
“Sayang...!” tiba-tiba suara Rita memanggil dari
belakang.
Faheem tidak menoleh. Dia segera ke keretanya lalu
menghidupkan enjin.
“Ke mana?” jerit Rita lagi bila Faheem mengisyaratkan
agar naik kereta bersamanya. “lnak
balik dah ni.”
Namun, kereta Faheem sudahpun berhenti betul-betul di
hadapan Rita. Sepantasnya Rita membuka pintu lalu menghenyakkan punggung dengan
cepat.
“Ke mana ni? Younampak
tergesa-gesa...” soal Rita sambil merenung wajah Faheem.
Faheem tidak menjawab. Dia segera memecut keretanya. Mata
melingas menghantar pandangan. Sementara kakinya menekan pedal minyak dengan hati membara.
Berderu bunyi enjin keretanya.
Rita terus diburu kebingungan. Namun, dia tidak berani
lagi bertanya apa-apa kepada Faheem. Hanya mendiamkan diri. Hatinya terus
menyoal dengan pelbagai soalan. Faheem terus jua memecut. Setiap kereta
dipotongnya dengan mata melingas.
“Mana si bodoh ni....?” tiba-tiba terdengar bibir Faheem
mengomel.
“You cari
siapa, sayang?” soal Rita, masih belum faham.
“Minah Pulau tu laaa...” jawab Faheem.
“Minah Pulau?” dahi Rita berkerut. “Siapa maksud you?”
“Dija....” jawab Faheem sepatah.
Rita terjelir kehairanan. ““What? Younak kejar
Dija?”
“Dia kurang ajar dengan l.”
“Kurang ajar?” soal Rita kebingungan. “Bila masa youberinteraksi dengan dia ni? Itak sedarpun. Apa yang dia dah buat
dengan you?Dia maki you? Dia seranah you?Atau...”
Faheem tidak memjawab soalan Rita. Namun dia terus
memecut. Matanya pula terus melingas dengan wajah geram. Rita nampak wajah
teman lelakinya itu sudah memerah. Udang bakarpun tak semerah itu.
“Sayang, be
carefull...!”
“ltak kenal kat
mana rumah dia. Kalau llambat tak
sempat nak jumpa dia.”
“Esok kan dia ke ofis? Youtak perlu nak kejar dia. Buat membazirkan masa je.”
“Hati lni,
kalau dah sakit dan geram, kena selesaikan masa ni jugak. Kalau tak boleh jadi
barah dalam hati. Inak dia dapat
habuan hari ni jugak!”
“Apa kes ni?”
“Dia tu memang kurang ajar, kurang asam dan kurang
semuanya. Memang dasar gadis pulau tak tau nak hormat orang langsung. Bodoh!”
suara Faheem sudah meninggi. Dada Rita berdegup. Berdebar kencang bila melihat
kemarahan Faheem yang sudah tidak terkawal itu.
“Kalau dapat budak tu, boleh bertelur dahi dia!” bentak
Faheem lagi.
Dahi Rita berkerut lagi. Apa hal agaknya yang buat Faheem
marah sangat dengan Dija? Rita tahu, Faheem memang seorang yang panas baran.
Diapun sering benar berhadapan dengan kemarahan Faheem. Namun, atas kebijaksanaan dan kemanjdyaannya,
kemarahan Faheem boleh terkulai begitu saja. Faheem sering lemah bila dia
membujuk dengan pelbagai ucapan sayang yang menggoda. Dengan kemanjaan yang
berlebihan itulah, Rita mampu menundukkan Faheem. Melemahkan Faheem. Malah,
melenturkan hati Faheem.
Rita pula sering menggunakan senjata ‘kemanjaan’nya itu untuk
mengikat Faheem. Lelaki itu pula sering kalah dan lembik hatinya dek sikap
manja Rita itu. Senjata itulah kekuatan bagi Rita sebenarnya. Dia sangat
berbangga kerana mampu melumpuhkan hati dan perasaan Faheem yang selama ini
sukar sangat untuk ditawan atau dikuasai oleh kebanyakan gadis di kota itu.
“Sudahlah tu sayang. Don’t
care about her.” Manja lagi suara Rita. Lengan Faheem dipaut sayang. Manja.
“lnak kejar
jugak dia sampai dapat hari ni.” Tegas Faheem.
“Tapi, sayang. Itak
nak you susahkan diri. Pedulikan dia tu. Kalau youlayan orang macam tu, sama ajelah antara youdan dia. “
Faheem mendengus marah. “Hisssyyyhh, kalaulah ldapat. Mesti parah dia tu.”
“Sayang, ingat apa yang papa youcakap! Nanti youtak
dapat jawatan CEO tu nanti. Siapa yang susah?” soal Rita. “So, forget aboutBudak Hitam melegam tu.”
Faheem mengeluh geram. Mujur juga kata-kata Rita diambil
pakai. Dia mengendurkan sedikit pecutan keretanya. Walaupun matanya masih melingas ke sana
sini mengintai mencari motor Dija yang
lesap entah ke mana.
“lnak
tahu jugak kat mana rumah dia tu. Senang
nanti nak buat perkiraan dengan budak kurang ajar tu.” Faheem tetap bernekad
mahu mengejar Dija sehingga dapat.
“Alaaa, esok dia datang kat ofis, youajar ajelah dia kat situ.”
“Kat ofis, papa dpat tahu. Inak buat perhitungan kat luar ofis. Biar papa tak tercium
ceritanya. Nak ajar dia tu sampai sedar
diri.” Ujar Faheem.
Ritatersenyum
senang. “Yes!”
“Selagi dia tu tak diajar selagi tu, hati lakan tetap sakit. Geram betul dengan
sikap bodohnya tu. Dasar gadis pulau, tak tau nak hormat orang langsung.”
Gerutu Faheem lagi.
“lakan sokong youseratus peratus!” Rita melebarkan
senyumnya lagi. “Akan sentiasa berada di belakang you, dear!”
“Thanks!”balas
Faheem.
Matanya masih jua melingas
ke sana ke mari. Seperti mengintai Dija yang sudah benar-benar menghilang.
“Hisyh...kalaulah l
dapat dia tu...”suara Faheem
kegeraman.
“Youjangan
gilakan dia tu sudah, sayang...!”
mencelah Rita agak cemburu.
“Youjangan
risau...sekecil kumanpun hati lbukan
melekat kepada dia tu.”
“Manalah tau...”
“Hingga saat ni, lhanya
sakit hati dan geram dengan dia.”
“Dah isytiharkan dia tu
musuh you?”
“Bukan setakat isytihar, maka dah bernekad dia akan jadi
musuh nombor satu lsekarang ni....”
geramnya suara Faheem.
Rita menjeling manja. Melirik pandangan ke arah Faheem.
Perlahan-lahan, jari jemarinya diletak rapat ke pipi jejaka tampan itu.
Kemudian menari hingga menjamah rerambut lurus berceracak milik Faheem.
“My handsome
boy...!” suara manja Rita.
Wajah Faheem ditenung bermakna. Macho dan memang sangat
menarik. Hidung mancungnya runcing di hujung. Berbibir manis pemikat pandang.
Terhias pula dengan sebaris kumis nipis di atas bibir. Kekacakannya makin
terserlah. Apa lagi dengan sepasang mata tajam ala-ala hero hindustan.
“Be cool, darling.
Forget about Gadis Pulau Hitam Legam tu...!”
Faheem tersenyum manis. Kata-kata Rita agak melembutkan
rona panas di hatinya. Semerta wajah
Dija terbang menghilang daripada pandangan. Sedikit lentur kemarahan di kamar hati.
Rita terus menulari jemarinya hingga mencecahi kumis
nipis Faheem.
“lnak yousayang lsorang je dalam dunia ni. I
tak nak ada tandingan. Itak nak kongsi youdengan sesiapapun...” jari jemari Rita singgah di bibir Faheem.
Ngap! Faheem menggigit.
“Aduuuhhh...!” jerit Rita manja. “Ohhh...nak jadi jerung
ya...”
Faheem ketawa mengekeh. “Nak jadi drakula. Nak hisap
darah anak gadis yang cantik macam Cik Rita Husni!”
“Nakal!”
Sebuah penampar manja, Rita lepaskan ke pipi Faheem.
Ketawa mereka pecah berderai. Saat itu, kemarahan Faheem sudah lusuh. Wajah
Dija juga sudah terpinggir daripada pandangan dan ingatan.
Apa yang Faheem tahu, Rita sudah memenuhi isi hatinya.
Ruang jiwanya telah dipenuhi oleh rasa sayang dan kasih terhadap Rita.
Jadi, Dija....
Telah terselamat daripada hambatan kegeraman Faheem. Dia
sudah lesap entah ke mana menghilang bersama skuter kesayangannya.