Perkara buruk yang lalu tidak layak diberi nama kenangan,
bahkan tidak layak disimpan sebagai memori,
kerana dari situ banyak luka yang diperoleh,
banyak hal juga yang musnah kerana diganggu kondisi emosi,
Sejak hari itu,
segala yang diekspetasikan punah dipukul realiti,
dan hal itu terkesan dalam kehidupan sehari-hari,
ada trauma yang datang kemari,
ada kegelisahan yang perlu dibendung sendiri,
itu semua punca ketakutan menghadapi hari-hari ke hadapan.
adakah aku sembuh suatu hari nanti,
jika dengan hanya memaafkan lalu melupakan.
adakah lukanya masih terkesan,
jika sudah aku berusaha pulih sendiri tanpa ubat.
demikianlah manusia,
penjenayah membunuh jiwa yang paling tragis