Agak lama juga tangis Syamiza tidak reda, setelahdipujuk dan ditenangkan oleh Nazuha akhirnya dia tenang kembali. Ketika merekaberbual, kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Syamiza menjengahkeluar dan kelihatan Hazif keluar dari keretanya kemudian masuk ke dalam rumah.Tanpa berlengah lagi, Syamiza mendapatkan suaminya lantas menghulurkan tangansambil meminta maaf. Dikucupnya tangan Hazif seraya dia menjelaskan perkarayang sebenarnya. Hazif juga sama meminta maaf kerana terlalu mengikut kata hatikerana tidak mahu mendengar penjelasan dari Syamiza terlebih dahulu.
“Sesungguhnya yang terindah itu hanyalah sementarajika ia bukan nyata milik kita. Abang percayalah, Sya tidak pernah curangiabang.”
“Terima kasih sayang.”
#TAMAT#
Karya : Atiya Nashwa Nayla