Home Novel Cinta Moonlit In Manchester
Moonlit In Manchester
DoubleEtch
7/5/2021 12:55:47
3,621
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

Akan tiba saat itu, untuk aku hanya mampu melihat perlakuan mesra antara mereka berdua. Adalah mustahil untuk membayangkannya, tanpa disulami rasa cemburu. Begitulah yang terjadi dan yang pasti akan aku alami, ketika  menyedari sidia akan kembali pulih dan membuka mata.

Bagaimana mampu aku menahan pukulan perasaan yang menghentam di jantungku. Adakah seperti sebelum ini, aku tidak dapat meneruskan tuturku kerana perasaanku yang kerap bercelaru apabila berhadapan dengannya.  Sedangkan setiap hari-hari yang berlalu,namanya tidak pernah lekang dalam doaku. Dan tidak pernah sehari aku menduga-duga akan kemungkinan sekiranya matanya yang bundar itu kembali bercahaya dan mampu kutatap dengan rasa cinta.

“Dr Daniel, doktor tak mahu singgah ke wad? Pesakit di wad 909 mungkin akan sedar hari ini, indikasi menjurus ke arah itu?” tanya  ketua jururawat Puan Lopez di hujung telefon.

Bagaikan helaan nafas yang akhirnya mampu dilepaskan setelah sekian lama kutahan…Tanpa kusedari pandangan ku kabur, mata ku berkaca. Gemuruh dalam dadaku, jantungku berdegup kencang bagaikan mahu pecah dengan keterujaan.Hanya mendengar berita itu, sudah cukup membuatkan hariku cerah bersinar umpama dilamun kicauan burung yang menenangkan.

“Doktor?” suara Puan Lopez kedengaran penuh persoalan.Sebagaimana aku yang nanar dengan emosi yang berbaur antara lega dengan hiba.

“Hmm.. tak mengapa lah, berita ini sudah cukup baik. Saya tumpang gembira. Tunggulah dia sedar dulu, kemudian maklumkanlah kepada warisnya, Encik Ashraf,” akhirnya aku mampu bersuara.

Tiket penerbangan di tanganku, ku tenung lama. Berat rasanya mahu melangkah pergi. Namun ini adalah kali ketiga penerbangan ini dijadualkan semula. Aku kuatkan tekad, mahu bangkit dari kesuraman hidup ini. Bangkit dengan harapan baharu. Itu jugalah yang memberi aku kekuatan untuk aku bangun dan menguatkan tekad, lantas ku heret bagasi dan membuka langkah ke arah balai berlepas.

Selamat tinggal Arissa, aku doakan kali ini kau temui bahagia.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh DoubleEtch