Home Novel Cinta Jantung Hatiku
Jantung Hatiku
CikSiti Amna Nazia
30/12/2014 21:12:52
34,671
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 33

Setelah 2 minggu di Tanah Suci Mekah, Zarith akhirnya kembali semula ke tanah air. Ketika itu, hanya papanya dan Haziq sahaja yang menyambutnya di lapagan terbang. Mama dan adiknya hanya menunggu di rumah, sibuk membuat persiapan menyambut kepulangan dia katanya. Mereka terus pulang ke rumah tanpa singgah ke mana-mana.

Sampai sahaja di rumah, mamanya terus menerkam dan memeluknya. Dia benar-benar rindu pada anak itu. Rasa marahnya sudah hilang seiring dengan waktu berlalu. Zarith membalas pelukan mamanya dengan senang hati. Sudah lama dia tidak dimanjakan seperti itu, asyik-asyik dimarahi sahaja sebelum ini. Tan Sri Rahim dan adik-adiknya tersenyum senang. Lega dengan perubahan wanita itu.

“Jomlah kita makan, along pun dah lapar tu. Tak makan lagi katanya tadi,” ajak Tan Sri Rahim.

Mereka berlima terus bergerak ke ruang makan. Deretan makanan sudah tersedia di atas meja. Semua makanan kegemaran mereka ada di situ. Puan Sri Khaleeda terus mencedok nasi ke dalam pinggan mereka satu persatu.

“Wow, banyaknya mama masak! Dah lama angah tak makan masakan mama. Bestnya makan hari ni!” Haziq bersuara girang. Hari ini dia betul-betul gembira, alongnya sudah pulang dan mamanya tidak lagi marah-marah.

“Sengaja mama memasak hari ini untuk anak-anak mama, terutamanya along. Dah lama mama tak tengok along tau! Angah dengan Yana jangan cemburu pulak!” Puan Sri Khaleeda sudah mampu ceria semula, dengan senang hati dia melayan karenah suami dan anak-anak kesayangannya.

“Semua nampak gembira je malam ni. Errr… ada berita gembira ke?” Zarith cuba berkias. Jujur dia sebenarnya tidak sabar untuk mengetahui tentang lamarannya terhadap Marissa. Keceriaan ibu dan adik-adiknya yang seolah-olah tidak ada masalah yang berlaku memberinya sedikit sinar harapan.

“Berita apa maksud along?” soal Puan Sri Khaleeda berpura-pura tidak tahu. Wajahnya agak kelat. Pertanyaan Zarith moodnya hilang, namun kali ini dia tidak cepat melenting. Dia tidak mahu merosakkan suasana. Anaknya baru sahaja pulang, rindu juga masih belum hilang, masak dia mahu mengajak Zarith bergaduh pula!

“Errr…. tentang lamaran along terhadap Marissa. Dia terima ke?” soal Zarith berterus-terang.

“Tak, dia tak terima.” Selamba jawapan mamanya.

Wajah Zarith yang tadinya ceria berubah muram. Terkejut, sedih dan kecewa!

“Tak pelah, nak buat macam mana.”

“Padan muka along! Tulah, dulu suka-suka je tolak anak orang. Sekarang ni rasakan macam mana kecewanya bila cinta ditolak. Mama tabik pada Marissa sebab dia dah berjaya sedarkan anak mama ni yang bukan semua orang sukakan along. Sekarang baru tahukan macam mana rasanya?” Puan Sri Khaleeda menghentam anak sulungnya. Sengaja dia berbuat seperti itu supaya anaknya mengerti perasaannya selama ini.

“Along tak akan menyerah mama. Kalau selama ni along berjaya dapatkan semua projek-projek besar dan berjaya kalahkan semua saingan along, along yakin akan dapatkan Marissa. Along tak akan mengalah. In sha ALLAH, jika dia benar-benar jodoh along, cepat atau lambat along pasti akan dapatkan dia juga,” bicara Zarith lagi, penuh dengna keyakinan.

“Tapi Marissa tu orang, bukan seperti projek atau barang! Dia ada perasan, entah-entah dia dah ada pilihan sendiri. Dahlah, tak payah fikirkan sangat pasal ni. Jom, kita makan!” Puan Sri Khaleea tidak mahu memanjangkan cerita. Dia terus mengisi lauk kegemaran anak sulungnya itu ke dalam pinggan.

“Betul cakap mama kamu tu. Jangan difikirkan sangat. Apa pun yang along nak buat, pastikan semuanya dengan cara yang betul. Jangan sia-siakan hidup semata-mata kerana seorang perempuan,” penuh makna Tan Sri Rahim menasihati anaknya.

“Insya-ALLAH, along akan selalu ingat pesan papa. Tolong doakan untuk along ya?” pintanya lirih.

“Sudah-sudahlah, long. Mama selalu doakan along. Dahlah, tak payah cakap lagi pasal ni. Jom, makan!”

Zarith tersenyum pahit. Perutnya tiba-tiba sahaja terasa kenyang, namun demi menjaga hati mamanya yang telah bersusah payah memasak untuknya, Zarith menjamah jua sesuap dua. Nasi ditelan bersama dengan kekecewaan. Rasanya hambar dan pahit.

“Errr… mama, esok angah nak bawa kawan datang rumah boleh tak?” soal Haziq setelah keadaan mulai tenang.

“Bawa jelah. Tak payah nak minta-minta izin. Macam tak biasa pulak,” jawab papanya selamba.

“Bukan kawan biasalah tu bang agaknya… tak pernah-pernah minta izin selama ni. Ish, abang ni! Macam tak faham pulak…” Puan Sri Khaleeda tersenyum penuh makna memandang anaknya.

Haziq tersengih-sengih. Wajahnya bersinar-sinar. Ceria!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh CikSiti Amna Nazia