Home Novel Cinta Manisnya Cinta di Cappadocia (Manisnya Cinta)
Manisnya Cinta di Cappadocia (Manisnya Cinta)
8/12/2014 11:23:29
64,990
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

10

PAGI minggu itu kami sekeluarga pergi ke Desa Water Park. Adura, Aiman, Dzafira dan Faralina sudah selalu benar berhajat untuk ke sana. Abah pula kalau boleh hendak kami semua pergi bersama-sama. Minggu lepas ran-cangan itu tertangguh lagi kerana Abang Izzat tiba-tiba ada urusan. Mujurlah minggu ini semua orang dapat me-lapangkan diri, kecuali Abang Bakhtiar yang entah di mana. Dia memang sudah lama tidak datang ke rumah. Orang sibuk dengan isteri barulah katakan...

Anak-anaklah yang paling riang. Macam anak itik lepas ke dalam air. Sibuk juga Abang Izzat, Syahril dan abah me-ngawal mereka. Aku, Izelea dan Kak Mirna hanya menanti di birai kolam. Emak pula duduk bersantai di atas kerusi -panjang. Setelah agak lama mandi, aku membalut tubuh Elida dengan tuala. Mulanya dia protes, tetapi aku -meng-umpan-nya dengan janji untuk membeli ayam goreng danfries di kafetaria. Dia akhirnya akur.

Riang benar Elida menyuapkanfries ke mulutku. Apabila aku sengaja mengusiknya de-ngan menutup mulut, dia mula merengek-rengek manja. Aku memang benar-benar menya-yanginya. Kalaulah Kak Aida masih ada, mungkin -hubungan-ku dengan Elida tidak begitu rapat.

"Hai,tak sangka jumpa Puan Ifti kat sini!"

Aku mengalih pandangan ke arah suara yang menyapa. Spontan aku tersenyum apabila mata bertemu pandang. Aku dengan ramah mempelawa Nazmi duduk.

“I datang dengan keluarga,” kataku sebagai menjawab pertanyaan Nazmi.

"I pulak datang dengan kawan-kawan," jelas Nazmi.

Aku hanya memandang kumpulan yang ditunjukkan oleh Nazmi dan sempat pula mengira. Enam orang termasuk Nazmi. Bererti masing-masing datang berpasangan. Antara gadis-gadis itu, bukan yang pernah aku temui bersama Nazmi dulu. Kali ini dia datang dengan gadis lain. Di Cafe Naili's Place dahulu, de-ngan gadis lain dan di kedai buku MPH juga aku nampak dia dengan gadis lain. Berapa banyakgirlfriend dia? Soal hatiku.

"Mereka tu satu tempat kerja dengan I."

Aku memandang Nazmi yang sedang ketawa kecil sambil mencubit-cubit mesra pipi Elida. Pantas aku menghulurkan fries kepada Elida bagi menyembunyikan kekalutan. Kemudian Elida menyuapkan pula fries itu ke mulut Nazmi. Jari-jemarinya yang halus dipegang oleh Nazmi. Aku agak terleka memandang mereka berdua.

Ketawa Elida segera menyedarkan aku bahawa aku sudah mula berkhayal sesuatu yang mustahil akan terjadi.

"Mama!" Terdengar nyaring jeritan Elida.

Rupa-rupanya dia menyapa Izelea yang baru sahaja masuk ke dalam kafetaria. Izelea hanya tersenyum dan terus ke kaunter untuk membuat pesanan. Seketika aku dengan Nazmi saling berpandangan. Aku berharap biarlah Nazmi menganggap bahawa dia telah tersilap dengar. Tetapi daripada riak di wajahnya, aku tahu bahawa dia sedang keliru.

Aku kembali melayan Elida seolah-olah tidak ada apa-apa yang telah berlaku. Aku juga tidak menghiraukan renungan tajam Nazmi. Bagi aku, dia bebas membuat apa juga andaian dan dia boleh bertanya kalau dia mahu. Tetapi apabila dia memilih untuk mendiamkan diri, takkanlah aku pula yang terhegeh-hegeh hendak bercerita kepadanya.

"Mama pergi dulu ya!" ujar Izelea sambil menepuk-nepuk bahu Elida sebelum dia meninggalkan kami.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.