Home Novel Cinta HER COFFEE
HER COFFEE
Hannaz
31/1/2021 23:28:18
17,859
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

GAMBAR yang terpampang pada skrin komputernya, Izz renung lama. Ada dua wajah di situ, namun matanya lebih lama terpaku pada wajah si gadis yang tersenyum lebar.

Ya, gambar Amaya. Semasa launcing event yang diadakan lebih kurang seminggu yang lepas. Dan, semua gambar ini adalah gambar yang ditangkap oleh jurugambar yang diupahnya untuk majlis itu.

Kalau ikutkan, dia hanya nak tengok gambar-gambar semasa event tempoh hari untuk disimpan dalam fail rekod, tapi tak sangka pula ada banyak juga gambar Amaya dan Azim di dalam fail itu. Dan, semuanya gambar candid. Cukup spontan. Dan, di situ jugalah dia dapat melihat senyuman lebar yang terukir di bibir merah Amaya.

Dan, kebanyakan senyuman itu adalah apabila matanya memandang Azim. Dalam dan penuh makna. Dah serupa Amaya pula ibu kepada Azim. Takkan anak yang dirahsiakan pula?

Isy, mengarut! Izz menggeleng perlahan. Butan next ditekan dan gambar Amaya yang lain pula muncul. Kali ini, wajah itu tidak tersenyum, tetapi hanya beriak biasa. Memandang ke arah pentas yang terletak di hadapan.

Lama mata Izz menjamah sekeping gambar itu. Bermula dari mata yang cantik terbentuk sebelum turun ke hidung mancungnya dan berakhir di bibir merahnya yang sedikit terbuka. Baru perasan yang gadis itu hanya mencalit solekan tipis sahaja, tetapi tetap nampak menawan. Wajah itu nampak betul-betul berkarisma dan punya aura tersendiri.

Nafas dihela panjang apabila perbualan terakhir mereka di luar dewan tempoh hari kembali menyapa kepala. Apa sebenarnya kisah Amaya, kopi dan Azim sebenarnya? Oh, dan satu lagi. Perfume lelaki.

Kopi dan perfume.

Pasti ada sesuatu yang mengaitkan Amaya dengan kedua benda itu. Bad childhood? Dark past? Old trauma?

"Izz..."

Izz tersentak. Terkejut apabila terasa ada sentuhan lembut di bahunya. Pantas kepala dipanggung sebelum dia spontan menghela nafas lega.

"Ya Allah, mama. Buat terkejut Izz aje." Izz membetulkan duduknya. Sempat mata mengerling pintu bilik tidurnya yang sudah terbuka. Macam mana dia tak boleh dengar ada orang masuk?

Datin Suzana menjungkit sebelah keningnya. Mata melirik skrin komputer anaknya yang masih menyala terang. "Pandang anak dara siapa itu?" Dalam mengusik, Datin Suzana bertanya. Bukan selalu dia nampak anak sulungnya ini memandang gambar perempuan. Pakej dengan termenung jauh sekali.

Dah jatuh cinta pula ke?

Menyedari skrin komputer yang masih menunjukkan gambar Amaya, pantas tangan Izz bergerak menutup gambar tersebut. Kalut seketika. Tiba-tiba, terasa berdebar. Seolah-olah dia dah buat salah.

Tapi, memang salah pun kau duk tenung gambar anak dara orangkan, Izz?

"Bukan siapa-siapa pun, mama. Kawan kerja."

"Yalah itu. Kalau ya, takkan beriya tengok macam itu?"

Izz ketawa perlahan. "Tengok macam 'itu' itu macam mana, mama? Macam biasa aje Izz rasa."

Datin Suzana senyum. Punggung disandarkan pada meja kerja anak Izz lalu anak sulungnya dipandang lama.

"Siapa dia? Apa namanya?"

Sekali lagi, Izz tergelak. "Ya Allah, mama. Kan dah cakap, she's no one. Just a staff from the launching event."

"Cantik. Ada nama tak staf Izz ni?"

Dalam tawa, Izz tergeleng perlahan. Kalau dah berkali-kali ditanya itu, maksudnya nak tak nak memang kena jawab soalan ini. Mamanya ini memang takkan putus asa untuk mencari tahu bila masuk bab-bab perempuan ini.

"Amaya. Amaya Adzra." Akhirnya, sebaris nama itu disebut juga.

Datin Suzana mengangguk perlahan. "Sedap nama. Cantik. Sesuai dengan tuan badan. Staff Izz ke?"

"She's the owner of Her Cuppucino."

"Oh, founder kedai kopi itu ke? Yang ada waktu launching event hari itu?"

Apabila Izz mengangguk, Datin Suzana tersenyum semula. Riak wajah mengusik. "Mesti sedap kopi buatan Amaya ini, kan? Sampai anak mama ini terpandang-pandang gambar dia."

Tawa Izz pecah lagi. Kuat. "Ya Allah, tak adalah, mama. I was just skimming through all the photos."

Datin Suzana julingkan anak mata. Yalah itu. "So, masih teringinkan air tangan mama ke tak? Ke Amaya punya black coffee lagi sedap?" perli Datin Suzana bersama tangan yang menolak sedikit cawan berisi kopi hitam yang dibawa naik untuk Izz. Inilah satu tabiat Izz yang sama persis dengan suaminya. Suka sangat minum kopi malam-malam. Dan, kopi hitam. Itu yang pasti.

Spontan, Izz tersenyum. Cawan berisi kopi hitam itu dipandang seketika sebelum nafas dihela panjang. "For some reasons, she hate black coffee."

"Siapa? Amaya?"

Izz anggukkan kepala. Kopi buatan Datin Suzana dicapai lalu dihirup sedikit. "Dia... pelik."

"Maksud pelik kamu itu?"

"Dia sangat... berahsia. Misteri. Dia jarang senyum, tapi bila dia senyum, dia..."

"Dia cantik?" Pantas Datin Suzana mencelah. Makin lebar senyuman yang terlukis di bibirnya. Sah, anaknya ini dah angau!

Izz ketawa kecil. "Izz baru sangat kenal dia, mama. Baru sangat-sangat."

"Oh, this is interesting. Pertama kali anak mama tak menidakkan bila mama cakap pasal cinta. She's truly something, huh? Teringin mama nak jumpa dia."

Ah, sudah! Jauh pula fikiran Datin Suzana ini.

"Dah, mama. Jangan nak berangan jauh sangat. She's just... interesting. Itu aje."

"Hmm, yalah. Itu aje konon. Tahu-tahu nanti, bakal menantu pula."

Makin kuat tawa Izz mendengar sindiran Datin Suzana. Kepala digeleng lagi. "Jauh sangat dah mama fikir ini."

"Tak kisahlah siapa pun dia. Tapi, kalau nak, buat cara elok. Minta cara baik. Jangan rosakkan anak dara orang." Dalam usikan, tetap juga Datin Suzana menyelitkan nasihat. Mana tak risau bila anaknya sudah hampir 30 tahun, tapi masih belum ada calon? Kalau dah ada isteri, tak adalah dia risau sangat anaknya bermain perempuan di luar sana.

"Of course, mama. Mama akan jadi orang pertama yang tahu."

Datin Suzana senyum puas hati. "As I should. Okay?"

Izz tergelak perlahan sebelum mengangguk. Datin Suzana tegakkan semula tubuhnya sebelum bahu Izz ditepuk lembut.

"Jangan tidur lambat sangat."

Izz hanya mengangguk akur sebelum menghantar langkah Datin Suzana dengan pandangan mata. Dan, apabila pintu biliknya sudah tertutup rapat semula, spontan mata Izz kembali memandang cawan kopi yang dibawa Datin Suzana tadi.

Sekali lagi, bibirnya mengorak senyum. Rasanya sekarang ini, pandang kopi sahaja, mesti akan terbayang wajah Amaya. Rasa macam dah melekat wajah Amaya dalam kepalanya sekarang ini. Lebih tepatnya, senyuman rare gadis itu.

Izz ketawa perlahan bersama gelengan kepala. Kenapa kuat sungguh aura awak, Amaya Adzra?


*

*

*

Wish that I could find out, all your little secrets

Talking like a psychopath, I know I gotta stop


 

"Tapi, Cik Amaya tak perasan ke cara dia pandangan Cik Amaya?"

Amaya senyum lucu. Kening dijungkit sebelah. "Dia pandang macam mana? Macam saya ini bidadari kiriman Tuhan? Ke bidadari kiriman abang poslaju?" perli Amaya.

Fatihah tersengih. Aduh, bosnya ini. Bukan nak kembang semangkuk. Boleh pula dia tanya macam itu.

"Cara dia pandang itu, macam nak telan!"

"Isy, itu dah tahap creepy, Fatihah oi." Kening Amaya berkerut pula. Ya ke macam nak telan?

"Taklah. Bukan cara yang creepy. Maksud saya, bila dia pandang itu, dia betul-betul renung, Cik Amaya. Kata orang, macam renung benda berharga gitulah. Dia renung dalam-dalam. Tapi, bukan macam cara menyeramkan. Lembut aje pandangan dia itu. Saya pula yang boleh cair, Cik Amaya." 


01/02/2021

Maaf atas kekurangan. Terima kasih baca. 

Cerita ini sudah ditulis secara lengkap di Wattpad (sehingga bab 15). Untuk menyelesaikan bacaan dengan lebih cepat, sila ke Wattpad saya: @hannazhya

Terima kasih :)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hannaz