Home Novel Cinta Seindah Jacaranda ( Jacaranda 2.0)
Seindah Jacaranda ( Jacaranda 2.0)
Aaliya Adni
5/12/2018 00:03:56
236,953
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog








© HAKCIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam bentuk apa-apa bentuk jua dengan alat apa jua pun, kecuali setelah mendapat kebenaran daripada penulis.

Karya ini adalah rekaan semata-mata dan tidak kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau sudah mati. Jika terdapat persamaan nama, alamat, telefon atau mana-mana maklumat atau kejadian berkaitan dengan orang perseorangan, kumpulan, syarikat atau organisasi itu adalah hanya kebetulan sahaja.

Warna senja yang merah sudah menampakkan diri di pinggiran tasik biru dekat Gladstone, di timur laut Australia. Seorang lelaki tampan berusia lewat tiga puluhan masih termenung di kerusi berwarna putih dekat rumah agamnya yang menghadap tasik biru itu. Rambutnya yang hitam sedikit kusut, dialun tiupan bayu petang. Sejak bertemu dengan sahabat lamanya siang tadi, wajah kacaknya, kini murung.

     Kerut di wajahnya memberi gambaran wajah seorang lelaki yang matang dalam mengharungi pengalaman hidup. Pada usia melewati pertengahan tiga puluhan dia sudah hampir saja memiliki semua yang diingini dalam hidupnya. 

     Telefon bimbitnya yang terkujur di atas meja bulat di sisinya, berbunyi. Menandakan ada mesej sampai menunggu; kemudian ia berbunyi dan berbunyi. Dia membiarkannya sahaja.

     Kemudian telefon rumahnya berdering. Deringan terhenti apabila Bibik Kartini pembantu rumah Indonesianya kedengaran bercakap dengan seseorang. Namun tidak jelas isi perbualannya. 

     " Maaf tuan. Ada pesanan dari Tuan Dr Daniel." ujarnya." Mohon tuan jawab telefon dia panggil sebentar lagi katanya, tuan."

         Dan telefon bimbitnya berbunyi lagi.

         Dia mengerling ke arah bibik yang tercegat di sisinya.

       "Tuan Dr Daniel mahu tuan lihat isi sampul yang ditinggalkan itu," kedengaran suara halus wanita separuh abad mengulangi pesanan Dr Daniel.

       Bungkusan dalam sampul berwarna coklat yang ditinggalkan Daniel itu kemas diletakkan di atas meja.

       Matanya melirik ke arah bungkusan itu. Bibik Kartini masih tercegat tidak berganjak.

     "Kamu pergi sekarang," katanya menyuruh wanita yang berusia melewati 50an itu beredar. Bibik Kartini beredar menurut perintah tanpa banyak soalan lagi.

       Seketika itu dia mahu mengelak dari hambatan perasaan yang sekian lama menghantui dirinya tetapi kali ini dalam keengganan, dirungkainya bungkusan tersebut. Beberapa lembaran gambar lama jatuh berselerakan ke atas lantai. Pandangan matanya singgah ke atas satu daripada album gambar lama yang terjatuh bersama dengan kepingan gambar yang berselerakan itu.

       Keegoan mengaburi perasaan cinta, kerinduan dan kemaafan. Dan dia, sememangnya mempunyai ego yang terlampau besar. Dalam rasa keterpaksaan dicapainya album lama bersaiz 8" x 8" itu. Ditelitinya gambar-gambar itu satu persatu. Gambar bersaiz poskad berwarna yang hampir kuning dek di makan masa. Gambar Sydney Opera House. University New of South Wales. .dan King Cross..... Gambar sekumpulan remaja berkot di balai ketibaan penerbangan, gadis remaja yang yang baru saja menjangkau tujuh belas tahun..dan..memori-memori silam terpapar silih berganti dalam fikirannya.

        Sejenak, pandangan matanya terpaku pada sekeping gambar dengan berlatarkan pohon berbunga ungu dengan dua orang yang amat dikenalinya. Dia merenung gambar itu. Lama. Kekesalan itu kini datang menerpa.

        Perasaan itu tidak mungkin terlerai sehingga akhir hayatnya. Air mata bergenang di kelopak. Semuanya terpapar umpama baharu berlaku. Wajah-wajah yang dulu biasa dikenalinya umpama menerjah ruang fikirannya dengan kenangan silam.

       "Arissa..." tanpa disedari dia menyebut nama itu dalam sebuah bisikan. Nama yang saban waktu menjadi igauannya. Nama yang membakar semangat juangnya. Nama yang pernah menyaksikan kegemilangannya. Nama yang selamanya akan terpahat di sanubarinya. Mampukah wanita itu menelan segala episod duka yang dipalitkan olehnya dan memaafkan segala yang telah dia lakukan? Sanggupkah dia sendiri menelan sakit hatinya atau membiarkan hidupnya bergelumang dengan kekesalan yang tiada penghujung. Mahukah dia kembali kepada mereka dan mengabaikan luka yang masih berdarah.

           Gambar itu dikucupnya dengan kesyahduan. "Arissa, berilah aku kemaafan...." 

Ini ialah versi "unedited' novel Jacaranda 2.0.  Sila ke Instagram penulis @AaliyaAdni  untuk update berkaitan novel ini.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.