Home Jenaka Lucu Nasi Lemak Keropok Lekor
Nasi Lemak Keropok Lekor
Mieykid
13/3/2020 10:32:38
4,024
Kategori: Jenaka
Genre: Lucu

Aku telah lama tinggal di muka bumi. Boleh dikatakan aku sudah lama menetap di sini. Tapi, selama 27 tahun aku duduk sini, kadang-kadang aku tidak faham bahasa di bumi ini. Aku bukanlah alien yang datang dari Marikh, ramai yang selalu salah faham dengan aku. Aku manusia. Sumpah aku manusia biasa macam mereka. Kadangkala aku pun tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. Nak tahu kisah aku? Aku tahu kau nak, sebab itu kau masih di sini.


Pada suatu hari, aku bangun pagi di bawah struktur yang membawa jalan ke seberang sungai. Kemudian, aku berlegar-legar di kotaraya. Perut aku berbunyi. Maklumlah, tidak sarapan lagi. Masa itu, aku mengidam nasi lemak di warung Mak Ngah berdekatan di situ. Aroma yang wangi dan sambal ikan bilis yang pedas dan rangup menepati citarasa aku. Aku pun mengangkat kaki aku ke warung itu.


Semasa aku menghala ke warung itu, aku ternampak ramai orang berkerumun di tepi jalan. Aku pun pergilah sebab nak tahu apa yang berlaku di situ. Terlihat seorang penjual yang menjual keropok lekor. Terliur jugak melihat keropok lekor yang dijual oleh abang itu. Tekstur dan warna seperti digoreng dengan sempurna.

 "Abang, berapa harga keropok lekor ni?". Aku bertanya kepada penjual itu.

"5 seringgit dik." Balas penjual itu.

"Oh... Kalau macamtu, bagi 2 ringgit bang". Balas aku.

Penjual itu pun masukkan 10 biji keropok lekor dalam beg plastik. Dia menghulurkan keropok lekor itu kepada aku.

"Eh abang, apa benda ni?" Aku bertanya kepada penjual itu.

"Keropok lekor 2 ringgit." Jawab penjual itu.

"Eh abang, saya mintak 2 ringgit tadi, bukannya keropok lekor." Aku balas.









Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.