Ini adalah kisah tentang seorang gadis yang bernama Cinta. Cinta amat menyukai Coklat. Dimana dia pergi, pasti akan ada pelbagai jenis perisa coklat di genggaman tangannya dan di dalam beg sandangnya. Tapi yang peliknya, berat badan Cinta tak pernah naik. Itulah yang mengagumkan semua orang.
Namun, hakikat yang sebenarnya Cinta menjadi penggemar kepada makanan manis itu kerana dia merasakan hidupnya sangat sepi. Hanya coklat yang mampu menenangkan hidupnya daripada mengalami stress atau kesedihan. Cinta tidak mempunyai rakan kerana ramai yang cemburu akan kecantikannya. Cinta mempunyai rupa yang cantik, berkulit gebu dan putih berseri.
Suatu hari, ketika Cinta sedang menikmati angin petang di Taman Bunga Mawar, tiba-tiba seorang lelaki yang kacak wajahnya duduk disebelahnya. Cinta berasa terkejut dan hairan dengan tindakan lelaki tersebut.
"En..encik... awak okey? awak ini siapa ya?" Cinta mula bertanya pada lelaki tersebut. Namun, lelaki itu hanya mendiamkan dirinya. Dia langsung tidak memandang wajah Cinta. Wajahnya dan matanya hanya terus memandang ke hadapan. Cinta mula ketakutan dengan lelaki aneh itu tapi dia membiarkan sahaja asalkan lelaki itu tidak bertindak apa-apa kepadanya.
Tiba-tiba, datang seorang budak lelaki berlari ke arah mereka sambil menjerit-jerit memanggil abang kepada lelaki aneh itu. Tanpa menunggu, Cinta terus bertanyakan pada budak lelaki itu siapakah lelaki aneh ini dan mengapakah lelaki ini langsung tidak menjawab soalannya. "Maafkan dia ya, kakak. Dia abangku. Dia ini buta, tidak dapat mendengar apatah lagi bercakap." jawab budak lelaki itu. Cinta terdiam. Dia terkejut dengan kehidupan lelaki tersebut!
Ketika mereka sedang beredar pergi, dengan pantas Cinta mengejar mereka. Cinta mengambil coklat yang digemarinya, coklat campuran kacang hazel, didalam begnya lalu diserah sekeping kepada budak lelaki tersebut dan sekeping lagi diletakkan diatas tapak tangan lelaki itu. "Coklat ini untuk awak. Saya doakan suatu hari nanti, awak pasti akan mendapat kembali penglihatan, pendengaran dan pencakapan agar awak dapat merasai dan mengucap syukurnya terhadap ciptaan Tuhan yang indah ini!" Kata Cinta dengan penuh semangat. Air mata Cinta sudah mula bergelinangan di kelopak matanya tetapi tidak jatuh! Pada saat ini, Cinta baru sedar bahawa ada lagi insan yang menderita darinya!
Kemudian, mereka berdua terus beredar. Tiba-tiba, Cinta mendengar suara lelaki yang sangat indah. "Namaku Laskar." Anak mata Cinta mencari-cari dari manakah suara itu berkumandang. Namun, tiada sesiapa lagi manusia ditaman tersebut. Hati Cinta berkata mungkin itu hanyalah sekadar angannya sahaja. Mungkin.
Beberapa hari kemudian, Cinta pergi kembali ke taman tersebut. Dia teringin sekali bertemu dengan lelaki dan budak itu lagi. Cinta ingin tahu benar akan nama mereka. Sudah 2 jam berlalu, namun mereka masih tidak kelihatan malah lebih 2 papan coklat dimakannya. Cinta terus menunggu. Lima minit kemudian, lelaki dan anak kecil itu sedang berjalan-jalan di kawasan taman itu. Dengan gembiranya, Cinta terus menyapa mereka. Masa yang begitu lama mereka bertemu, tapi begitu singkat rasanya. Pelbagai soalan yang Cinta tanyakan pada budak kecil itu mengenai abangnya. Lelaki buta itu sungguh kacak dan berkulit putih, tapi malangnya kehidupannya tidak normal seperti manusia lain. Lalu, budak kecil itu menceritakan kisah hidup abangnya. Pada asalnya, kehidupan lelaki itu sungguh normal tetapi dia mengalami kemalangan ketika bayi yang menyebabkan dia kehilangan penglihatan, pedengaran dan pencakapannya! Sungguh malang nasibnya!
Cinta bersungguh-sungguh mendengar cerita budak kecil itu. Matahari sudah mahu berganti bulan. Ketika kedua beradik itu mahu beredar pulang, Cinta baru teringat akan soalan yang paling ingin diketahuinya. Nama mereka berdua! "Nama saya Sazali. Dan nama abang saya ini... Laskar." Cinta terkejut apabila medengar nama itu, seolah-olah penah dia mendengarnya sebelum ini. Tapi, dimana? "Nama kakak?" Pantas budak yang bernama Sazali itu bertanya pada Cinta. "Oh, lupa. Nama kakak Puteri Nur Cinta. Tapi, panggil Cinta." Tiba-tiba, tangan Laskar menggenggam kuat tangan Sazali. Adakah dia dengar Cinta menyebut namanya? Tak mungkin, dia takkan dengar! Sejurus itu, mereka berlalu pergi.
"Kalaulah mama dan papa masih ada lagi, teringin sekali Cinta ceritakan tentang adik-beradik itu... Masih ada yang lagi derita berbanding Cinta.." omel Cinta dengan sayu sekali. Sambil bebaring di atas katilnya, tangannya memeluk gambar ibu bapanya yang sudah kembali ke rahmahtullah beberapa tahun dahulu. Tiba-tiba, Cinta merasakan kepalanya terasa sakit sekali. Pandangannya mula kabur. Cinta ingin mencapai gelas berisi air yang terletak diatas meja bersebelahan katilnya. Malang, pandangannya gelap dan gelas itu terlepas dari tangannya.
Cinta celikkan matanya. Dia seolah-olah tidak sedarkan diri. Cinta kelihatan kelibat seseorang disebelahnya. Mak Cik Bella, tuan rumah yang menyewakan rumahnya kepada Cinta. Dia bertanyakan keadaanya. Pantas, Mak cik Bella menjawab sambil menitiskan air matanya "Cinta, sudah hampir seminggu kamu tidak sedarkan diri. Mak cik minta maaf, nak. Sebentar tadi, doktor yang memeriksa kamu sudah memberitahu pada mak cik bahawa kamu menghidap penyakit aneh yang semakin serius dan... jangka hayat kamu tidak lama, nak. Maafkan mak cik, Cinta" semakin deras air mata Mak Cik Bella jatuh.
Air mutiara Cinta sudah mula membasahi pipi. Cinta sedar inilah takdir hidupnya. Dia redha apa jua yang dah ditentukan untuk hidupnya oleh Tuhan yang Maha Kuasa! Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu perkara. "Mak Cik, sebelum tiba ajal saya, kabulkanlah permintaan terakhir saya ini. Hanya mak cik yang dapat saya minta pertolongan." "Silakan Cinta. Apa jua permintaan kamu akan mak cik kabulkan, anakku." kata Mak Cik Bella.
Seminggu sudah berlalu. Sazali dan Laskar berjalan-jalan di taman bunga yang penuh dengan bunga mawar merah, bunga kesukaan Cinta. Mata Sazali melilau-lilau mencari Cinta. Tapi yang kelihatan hanyalah seorang wanita yang agak berumur dari wajahnya sedang duduk di kerusi panjang tempat kegemaran Cinta mengambil angin di waktu petang sebegini.
"Adakah kamu bernama Sazali, rakan Cinta?" Tanya wanita itu. "Ya. Memang betul. Bagaimana mak cik tahu nama saya? Daripada Cintakah?" tanya sazali kembali. Wanita itu mengangguk. "Nama Mak cik,Bella. Mak cik ada beberapa perkara nak disampaikan pada kamu daripada Cinta, Sazali." Kata Mak Cik Bella dengan wajahnya yang sayu sekali. Sazali dan Laskar duduk disebelahnya.
"Semiggu yang lalu, Cinta meninggal dunia akibat penyakit aneh yang dihadapinya setahun yang lalu. Setelah Arwah Cinta mendapat tahu mengenai kehidupannya yang sudah tidak panjang, dia meminta mak cik mengabulkan permintaan terakhirnya iaitu mendermakan matanya kepada abang kamu, Laskar. Dia berharap sangat kamu berdua dapat mengabulkan jua permintaan terakhirnya itu." kata mak cik Bella. Lalu, dia menyerahkan sepucuk surat dan sekeping gambar arwah Cinta kepada Sazali. Lalu dibuka surat itu dan dibacanya.
Kepada Sazali dan Laskar,
Maafkan Cinta. Cinta amat berharap agar dapat mengenal kamu berdua lebih banyak lagi. Cinta teringin sekali memahami erti Sahabat. Cinta tidak pernah ada sahabat. Cinta terlalu sunyi dan sepi. Tetapi, kehadiran Sazali dan Laskar begitu mengembirakan hidup Cinta! Namun, apakah daya, Cinta harus pergi dahulu menyahut seruan ilahi dan mengikut jejak mama dan papa Cinta. Kamu berdua tetap dihati Cinta sebagai sahabat sejati dunia dan akhirat. Oleh itu, kabulkanlah permintaan terakhir Cinta. Cinta ingin mendermakan kedua-dua mata Cinta ini kepada Laskar. Semoga Sazali dan Laskar dapat menerimanya. Selamat tinggal. Semoga kita akan bertemu kembali di akhirat nanti!
Sayang Sahabat, CINTA
Kini, Laskar sudah boleh melihat dengan mata pemberian arwah Cinta. Laskar begitu bersyukur pada Ilahi apabila dapat melihat keindahan ciptaan-Nya! Dengan keajaiban dari kuasa Ilahi, seperti mana yang pernah dikata arwah Cinta, Laskar juga sudah boleh mendengar. Bertambah syukurnya pada kuasa-Nya! Dapat melihat dan mendengar itu sudah cukup bagi Laskar meskipun dia tidak akan dapat bersuara. Laskar sentiasa memegang foto arwah Cinta yang sudah mengikut jejak ibu bapanya 3 tahun lalu. Baginya, Cinta adalah sahabat istimewanya walaupun dia tidak pernah mengetahui bagaimana suara kecil dan diri Cinta yang sebenarnya. Dia hanya dapat mengetahui Cinta sahaja daripada Sazali.
"Cinta, meskipun kepergiaanmu terlalu awal, saya yakin kita tetap akan bertemu kembali pada suatu hari nanti. Disaat itu, kita akan menikmati keindahan alam yang terindah ciptaan Tuan yang Maha Agung disana! Nantikanlah kehadiran kami." ujar Laskar yang hanya mampu berkata didalam hatinya.
"Abang?" sapa Sazali kepada Laskar yang sedang menikmati keindahan Taman Bunga Mawar. "Nah." Hulur Sazali. "Coklat campuran kacang hazel kesukaan abang yang abang minta tadi. Nampaknya, makanan kegemaran arwah Cinta sudah menjadi kegemaran abang jugakan. Malah, Kilang Coklat Cinta juga sudah semakin popular diserata negeri! Kalau Cinta tahu, pasti dia sungguh gembira!" kata Sazali dengan penuh semangat. Laskar hanya membalas kata-kata Sazali dengan senyumannya, bak coklat kegemarannya yang manis!