Home Cerpen Umum Manisan Warisan Bonda
Manisan Warisan Bonda
Amatara
24/12/2018 11:34:56
3,316
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

Manisan Warisan Bonda

Oleh

AMATARA

 

            Seharianduduk di rumah menyebabkan perasaan bosan semakin menyelinap ke seluruh uratsarafku. Aku menggeliat membetulkan tulang-temulangku yang berkeriut bunyinyamenandakan bahawa aku sudah semakin tua dimamah usia yang semakin menginjaknaik tanpa turunnya. Garis-garis halus semakin beronak dan berliku pada wajahkuseumpama membayangkan betapa aku terlalu kelelahan dalam menghadapi duri ranjauyang semakin berliku-liku. Kusandarkan tubuhku di atas sofa sambil melemparkanpandangan menerusi jendela yang terbuka luas. Pada waktu-waktu sebegini, aku kembali menggenggam memori ketika akumasih kanak-kanak. Suatu zaman yang menyimpan pelbagai kisah pahit dan manis didalam album kehidupanku. Teringat aku tentang rakan-rakan sepermainan yanghilang tanpa dapat dijejaki. Sudah hampir 40 tahun masa berlalu. Begitu deras,begitu pantas meninggalkan aku yang masih lagi terkebil-kebil mengira detikkeriangan tatkala bergelar seorang kanak-kanak.

            Zaman semakin berubah. Tidak sepertidahulu. Zaman ini menyebabkan aku kehilangan susur-galur rakan-rakan yangsama-sama menikmati gelak ketawa tanpa menghiraukan pelbagai dugaan yangmelanda. Zaman sekarang hanya kebosanan yang menanti di hujung jari. Palingtidak, dari pagi hingga ke petang asyik melayari internet mencari pelbagaiagenda dan berita yang tidak pernah habis untuk dibaca.

            Ah, apa lagi yang aku fikirkan?Petang-petang sebegini lebih baik mengadap facebook.Mana tahu kalau-kalau ada rakan-rakan yang sama sekolah denganku dahulu. Bolehjuga mengimbau kenangan manis tatkala bergelar seorang pelajar! Getusku didalam hati sambil menekan punat onpada komputer riba yang duduk terlentang di atas meja kaca di hadapanku.

Jari-jemarikupantas menekan kata kunci untuk memasuki ruang facebook. Kemudian, timbul pelbagai paparan serta gambar-gambaryang kebanyakannya mempunyai pelbagai maklumat tertentu. Jari-jemariku pantasmelayari setiap gambar dan video yang kebanyakannya dihantar oleh rakan-rakankumpulan facebook yang datangnya daripelbagai cabang luar dan dalam negara.

Aku terkedu.Mataku bulat memandang mesej yang timbul pada paparan komputer ribaku. Akumasih lagi tidak membalas sebarang kata-kata perkenalan pada mesej itu. Akumenggaru-garu kepala walaupun tidak gatal. Namun, gambar yang tertera padaruangan itu menyebabkan jantungku berdegup kencang. Gambar itu mengingatkan akukepada seorang rakan baikku yang bernama Karim. Lebih unik lagi, rakan baikkuitu adalah peminat tegar kuih putu beras sama seperti diriku.

Segala-galanyabermula apabila aku berebut kuih putu beras ketika kami sama-sama berhari rayadi rumah seorang kenalan. Kebetulan, kuih putu beras itu hanya tinggal satu.Oleh sebab kami sama-sama menggemarinya, maka aku dan Karim bertaruh untukberlumba lari. Jika ada di antara kami yang memenangi perlumbaan itu makadialah yang berhak untuk mendapatkan kuih putu beras itu. Namun, ketika kamiberlumba tiba-tiba sahaja kuih putu beras itu dimakan oleh Anita, rakan sekelaskami. Hancur luluh hati kami tatkala kuih putu beras yang menjadi idaman kamihilang begitu sahaja. Bermula dari hari itu, aku pasti teringat akan rakanbaikku ini. Bukan sahaja menjadi sebahagian daripada kenangan manis tetapikenangan manis itu berganda-ganda tatkala Anita menjadi suri di hatiku sehinggakini. Nampaknya, akulah pemenang perlumbaan itu. Bukan sahaja putu beras malahgadis idaman kami turut berjaya aku miliki!

Perasaan ingin tahutiba-tiba sahaja menerjah ke seluruh jantungku. Aku mencari nama rakanku itu.

            “Engkau???”kataku kuat sambiltersenyum kegembiraan.

Rakanku itusudah lama menghilang dari radar kira-kira 40 tahun yang lalu. Jika dihitungusia kami kini sudah hampir memasuki 50 tahun. Sudah hampir 40 tahun juga akutidak bertemu dengannya. Melalui facebook,aku dapat menjejaki rakan baikku. Tiba-tiba sahaja perasaan rindu semakin kuatmengusik di segenap lubuk jiwaku.

            “Kenapa bang? Dari tadi asyiktersenyum-senyum? Ni mesti ada apa-apa?”tanya isteriku sambil duduk di sisiku.

            “Hari ni paling gembira. Cuba tengokni, agak-agak kenal lagi tak?”tanyaku kembali tanpa memberikan jawapan.

Isteriku membelek-belekgambar-gambar lama di ruangan facebookmilik rakanku itu, namun isteriku hanya mengerutkan kening tanda tidak tahu.

            “Cuba la tengok betul-betul, inikan Karimanak Lebai Marzuki,”kataku dengan nyaring.

            “Karim???”tanya isteriku lagi denganwajah yang sedikit cuak.

            “Ehmm...Karim yang berlumba denganabang disebabkan kuih putu beras tu?”tanya isteriku dengan mata yang terbeliak.

Aku hanyamenganggukkan kepala mengiyakan jawapannya. Isteriku kemudiannya tersenyum. Diadiam sahaja membiarkan aku larit mengimbau kenangan masa nan lalu. Namun, bukanKarim yang aku kenangkan tetapi kuih putu beras itu yang menjadi fokus utamakuuntuk diingati.

            Air liurku meleleh pekat mengalirterus memasuki kerongkongku. Sudah lama aku mencari warisan bonda itu, namununtuk mencarinya di kota raya yang besar ini amat payah. Anak-anakku jugalangsung tidak pernah merasai dan menikmatinya. Saban tahun, hanya kuih-kuihmoden yang disajikan ketika kami menyambut hari raya. Begitu juga apabila balikke kampung, kuih putu beras ini langsung tidak pernah dihidangkan. Pernah jugaaku bertanya mengapa tidak ada kuih putu beras yang menjadi kegemaranku? Namun,jawapannya cukup menghampakan. Katanya, sudah tidak ada orang yang pandaimembuat kuih putu beras. Hatiku tersentap apabila mendengar jawapan itu. Pernahjuga aku bertanya kepada anak-anakku namun, mereka langsung tidak tahu apatahlagi mendengar namanya.

            Aku bergegas berlari menuju ke lacidapur dan mencari sesuatu. Isterkui hanya melihat gelagatku dengan penuh tandatanya.

            “Cari apa bang?”tanya isterikuringkas.

Aku tersengihseperti kerang busuk yang tidak laku di jual di pasar.

            “Mana Nita simpan beraspulut?”tanyaku tanpa memandang wajahnya.

Dahi isterikuberkerut. Aku langsung tidak pernah menjengah ruang dapur apatah lagi untukmemasak. Jika isteriku berkursus atau pun balik ke kampung, aku akan membelimakanan di luar. Mungkin itu penyumbang kerut pada dahi isteriku.

 “Nak buat apa dengan beras pulut tu bang?”tanya isteriku penuh curiga.

“Nakbuat putu beraslah,”balasku dengan penuh keyakinan.

“Nakbuat putu beras??? Biar betul bang?”tanya isteriku dengan mata yang bulat.

“Yalah!Tak percaya ke?”tanyaku separuh marah.

Isteriku ketawalalu meninggalkan aku yang masih lagi terkulat-kulat mencari beras pulut.

            Aku tekun mencari bahan-bahan untukmembuat kuih putu beras. Semua bahan telah tersedia. Kemudian, berdasarkanvideo youtube yang telah dimuat turunitu, aku cuba dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, melalui panduan video youtube itu, aku berjaya menghasilkankuih putu beras kegemaranku.

            “Ya Allah! Bersepahnya. Tengok mukaabang tu dah dah macam tepung gomak. Putih dengan serbuk beras pulut,”kataisteriku sambil bercekak pinggang.

            “Jangan marah-marah, cuba rasa kuihputu beras ni,”kataku sambil menghulurkan sekeping kuih putu beras kepadaisteriku.

Isterikumengambil lalu menyuapkannya ke dalam mulut. Tiba-tiba wajah isteriku bertukarmenjadi masam.

            Masam ke manis? Jangan Nita. Penatabang buat,”getusku di dalam hati.

            “Ni batu ke kuih? Berapa kati abangletak gula dalam ni?”tanya isteriku terbatuk-batuk.

Aku masuk kedalam bilik lalu menutup pintu dengan kuat. Sudah hilang semua perasaankuketika itu. Diterbangkan ke angkasa oleh angin amarahku. Aku meluahkan rasakepada Karim yang kebetulan mengubungi aku dengan menggunakan kecanggihan Skype, aku dapat berhubung secarabersemuka dengan Karim, rakan baikku.

Interaksi secaradua hala membuahkan hasil yang agak memberangsangkan. Karim mengajar akumembuat kuih putu beras melalui pemantauannya melalui Skype. Skype bukan sahajamengeratkan hubungan kami yang sudah lama terputus bahkan juga melaluinya akudapat mempelajari pembuatan putu beras kegemaranku. Karim berkemahiranmenghasilkan kuih-kuih warisan bonda malah memasarkan melalui laman sesawang “ManisanWarisan Bonda”. Usai menjamah kuih putu beras yang terkial-kial aku sediakan, isteridan anak-anakku memuji melambung tinggi hasil tangan aku.

            “Abah, apa kata kalau kita pasarkankuih putu beras ini dalam laman instagram,twitter dan facebook. Mana tahu ada penggemarnya. Duit dapat, putu beras puntak akan dilupakan,”kata anakku yang bongsu pada suatu petang.

            “Yalah, abah ada blog. Di situ abahboleh ceritakan serba sedikit tentang kuih tradisional ini. Sekurang-kurangnyatak adalah generasi muda sekarang yang tak kenal kuih ini nanti. Melalui facebook atau WhatsApp juga abah boleh promosi.

           

Aku tersenyumapabila mendengar kata-kata motivasi yang anakku berikan. Mengenangkan Karim sudahlama melibatkan diri dalam bidang perniagaan kuih tradisi ini, lebih baik akumenjadi pembekal utama kuih putu beras untuk dipasarkan dalam laman sesawang“Manisan Warisan Bonda”.

            Kawan,kuih putu beras kau dah mendapat sambutan. Tahniah daripada aku!.

Aku tersengih.Memang benar kata-kata rakanku itu. Sejak aku pandai membuat kuih putu berasdan menjadi pembekal utama, Karim menerima tempahan yang berlipat ganda. Inibelum lagi tempahan pada waktu majlis perkahwinan ataupun keramaian yang lain.Aku bersyukur dengan peredaran masa yang benar-benar membantu aku dan keluargamengembangkan perniagaan kuih putu berasku. Paling gembira kerana aku berjayamenyebarluaskan kuih putu beras agar terus diingati oleh generasi pada masakini.

Sesungguhnya akubersyukur dengan arus pemodenan kini yang tidak melupakan “Manisan WarisanBonda”.

 

 

 

 

           

 

            

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.