DALAM PERGORBANAN TERBIT KEJAYAAN
Hidup itu perjuangan dalam perjuangan mesti ada pergorbanan dalam pergorbanan akan terlahir sebuah kejayaan,masalahnya ramai antara kita dalam pergorbanan yang dilakukan mereka rembah..ya memang kekadang pergorbanan itu pahit tapi yang pahit kekadang hasilnya manis jika dilakukan sepenuh tenaga,mana ada orang yang berjaya tanpa pergorbanan tanya laa orang yang sudah berjaya semua kejayaan datang dari pergorbanan yang besar hidup mereka. Antara seribu pengorbanan mereka lalukan adalah masa dan tenaga dan juga perlu mencabar keupayaan dalam diri. Dengan erti kata lain, untuk berjaya memerlukan kita mencabar keupayaan diri.
PERSOALANNYA
Sanggupkah kita berkorban?
Untuk kita menjadi orang yang berjaya dalam hidup, kita perlu bersedia untuk berkorban. Selepas bersedia untuk berkorban, kita kena sanggup untuk berkorban bila-bila masa, berkorban apa saja.
Berkorban maksudnya kita sanggup melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Jalan menuju kejayaan serta kecemerlangan memang sukar, memerlukan pengorbanan – pengorbanan masa, pengorbanan tenaga, pengorbanan duit.
Berkorban bukan untuk kepentingan diri kita sendiri saja tapi untuk kepentingan orang lain, kepentingan bersama.
Jika Anda amati betul-betul erti sebuah kejayan, ia adalah gabungan pengorbanan individu digabung dengan pengorbanan bersama orang lain.
Kita memerlukan orang lain untuk berjaya kerana kita memerlukan sokongan mereka, kata-kata semangat dari mereka, suntikan inspirasi dari pengorbanan mereka demi kejayaan kita.
Soalnya sekarang, kita kena sediakan diri untuk berkorban, kerana kita akan dipaksa oleh situasi untuk berkorban bila-bila masa, di mana-manapun jua.
MUTIARA KATA KEJAYAAN
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille
Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan." #muslimsuper
Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.
Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.