AKU
BUKAN SERIGALA
Indah Hairani
HUJAN renyai-renyai. Amanda memandu penuh hati-hati. Suasana di
luar bersatu dengan suasana dalam kenderaannya membuat lengan Amanda berbiji
kesejukan. Amanda memulas penunu pendingin hawa ke angka satu. Dingin mula berkurangan. Sayu tiba-tiba menyusup dadanya. Dua hari
kebelakangan ini, perasaannya sayu tak menentu. Airmatanya tiba-tiba
menitis. Amanda menyeka pipinya. Namun airmata itu tetap meluruh. Sudah
beberapa kali lelaki itu mungkir janji. Beberapa kali juga dia tertipu. Namun setiap kali terniat di hatinya untuk
meninggalkan lelaki itu, lelaki itu muncul dengan kata maaf. Setiap kali itu hatinya akan mencair. Dan
kali ini lelaki itu mungkir lagi.
“Aku
dah cakap, kau tak percaya Manda.” Suara Farhan terngiang-ngiang di
pendengarannya. Farhan marah bila
diberitahu dia tertipu.
“Kau
cemburu!” Marahnya pada Farhan.
“Kalau
aku cakap, kau selalu tuduh aku cemburu. Lelaki tu tiba-tiba muncul kat kolej
kita?”
“Apa
maksud kau?” Selanya.
“Hah!”
Keluh Farhan sambil mengepal-ngepal tangannya.
“Kita
dah lama kawan Manda. Aku tak nak kau kecewa. Lawa sangat ke mamat tu? Sampai kaupun
gila kat mamat tu?”Sambung Farhan lagi.
Dada Amanda panas mendengar kata-kata
Farhan. Tajam matanya merenung lelaki itu. Farhan melawan renungannya tanpa
berkelip.
“Apa
yang kau tak puas hati dengan aku ni?”
“Aku
bukan setakat tak puas hati, tapi hati aku sakit. Sakit sangat!.” Luahan Farhan
terngiang-ngiang dan tergiang di telinganya.
“Aku nak tanya kau,
betul ke dia sukakan kau, Manda? Betul ke dia cakap yang dia cintakan kau?”
Pertikaman lidah berlaku lagi sehari sebelum dia pulang ke kampung. Sehari
selepasnya, Farhan datang dengan wajah
mencuka.
“Kalau
ya aku sukakan dia, kau nak apakan aku?”
“Aku
akan bunuh dia kalau dia permainkan kau! Aku akan cincang dia”
“Sengal!!”
Sela Amanda. Wajah lelaki itu
direnung dengan penuh geram. Apa pulak
sampai bunuh-bunuh dan cincang-cincang? Gila ke apa lelaki ni?
. “Kau
tau tak Manda?”
“Kalau
kau tak cakap mana aku tau?” Balas Amanda segaja menyakitkan hati Farhan.
Farhan menjeling.
“Juling
nanti mata kau tu, kau jeling-jeling aku tu kenapa?”Marahnya pada Farhan membalas renungannya.
“Mamat
yang bernama Benjy tu tak pernah wujud di kolej kita!” Tiba-tiba ucap Farhan
buat dia tersentak.
“Apa
kau mengarut ni?”Marahnya dengan kata-kata Farhan.
“Mana
kau kenal mamat tu?”
“Ah!
Sudah! Malas nak layan orang cemburu.
Cemburu!”
Tiba-tiba satu cahaya terang dari arah
hadapan menerjah pandangannya. Amanda tersentak. Bayangan wajah dan kata-kata
Farhan berkecai. Dengan pantas kaki Amanda menekan pedal brek. Kereta yang
dipandunya terbelok ke kiri dan terhenti di bahu jalan.
Badan Amanda menggigil. Dia merenung ke arah cahaya yang terang
itu. Di hujung jalan yang lurus
kelihatan tiga lembaga legam, besar dan berdiri di bawah cahaya. Amanda pantas mematikan lampu keretanya.
Pancaran lampu keretanya akan menarik perhatian lembaga-lembaga itu. Tiba-tiba
salah satu daripada makhluk itu menoleh
ke arah kereta Amanda. Lembaga itu merenung ke arahnya. Debaran semakin kencang. Amanda menjeling
sekeliling. Semuanya kelihatan
gelap. Lembaga itu melangkah semakin hampir. Seluruh badan Amanda menggeletar. Dia menolak
pintu keretanya. Amanda menjatuhkan
badannya ke tanah. Dia merangkak keluar
dan menuju ke belakang semak di sebelah kiri bahu jalan. Amanda merenung wajah lembaga itu melalui
cecelah daun tempat dia bersembunyi. Kelihatan wajah dalam samar-samar cahaya
menghala kea rah lembaga yang telah berdiri di hadapannya. Amanda menahan nafas. Matanya masih tidak dialihkan dari lembaga
itu. Lelaki itu memusingkan kepalanya. Ketika wajah itu memandan ke arh semak
tempat dia bersembunyi, kelihatan sepasang mata merah menyala. Sesaat
kedengaran bunyi mengerang dari lembaga itu. Semakin lama semakin kuat
kedengaran. Bunyi pelik itu menarik perhatian dua lagi lembaga agam yang berdiri di bawah cahaya.
Keduanya melangkah ke arah lembaga yang berdiri di depannya. Semakin gementar tubuh Amanda.
Amanda merangkak pantas tanpa memikirkan apa-apa kecuali ingin
menyelamatkan diri. Lembaga itu berdiri di sebelah keretanya.
Prap!!
Bunyi ranting patah. Amanda
tersentak. Dia mendongak. Ketiga-tiga lembaga itu telah berada
betul-betul di hadapannya. Dia menahan nafas. Ketakutan menghantui perasaannya. Kini dia
telah nampak dengan jelas. Bulu tebal memenuhi lengan dan hampir seluruh badannya. Amanda menangis di dalam hati. Dia menahan nafas.
Jika tidak berusaha untuk menyelamatkan diri, dia akan ditangkap. Ya Tuhan, apa yang harus dia lakukan. Amanda bangkit
perlahan-lahan dan cuba melangkah.
Belumpun dia mengangkat kakinya tiba-tiba tangannya disentap keras. Badannya
di tarik dan dia terseret dengan
kuat. Amanda ingin menjerit, namun satu
tangan menekup mulutnya. Dia meronta kelemasan. Pinggul dan belakangnya berasa perit dan sakit. Dia
hanya mampu menahannya dengan mengatap bibirnya. Sakit pinggulnya makin dirasa
bila satu lagi hentakan terkena pada batu.
Pandangannya seakan berbintang.
Amanda memejamkan matanya. Selepas
itu, dia tidak tahu apa yang terjadi. Semuanya berlaku begitu pantas. sewaktu dia membuka mata, dia sudapun berada
dalam sebuah ruang yang kelam dan sejuk.
Amanda meraba-raba di bawah punggungnya. Terasa tangannya sejuk. Dia meraba lagi
sehingga jemarinya menyentuh dinding.
Ya, terasa sejuk dan licin berlumut.
Ya Tuhan! Di mana aku? Amanda menangis. Dia gagahkan diri bangkit dan menyusur dinding
perlahan-lahan. Jaringya tersentuh satu lubang kecil. Amanda mengintai dan terlihat bulan mengambang
terang penuh. Dan sayup-sayup kelihatan
pucuk pokok-pokok besar terbentang. Ini
bermakna Amanda berada di tempat tinggi.
Dia mana dia sebenarnya? Tangannya meraba saku jeansnya, mencari
telefon bimbitnya. Sayangnya, kedua sakunya kosong. Di mana tercicir telefonnya
itu? Di kereta atau terjatuh sewaktu dia ditarik dari tepi jalanraya tadi. Amanda mengerut keningnya. Dia semakin mengingati peristiwa tadi. Amanda semakin ketakutan. Amanda memeluk
kedua lututnya dan kepalanya berteleku di lutut. Pada saat-saat genting ini, hanya doa yang
mampu menolongnya. Bibirnya gementar
membaca apa saja doa agar dia diselamatkan. Dia kesal kenapa dia mesti
menyakitkan hati Farhan? Farhan lelaki yang baik dan sahabat semenjak dari
semester satu hingga sekarang. Farhanlah satu-satunya sahabat tempat dia
berkongsi susah senang. Namun semuanya
berubah sejak perkenalan dia dengan lelaki kacukan yang tiba-tiba muncul di
kolejnya. Lelaki itu jadi perhatian teman-teman
pelajarnya, namun lelaki itu lebih memberi perhatian padanya. Farhan tidak senang dengan semua itu. Sejak mengetahui Amanda semakin dirapati
lelaki itu, Farhan sering marahkan Amanda.
Amanda marah dengan sikap Farhan.
Jika Farhan benar-benar menganggap dia sahabat baik, kenapa lelaki itu
harus marah-marah? Sabahat yang baik harus ikut gembira jika sahabatnya
gembira. Tetapi tidak pada Farhan?Farhan
mencurigai lelaki itu. Malah Farhan
menuduh lelaki itu sebenarnya tidak wujud di kolej. Bukan sebagai pelajar dan bukan juga sebagai
pensyarah. Apa Farhan ni? Gila ke apa? Kalau tidak wujud, kenapa
lelaki itu muncul di depannya? Ketika Amanda di perpustakaan, ketika Amanda di
cafe malah ketika Amanda di kawasan letak keretapun lelaki itu muncul. Mana mungkin Farhan menuduh begitu? Kalau
Farhan tidak marah-marah sudah tentu, dia akan mengajak Farhan menemaninya menemui
lelaki itu. Kini dia terpaksa merahsiakan temujanjinya dengan lelaki itu. Biarlah Farhan tidak tahu ke mana dia pergi,
Amanda tak kisah. Hati Amandapun tidak sakit mendengar sindiran dan kutukan
Farhan. Tapi saat cemas dan ketakutan begini, dia teringatkan lelaki itu.
Farhan...tiba-tiba nama itu meluncur dari bibir gementar Amanda.
Krikkk....tiba-tiba
bunyi ensel pintu kedengaran. Kedengaran derap tapak kaki menghala ke arah nya
dan beberapa langkah, bunyi iyu terhenti. Jantung Amanda berdegup. Amanda mengangkat kepalanya. Mengintai arah
bunyi yang datang. Dadanya turun
naik. Kelihatan satu susuk melangkah
masuk. Semakin lama susuk itu semakin dekat dengannya. Tiba-tiba kedengaran bunyi pemetik api di
mainkan. Suasana yang membuat nafas
Amanda seakan terhenti.
“Siapa?
Siapa kau?” Suara Amanda bergema. Namun
tidak ada suara yang menjawabnya kecuali bunyi pemetik api.
“Siapa
kau hah??” Semakin kuat suara Amanda dan gema suara Amanda kedengaran sambung
bersambung. Masih tidak ada jawapan.
Sekali lagi Amanda ingin menjerit namun baru satu tangan menekap
mulitnya, terasa tangan menekap bibirnya.
“Syttt!
Kalau nak selamat.” Satu suara, suara yang seakan sering didengarnya. Tapi di mana? Suara siapa?
“Nah!
Awak mesti lapar dan haus kan?” Suara itu kedengaran sambil sesuatu diletakkan
di tangannya. Sebotol minuman dan sebuku roti.
“Jangan
ke mana-mana, kalau mau selamat.” Sekali lagi kedengaran suara itu. Sejenak kemudian, sekali lagi kedengaran
keriukan engsel pintu dan kedengaran pintu ditutup kembali. Amanda menangis sambil memulas penutup botol
minuman. Amanda meneguknya puas-puas
sehingga dahaganya hilang. Siapa
sebenarnya lelaki itu? Siapa pula yang dilihat di bawah cahaya terang di jalan
raya tadi? Siapa yang menariknya? Culik? Ini bukan satu penculikan. Untuk apa dia diculik? Dia bukan anak orang
kaya. Dia juga bukan artis atau ahli politik. Dia bukan siapa-siapa. Amanda tidak menjamah roti yang diberi tadi.
Kepalanya mula sakit dan berdenyut.
Tidak akan ada yang akan menyelamatkannya. Tidak ada sesiapapun yang tahu dia di sini,
di belantara ini. Jika tidak ada yang datang selamatkannya di sini, dia akan mati. Amanda cemas.
Amanda menginsut
sehingga ke dinding dan menyandarkan badannya. Matanya terasa pedih dan berat. Dia memajamkan matanya. Dia tidak tersedar dia terlelap dan ketika
dia membuka mata, dia dikelililingi dinding-dinding batu. Kelihatan di sebelah kanannya sebuah pintu
kayu. Amanda bangkit perlahan. Seluruh badannya sakit dan lemah. Jeans yang dipakainya kotor dan berselut.
Amanda melangkah penuh hati-hati dan menolak
pintu. Pintu tidak berkunci. Dia melilau sekeliling. Dia berada di sebuah banglo usang dan dia
yakin banglo itu berada di atas sebuah bukit. Amanda melangkah lagi selangkah. Pandangannya
tertancap pada sebuah pintu bertombol. Dia mendekatinya. Tombol pintu dipulasnya, namun pintu itu berkunci dari dalam. Dadanya berdebar. Dia meninjau mencari lubang untuk mengintai
ke dalamnya. Matanya tertancap pada satu lubang sebesar syiling sepuluh sen
berhampiran tombol pintu. Tanpa
berlengah, Amanda merapatkan mata sebelah kirinya ke lubang. Dadanya berdegup
kencang. Dia tersentak. Sesuatu yang
mengerikan. Dia ingin menjerit tetapi kerongkongnya terasa tersumbat. Nafas
Amanda tercungap-cungap. Dia tidak
percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia harus keluar mendapatkan
pertolongan. Baru sahaja dia menoleh
untuk melangkah, satu tangan besar menyentapnya. Amanda meronta. Semakin kuat dia meronta, semakin kuat
cengkaman itu. Tombol pintu dipulas dengan sebelah tangan kiri susuk yang
menyetapnya. Sebaik masuk, Amanda dihumban dan terjelepuk tepi kaki seorang lelaki.
Pintu ditutup kembali dengan kuat.
Amanda
gagahi dan bangkit. Wajah yang berlumuran darah direnungnya. Farhan?? Jerit Amanda. Lututnya mengigil.
Amanda tnduk mendekati lelaki itu. Lutut
Farhan di goncang berkali-kali. Lelaki itu tiba-tiba membuka matanya. Amanda
semakin cemas. Farhan! Kaki dan tangan Farhan terikat pada sebuah kerusi kayu. Badan Farhan dipenuhi
calar-calar berdarah. n Calar-calar serupa turut kelihatan di muka dan di dada Farhan.
Sebelah peha kanan Farhan kelihatan robek sebesar tapak tangan. Mengerikan.
Apa semua ini?? Ya Tuhanku! Jeritan Amanda hanya bergema di dadanya. Dia
mesti selamatkan Farhan.
“Apa
yang terjadi? Kenapa kau ada di sini?” Farhan hanya mengeleng-eleng. Amanda
membuka ikatan tangan dan kaki Farhan, sebaik sahaja ikatan dilucutkan, Farhan
terus terjatuh di riba Amanda. Amanda menjerit.
Darah kelihatan mengalir dari belakang badan Farhan. Bunyi Farhan mengerang kesakitan memecah
kesepian bilik itu. Bau hanyir menyusup hidung Amanda. Amanda memandang
sekeliling. Ada sebotol kecil mineral kelihatan di tepi dinding. Dengan pantas Amanda mendapatkannya dan terus
dibuka penutup dan diletakkan di bibir Farhan.
Lelaki itu meneguknya dengan rakus.
Airmata Amanda semakin laju menuruni pipi melihat keadaan Farhan. Fikirannya keliru. Kenapa semua itu berlaku. Farhan menarik nafas sebaik sahaja minuman
dihabiskan.
“Manda...Manda..”
Suara berbisik Farhan kedengaran. Amanda
membetulkan badan Farhan sehingga kepala lelaki itu betul-betul di ribanya.
“Ya
Han..aku dengar. Cakap Han, kenapa kau
ada di sini.”
“Manda...lari,
se selamatkan diri.” Bisik Farhan
terketar.
“Kita
lari Han, kita lari bersama.” Balas Amanda sambil menangis. Farhan menggeleng-eleng.
“Kau..kau
yang pergi Manda.” Sungguh-sungguh Farhan merayunya.
“Han...aku
takut Han, aku takut. Biar aku kat
sini. Aku nak bersama kau Han.” Bisik
Amanda. Farhan tiba-tiba menolak Amanda.
“PleaseManda...tak selamat ni. Aku..aku sakit.”
“Kenapa
jadi macam ni Han? Siapa yang buat kau jadi begini?”
“Tak
ada masa lagi...tolong pergi selamatkan diri Manda. Aku nak kau selamat.
“Ya
Han..aku akan pergi tapi kau cakap siapa yang buat kat kau ni..”Soal Amanda
lagi. Dia perlukan jawaban Farhan. Hanya Farhan yang akan menjawabnya. Pertanyaan
yang menyesak dadanya. Farhan mengangguk-angguk. Tangan Farhan yang penuh darah menarik pipi Amanda mendekat ke bibirnya. Hangat nafas lelaki itu menyentuh pipinya
yang basah.
“Ya..ya,
aku akan ca...cakap Manda, tapi kau..kau mesti pergi segera...”
“Ya..ya..aku
janji Han. Aku janji aku akan selamatkan
kita.” Farhan mengangguk perlahan.
“Cepat
Han, cakap pada aku. Aku nak tahu” Desak Amanda. Nafas Fahan turun naik. Dadanya berombak. Lelaki itu menahan sakitnya. Bibir Farhan
bergerak-gerak. Seperti menyatakan
sesuatu. Tiba-tiba kedengaran keriukan pintu. Wajah Farhan cemas. Amanda mengangkat wajah dan menoleh ke arah pintu.
Dadanya berdegup kencang dan tangkai jantungnya seperti ingin
terputus.
“Benjy!!”
Jerit Amanda. Lelaki itu memandang ke
arah Amanda tanpa senyum. Badan Farhan menggeletar sementara tangan Farhan kuat
mencengkam lengan Amanda. Amanda
memandang wajah Farhan di ribanya. Wajah
itu penuh ketakutan. Bibir Farhan
terketar-ketar. Benjy mendekati Farhan. Lelaki
itu tiba-tiba menarik Farhan dari riba dengan kasar. Tangan Farhan masih
memegang lengan Amanda. Lelaki itu memandang ke arah Farhan dengan wajah marah.
Tiba-tiba satu tendangan singgah di
perut Farhan.. Farhan mengeringkuk kesakitan. Amanda menjerit.
“Diam!!!Kau nak selamat atau mati? Suara Benjy kali ini
membuat Amanda tersentak. Suara yang
sama dengan suara lelaki malam tadi. Apakah Benjy lelaki malam tadi?Apa
hubungan lelaki itu dengan peristiwa ngeri yang sedang dilaluinya
“Kenapa
kau buat kami macam ni?”Rayu Amanda.
Amanda memandang wajah Farhan yang berdarah.
Mata lelaki itu memandang ke arahnya dengan sayu Seperti ada sesuatu yang ingin diperkatakan
lelaki itu. Namun seperti tidak
terungkap.
“Demi
keselamatan kamu berdua, aku terpaksa pisahkan kamu.” Suara Benjy sambil
merenung tajam ke wajah Farhan.
“Biarlah
aku di sini. Aku nak di sini.” Tegas Amanda
mempertahankannya. Dia tidak rela
berpisah lagi dengan Farhan. Tangan
Farhan masih belum dilepaskan digenggam kemas.
Wajah Benji berubah. Wajahnya putih dan berjambang pendek itu berubah
kemerahan. Ketulan-ketulan besar mula
tumbuh di wajah lelaki itu. Mata lelaki
itu berubah menjadi merah seperti saga. Seperti ada sesuatu mula menjulur dari bibir
lelaki itu. Lelaki itu benar-benar
berubah. Inikah lelaki yang disukainya selama ini?
“Tidak
Manda, aku tak kan biarkan kau dengan dia.
Kalau kau nak selamat, dengar cakap aku.” Jerkah
Benji dengan suara parau.
“Apa
semua ni? Cuba kau cakap! Kenapa kau buat macam ni.
Kau ni apa ha?” Jerit Amanda dan bangkit dengan berani lantas mendekati lelaki itu.
“Cakap
pada aku!. Siapa yang buat semua ni?
Binatang!” Jerit Amanda. Dada lelaki itu
tiba-tiba ditumbuk sekuat hati. Wajah
lelaki itu semakin merah..
“Manda...Manda..”
Kedengaran suara Farhan yang lemah. Amanda menoleh ke arah Farhan. Airmata
lelaki itu mengalir. Merah darah bercampur airmata mengalir di pipi. Hati Amanda sakit melihat kesakitan Farhan.
“Kalau
kau nak siksa dia, kenapa kau tak siksa aku?
Siksalah! Nah siksa aku. Binatang!” Jerit Amanda seperti hilang akal. Lelaki
itu dia merenungnya tanpa berkelip.
“Syaitan!
Penakut!” Jerit Amanda lagi. Seperti
hilang ketakutan yang dirasainya detik itu.
“Aku sayang kau.”Jawab lelaki itu ringkas dengan
suara parau dan menderam.
“Kau
gila! Kau yang lakukan semua ini.”Balas Amanda menjerit.
“Bukan
aku yang buat.” Tambah lelaki itu.
“Pembohong!!
Habis siapa? Aku benci kau binatang!”Jerit Amanda dan sekali lagi menumbuk dada
lelaki itu. Benjy merenung dalam ke anak
mata Amanda. Amanda membalas renungan
itu tanpa berkelip.
“Pembohong!” Jerit
Amanda. Lelaki itu tertekan dan mendengus keluar. Amanda kembali terduduk di sisi Farhan. Diribanya semula kepala Farhan. Airmatanya
bercucuran menimpa wajah Farhan yang berdarah.
Airmata Farhan ikut mengalir.
Kelihatan airmata itu mengalir bersama darah ke dagu Farhan dan terus menitis
di pehanya. Tidak dapat dibayangkan siksanya Farhan menanggung kesakitan itu.
“Han,
kita akan keluar dari tempat ni, Han. Ni tempat puaka Han.” Bisik Amanda.
Farhan mengangguk-angguk.
“Kau
kena kuat Han. Kita kena bersedia apapun terjadi.”
Sekali lagi Farhan mengangguk. Amanda mengosok-gosok pipi dan bahu Farhan. Dalam
hatinya jenuh berdoa supaya hari cepat bergerak. Beberapa jam menunggu. Farhan tertidur. Dia biarkan Farhan berehat sementara menunggu
waktu yang dikira sesuai. Jika hari
terlalu siang, sudah tentu mereka akan mudah dijumpai lelaki itu. Dia tidak mahu mereka tertangkap lagi. Amanda mengangkat perlahan kepala Farhan
lantas diletaknya di atas lantai. Farhan
bangkit dan mengintai keluar. Hari sudah hampir gelap. Amanda kembali mendekati Farhan dan mengoncang
bahu Farhan.
“Han...Han
bangun.” Bisik Amanda ke telinga Farhan.
“Bangun
Han, kita kena pergi.” Bisik Amanda. Farhan membuka matanya. Amanda membantu Farhan bangkit. Lelaki itu
dipapah.
“Kita
berusaha dan kita pasrah Han. Kalau kita
mati, kita mati bersama.” Ucap Amanda perlahan.
Tangan sebelah kanannya memeluk pinggang Farhan, sementara tangan kirinya
memegang lengan lelaki itu. Amanda
menarik Farhan keluar dari banglo itu menyusur semak ke sisi jalan menuruni bukit. Perlahan-lahan dan penuh hati-hati. Farhan
kelihatan siksa dengan perjalanan itu. Wajahnya berkerut, sementara lukanya ada
yang kembali berdarah tercucuk ranting-ranting kayu.
“Han,
aku tahu kau sakit. Tapi kita kena cepat.
Kita tak boleh berhenti.” Bisik Amanda. Farhan hanya mengangguk.
“Maafkan
aku Han..” Bisik Amanda. Farhan terdiam.
Perjalanan menjadi semakin sukar.
“Sakit
Manda..aku sakit”Ujar Farhan dengan suara menggeletar.
“Ya
aku tahu. Kau sabar Han.”
Malam datang. Bunyi cengkerek dan
binatang hutan mula kedengaran. Pandangan semakin tertutup. Di hutan, senja sudah seperti malam. Bila
betul-betul malam. Keadaan lebih gelap dan kelam. Bulan muncul.
Bulat dan sangat cantik. Tetapi
keindahan itu tidak sempat dinikmati. Farhan
semakin mencengkam lengannya.
“Han...sakit
aku. Jangan kuat sangat.” Ujar Amanda
apabila cengkaman tangan Farhan menyakitkan.
Farhan tidak menjawab. Kecuali bunyi desah nafasnya. Bau hanyir darah semakin naik ke rongga
hidungnya. Tak semena angin deras melanda
daun-daun berdekatan mereka. Dada Amanda bergegar. Nafas Farhan juga kedengaran
semakin pantas. Hati Amanda mula gelisah.
“Ma..Manda..” Bisik
Farhan.
“Sabar Han..” Bisik
Amanda berkali-kali. Airmata Amanda mengalir laju.
Prap! Prap!! Bunyi ranting dipijak pula
kedengaran. Amanda semakin laju menarik
Farhan. Tiba-tiba kedengaran suara lengkingan seperti suara seekor serigala
membelah malam sayup dan panjang. Ya
Allah...Ya Allah...Ya Allah..nama itu disebut Amanda berkali-kali. Bunyi itu hilang. Amanda menarik nafas, namun belum sempat melepaskannya, suara mengerang dan mendengus kedengaran. Amanda kembali cemas. Bunyi itu terlalu hampir dengan mereka. Farhan
menggeletar. Lengan dan tengkuk Amanda
meremang.
Ya Allah selamatkanlah
kami. Bisik hati Amanda. Amanda memeluk
pinggang Farhan kuat. Langkahnya
dipanjangkan. Perjalanan yang sangat sukar hanya berpandukan bintang dan cahaya
bulan. Tiba-tiba suara mengaum dan
menggelegak kedengaran silih berganti. Belum sempat Amanda bersuara, satu
libasan menyambar badan Farhan dari pelukannya. Amanda cuba menariknya namun
sia-sia. Badan lelaki itu melayang. Jeritan
Farhan membelah malam. Amanda terbungkam
dan terduduk. nafasnya sesak. Melalui cahaya bulan dia menyaksikan sesuatu yang
mengerikan. Susuk lembaga itu sama dengan susuk lembaga
yang dilihatnya malam sebelumnya. Kelihatan sepasang mata merah seperti
saga. Badan lembaga itu agam dan membongkok dipenuhi bulu panjang dan
lebat. Mukanya memancang ke hadapan,
sementara giginya tajam menyeringai. Jeritan
Farhan membelah malam penuh siksa.
Amanda menjerit. Jeritannya tidak
terlahir dada dadanya. Tiba-tiba makhluk
mengangkat badan Farhan tinggi. Dipusingnya laju kemudian badan Farhan dibanting
ke batang sepohon pokok besar di hadapan Amanda. Mata Amanda terbuntang. Kemudian makluk itu mengambil tubuh Farhan yang tidak
berdaya lantas disiat-siatnya dada dan perut Farhan. Dengan lahapnya makhluk itu meratah daging
Farhan disusuli bunyi dengusan kuat makhluk itu. Bau hanyir semakin menyimbah
ke rongga hidungnya. Allahuakbar! Allahuakbar!
Dia sedang berdepan serigala. Amanda
kumpulkan seluruh kekuatan meredah malam sekuat hati. Tanpa mengira dia tersangkut pada onak dan
duri, dia berlari dan lari sehingga dia
tersadai pada pada sebuah kereta di bahu jalan.
Dengan pantas dia menarik daun pintu dan masuk dan terjelepuk di dalamnya. Dia tidak tahu apa yang terjadi selepas itu.
Ketika Amanda membuka
mata. Semuanya kelihatan putih. Dia menoleh, kelihatan beberapa orang yang
tidak dikenali berdiri di sekelilingnya.
Dia cuba bergerak tetapi dia tidak mampu. Kedua tangannya terikat di birai katil.
“Han! Farhan!” Amanda menjerit
nama Farhan.
“Cik..cik sabar cik.
“Salah seorang menjawab dengan nada lembut.
“Di mana? Di mana Farhan?”Soalnya
dalam nada ketakutan. Apa yang terjadi
pada Farhan.
“Cik, cik selamat. Cik sekarang berada di hospital.”
“Aku nak tahu di mana
Farhan.” Jerit Amanda ke arah orang-orang yang berdiri di sebelah katilnya.
“Farhan Far..di mana Farhan?”
“Cik kemalangan
jalanraya...Harap cik bersabar. Kawan
cik, En. Farhan meninggal” Beritahu petugas beruniform putih itu penuh
hati-hati.
“Farhan!Han!!” Amanda
menjerit sekuat hati. Perasaannya tidak
mampu ditahan lagi. Dia dan Farhan bukan
kemalangan. Dia dan Farhan dari rumah puaka. Mereka bukan kemalangan jalanraya.
Jerit Amanda tetapi tidak ada sesiapapun
mendengarnya.
“Doktor, dok! Cepat...”
Kedengaran salah seorang memanggil doktor dengan nada cemas. Amanda tidak peduli. Malah segala kesakitan juga hilang. Seorang lelaki berpakaian putih muncul dan
berdiri di sebelah Amanda.
“Cik Amanda..” Namanya
dipanggil. Suara itu, suara pernah
didengarinya. Amanda membuka
matanya. Dia tersentak. Seluruh badannya menggigil. Wajah lelaki itu, wajah lelaki di
depannya itu adalah wajah yang tidak
asing lagi di matanya. Amanda merenung
tanda nama di dada doktor lelaki itu. DR. BENJY. Amanda mengelupur dan meronta. Lelaki itu
bukan manusia. Lelaki itu puaka yang
meratah Farhan. Amanda menjerit. Segala
kesakitannya hilang. Semuanya kecoh
“Kamu semua jalankan
tugas kamu. Biar saya uruskan.”
Kedengaran doktor itu mengarah
orang-orang yang berdiri di sebelah menyebelahnya. Lelaki itu tiba-tiba menarik langsir di kiri
kanan katil Amanda.
“Syyyyt......