Home Cerpen Seram/Misteri Gerangan Hantu Kopek ?
Gerangan Hantu Kopek ?
Mieykid
22/9/2019 04:42:17
5,529
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

"Lat Tali Lat Tali Tam Plom". Seman, Maya, Buntal, Naim dan Ying menentukan undian siapa yang akan menjadi pencari dalam permainan nyorok-nyorok.

"Mak Minah balik Kampong!"

Masih tiada siapa yang ganjil dalam undian.

"Kalau macamni, memang lepas maghrib lah kita main nyorok-nyorok ni. Cara lain ada?" kata Buntal sambil menggaru-garu perutnya. "Okay, kalau macamtu semua letak kaki kanan ke depan." disuruh Maya. 

"Ulat bulu panjat lidi, siapa dulu dia yang jadi." Maya menuding ke arah Seman.

"Alaaa kenapa aku? Air oren aku pun tak habis lagi. Favourite aku ni." Seman mengeluh sambil menghirup air orennya. "

Haiya… oren oren oren, cepat sikit la..." ujar Ying. 

Mata Naim meliar melihat sekeliling sambil berkata"Cepat weh, aku rasa macam nak balik rumah lah, aku rasa tak-" "Haiya! rileks lah, awal lagi lorh..." Ying terus menyampuk.

“Okay dah habis dah.” Seman pun pusing ke belakang dan memulakan kiraan sambil menutup mata lantas mereka yang lain berlari untuk mencari tempat bersembunyi. "Satu... dua... sepuluh!" Seman pun memulakan pencarian.

Maya menyorok di belakang tangga, Buntal menyorok di dalam tempayan manakala Naim dan Ying menyorok di dalam semak. 

Seman sudah mencari mereka di merata-rata tempat tetapi masih tidak menjumpai rakan-rakannya dan dia mula berasa penat.

Setengah jam telah berlalu, Maya yang sudah penat menunggu keluar dari tempat persembunyiannya. Naim dan Ying yang sudah kegatalan turut keluar. "Mana Seman ni? dah bertahun aku menyorok kat belakang tangga tu." Sinis Maya.

"Entah-entah, dia dah jumpa Buntal, lepastu diorang pergi kedai Pak Kodek." Jawab Naim. 

"Tolong! Tolong!" Kedengaran bunyi jeritan merengek-rengek. Mereka bertiga pun bergegas ke tempat tersebut.

"Weh tolong aku weh, aku tersekat kat tempayan ni."Buntal cuba untuk melepaskan diri. Mereka bertiga tertawakan Buntal. "Weh tolonglah aku dulu, lepastu kalau korang nak gelak, gelaklah." 

Mereka pun menarik Buntal keluar. "Mujur kau dapat keluar. Nasib baik tak pecah tempayan mak aku kau buat." perli Maya.

Naim menyampuk, "Mana Seman eh?" Tertanya-tanya di minda mereka ke mana Seman menghilang. "Itu lah tu, aku pun bingung, siapa yang cari, siapa yang nyorok ni." kata Buntal. Mereka pun mula mencari di mana Seman

Penat mereka mencari di kawasan itu, tetapi tiada petanda. "Ni mesti dah balik ni, cari kat rumah dia je lah." Buntal menyampuk. 

Assalamualaikum! Assalamualaikum! 

Ketukan pintu dibuat tetapi tiada siapa yang menyahut. Mereka pun mencari di sekeliling rumahnya dan kelihatan seperti rumahnya kosong dan berkunci. Kereta dan motosikal pun tiada.  Naim kelihatan sangat resah.

"Kenapa ni Naim, muka kau pucat macam nampak hantu je." Tanya Maya.

"A-aku rasa b-bukan kita berlima je yang main nyorok-nyorok tadi dan yang mencari k-kita bukan Seman t-tapi benda lain." Jawab Naim yang dalam ketakutan.

" Hoi! zaman bila ada hantu-hantu ni? Ini dah zaman paskalmerdeka lah." ujar Buntal. "Haiya! pasca bukan paskal!" balas Ying.

Tiba-tiba suasana menjadi hening. Kedengaran perkataan dikeluarkan secara sepoi-sepoi bahasa dari mulut Naim. "Hantu Kopek..." 

"Mana! Mana!." Tanya Buntal dengan perasaan teruja. Tamparan Maya menghinggap pipi gebu Buntal. "Tak payah nak teruja sangat Buntal, orang tengah serius ni." kata Maya dengan perasaan menyampah.

"Aku rasa betullah tanggapan aku dari tadi, memang aku rasa tak sedap hati dari awal lagi." bisik hati Naim.

"Apa kata kita pergi ke tempat kita main tadi dan cari dia lagi kat situ, manalah tahu hantu kopek tu dah pulangkan dia" kata Naim.

Mereka pun pergi ke tempat itu semula`dan memulakan pencarian. Setelah beberapa minit berlalu, kedengaran bunyi ketukan kerantung yang menandakan masuknya waktu Maghrib. "Allahu Akbar! Allahu Akbar!" Azan berkumandang.

"Haiya! sudah Maghrib lorh, mana si Seman?" tanya Ying.

"Nampaknya kita dah terlambat. Dia dah takda." kata Naim dengan nada yang perlahan. 

"Siapa yang takda?" tanya Maya kepada Naim

"Seman lah! Siapa lagi?" jawab Buntal

"Ha! Kenapa dengan aku?" kedengaran suara dikenali di belakang mereka.

"Seman!" mereka menjerit kerana rasa lega dan gembira dengan kehadiran Seman

"Kau pergi mana Seman? Mati-mati si Naim ni ingat kau kena sorok dengan hantu kopek. Sampai Maya dengan Ying pun percaya. Nasib baik aku ni jenis tak percaya benda-benda khufarat ni." kata Buntal.

"Aku pergi warung Pak Kodek tadi, beli air favourite aku ni sirap limau . Lagi satu, khurafat bukan khufarat." Jawab Seman sambil menunjuk minumannya.

Maya dan Ying pun menarik nafas lega. Lagenda hantu Kopek yang dipercayai mereka tadi mula kabur dari fikiran mereka. Mereka pun mula beredar dan pulang ke rumah masing-masing.

Tetapi langkah Naim terhenti seketika. “Sejak bila Seman suka minum air sirap limau?” Dia tertanya dalam hati. “Pandai juga ya kau sembunyikan identiti kau.” bisik hatinya.

 

 

 

 

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.