Home Cerpen Seram/Misteri PERJANJIAN TERLARANG
PERJANJIAN TERLARANG
iris_ethans
21/2/2018 15:42:40
4,396
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

Disebuah kampung yang dinamakan kampung sunyi,dan kenapakampung ini dipanggil sunyi? Sebabnya suatu ketika dahulu ada seorang Tuk Bomohyang melepaskan segala hantu belaannya dan bersumpah kampung ini tidak selamatsampai bila-bila.

Semua penduduk kampung takut untuk keluar rumah pada waktumalam,hanya waktu siang sahaja kampung ini sibuk dengan pekerjaan masing-masingdan hilanglah rasa takut itu.

Kisahnya bermula di sini ada seorang gadis yang bernamaAfifah yang selalu diejek oleh kawan-kawannya dan penduduk kampung disebabkanmukanya yang hodoh dan berbau,dia tinggal dengan maknya yang dipanggil bonda.

Bondanya berasa kasihan dan sedih dengan keadaan diri Afifahdan selalu berdoa semoga paras rupa Afifah kembali normal seperti gadis-gadislain.Afifah hanya tinggal dirumah dan kurang bermain diluar dia takut diejekoleh kawan-kawannya dan penduduk kampung,Afifah selalu termenung memikirkantentang keadaan dirinya ini.Jam di dinding menunjukkan tepat pukul sepuluhmalam dan masanya untuk Afifah rehatkan badan dan tidur untuk ke sekolahkeesokkan harinya.

Pada kebiasaannya Afifah akan bangun pada pukul lima pagiuntuk menolong bondanya membuat kuih untuk bondanya hantar ke kedai berhampiranrumahnya,selepas menolong bondanya Afifah bersiap untuk ke sekolah.

Selalunya Afifah pergi ke sekolah bersendirian disebabkanrupa parasnya itu hampir semua kawan-kawannya tidak mahu berkawan dengannya,diaredha atas apa yang berlaku dan tidak menyimpan sedikit pun dendam terhadaporang yang selalu menghinanya dan Afifah anggap semua ini ujian dari AllahS.W.T kepada dirinya.

Perjanjiandengan syaitan

Selepas tamatnya sijil pelajaran Malaysia (SPM),sementaramenunggu result keluar Afifah hanya menolong bondanya menghantar kuih ke kedaiuntuk meringankan beban bondanya yang tidak secergah seperti dahulu lagi.

Benak hati Afifah dia teringin nak rasa jadi macamgadis-gadis yang cantik diluar sana.

Dengan membawa tekad dan azam yang tinggi Afifah pun pergiberjumpa dengan Tuk Bomoh dihujung kampung yang terkenal dengan ilmunyaitu,dengan harapan apa yang dia inginkan menjadi kenyataan.

Hampir satu jam Afifah berbual dengan Tuk Bomoh,dan angkurdengan perjanjian yang telah dimanterainya itu.

Afifah pun berfikir dengan cara ini sahaja boleh untukmenjadi seorang yang cantik macam gadis diluar sana.

Dengan perjanjian Afifah dan Tuk Bomoh ini dia berharapanuntuk cantik sampai bebila pun,Afifah memakai susuk untuk mendapatkankecantikkan yang diinginkan.

Tapi untuk mendapatkan kecantikkan yang kekal Afifah perlumencari korban sepuluh orang anak dara dan meminum darahnya untuk kuatkan lagikecantikkannya.

Hampir seminggu satu kali Afifah akan mencari anak dara danminum darahnya,sekarang sifat Afifah yang baik sekarang sudah bertukar menjadiseorang yang dahagakan darah dan terlalu taksud dengan kecantikkan asli.

Segala perbuatan yang Afifah buat tiada yang tahu,hanya diadengan Allah S.W.T sahaja yang tahu.

Sekarang apa yang Afifah inginkan sudah tercapai,hampirsemua kawan-kawannya dan orang kampung memuji tentang perubahan Afifah  secara drastic.

Afifah sekarang berasa berpuas hati dengan apa yang dia dapatsekarang ini dan gembira dengan perubahan dirinya ini tapi,Afifah tidak tahu apayang akan berlaku suatu hari nanti dengan perbuatannya sekutukan Allah S.W.T. dengan benda lain.

Langgarpantang larang

Sekarang genaplah Iima tahun selepas tamatnya tingkatanlima,Afifah sekarang bergelar seorang artis yang popular dan berjaya.

Semenjak menjadi artis Afifah tidak lagi pulang ke kampunghalamannya dan menjenguk bondanya,ada satu kali itu bondanya pergi ke KualaLumpur untuk berjumpanya dan Afifah tanpa rasa bersalah tidak mengaku bondanyaitu sebagai ibu kandungnya.

Dengan berasa malu dan terasa hati dengan perangaiAfifah,bondanya pun terus pulang ke kampung dan berniat tak nak jejakkan kakike Kuala Lumpur lagi.

Selang seminggu selepas itu Afifah tersilap langkah danmelanggar pantang larang yang dipesan oleh Tuk Bomoh,Afifah tidak boleh ataujejakkan kaki ke kawasan masjid.

Muka Afifah terus bertukar menjadi hodoh dan berbau lebihdari sebelum ini,dia pun pergi ke rumah Tuk Bomoh itu semula untuk memintapenawar dan mengubati mukanya yang hodoh itu.

Tapi malangnya tiada orang dirumah Tuk Bomoh itu,apabilaAfifah tanya pada jiran Tuk Bomoh ini menjawab sudah lama Tuk Bomoh inimeninggal sebab terlibat dalam kemalangan jalan raya sudah hampir dua tahunmeninggal dunia.

Dengan berasa malu dan berdosa terhadap bondanya Afifah punpulang semula ke kampungnya untuk berjumpa dan meminta ampun pada ibukandungnya itu.

Tapi malangnya bondanya itu sudah meninggal dunia terlibatdengan kemalangan jalan raya selepas berjumpa dengan Afifah seminggu yanglalu,terang jirannya pada Afifah.

Tinggallah Afifah seorang diri membawa diri yang hampadengan kesalahannya dahulu dan berdosa dengan bondanya,dan semasa Afifah lintasjalan dia dilanggar oleh lori yang tidak sempat untuk brek dan Afifah matiditempat kejadian.

Sebagai hamba Allah S.W.T kita haruslah memohon pertolongandenga  tuhan bukan dari syaitan yangdilaknat oleh Allah,kita perlulah menerima kelebihan dan kekurangan diri kitadan juga jangan mengeluh apa yang kita dapat.

Setiap amalan baik syurgalah tempatnya,tapi amalan jahat dansyirik pada Allah tempatnya di neraka jahanam,kita perlu bersyukur dengan apayang kita dapat dan hargai orang tua kita syurga dibawah telapak kaki ibu dan bapa.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh iris_ethans