Home Cerpen Keluarga Syawal Memilukan
Syawal Memilukan
Domi Nisa
24/6/2017 06:38:56
8,176
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

Suara kanak-kanak seramai 30 orang mula kedengaran di dalam bangunan dua tingkat ini. Kami dibawa naik ke tingkat paling atas memandangkan pihak polis mula mengepung kawasan tadika. Seorang lelaki bersenjata tukul besi mengarahkan aku dan tiga orang rakan setugas mendiamkan budak-budak mula menangis dan berteriak kerana ketakutan.

"Diam!Wei kau suruh diorang diam sebelum aku tembak sorang-sorang!" Antara kami berempat lelaki itu menarik lengan lalu aku ditolak dengan kasar.

Aku takut-takut.Lelaki itu sangat bengis bertubuh gemuk dan ada parut dibelah dahi kiri. Anak-anak aku dekati.

"Syyhh…anak-anak cikgu baik semuakan jadi jangan menangis ya,” sesi memujuk dijalan.Kepala seorang demi seorang yang berada berhampiran dengan aku, digosok lembut.

"Cikgu... Saya takut.." Si kecil yang bernama Tasha sudah merengek ketakutan. Kemas dia memeluk lenganku.

"Cikgu nak tencing!!" Amirul meraung, dia bangun sambil menghentak kaki dan tangan memegang anunya.

Aku bangkit mendekati lelaki bengis itu, bila melihat rakan setugas yang lain semakin takut. "Encik,tolonglah dia mahu ke tandas." Aku merayu. Bayangan lelaki bertopeng yang gagah perkasa dapat aku di luar jendela. Mereka siap bersenjata di tangan masing-masing menunggu arahan untuk bertindak saja.  Mereka pun tidak dapat buat apa-apa memandangkan lelaki itu berkuasa sekarang. Nyawa kanak-kanak dan kami di tangan lelaki itu.

"Kau tepilah perempuan!Biar budak tu kencing di situ!" Lelaki itu menolak aku dan hampir dia mahu memukul aku dengan tukul besinya. Seorang anggota polis yang berjaya menyelit masuk meluru mendapatkan aku.

"Cikgu okey?” tanya dia sebaik tubuh aku selamat mendarat dalam pelukannya.

Tubuhku mengigil hebat.Takut.Ya itulah yang aku rasakan. Kedua belah tangan kuat mencengkam baju seragam lengkap bewarana biru hitam.

"Saya...saya..." Suaraku tenggelam timbul.

"Macam mana kau boleh masuk ke sini, hah? Aku mahu senjata kalau tak...nyawa budak ni aku akan bunuh,"pekik lelaki itu. Amirul yang berdiri sudah lelaki itu acah dengan tukul besi. Mengugut mahu membunuh.

"Tenang encik... kita bawak berbincang.Encik tentu ada anak jugakan sampai hati ke encik nak bunuh nyawa-nyawa anak yang tak  berdosa?" dia memujuk penjenayah.

"Kau diamlah aku akan cederakan dia kalau kau tak bagi apa yang aku mahu!"

"To..tolong selamat anak-anak mereka tidak bersalah tolongla encik..."Mataku sudah basah. Wajah yang hanya nampak anak mata aku tatap dengan penuh harapan.

Dia hanya mengangguk.Tubuh aku dibawa ke belakang.

Beberapa jam dia membuat runding tapi lelaki

itu tetap berkeras. Aku tengok anggota polis itu sabar melayan kerenah penjenayah.Mungkin mahu melalaikan penjenayah itu. Hasil rundingan gagal.Bunyi kerusi dialihkan menyedarkan penjenayah itu terus penjenayah itu menyembur alat pemadam api dan terus menyerang salah seorang anggota polis menggunakan penukul. Seorang  polis lagi, yang membantu aku, cuba mengambil alat pemadam api dari tangan. Semua anggota polis yang sudah bersedia menyerbu masuk ke dalam. Mahu menyelamatkan kami.

Bimbangkan keselamatan diri,anggota polis berpangkat sarjan terus melepaskan tembakan tepat mengena bahagian kepalanya menyebabkan penjenayah itu mengalami cedera parah.Suasana menjadi riuh rendah suara kanak-kanak terpekik melolong kerana ketakutan akibat bunyi tembakan. Aku sendiri terus berlari memeluk tubuh salah seorang anggota polis yang bertopeng hitam.Mengigil ketakutan.

"Dah selesai cikgu.Suspek sudah cedera," suaranya sambil menggosok lembut kepalaku.

Sedar akan khilafan diri terus aku melepaskan pelukan itu. "Maaf,” pohonku.

Dia mengangguk dan terus mendapatkan kanak-kanak yang masih lagi trauma.

Pihak polis bertindak atas arahan, operasi menyelamatkan kami berjalan dengan lancar.Namun pun begitu, seorang Amirul yang berusia lima tahun telah mengalami kecederaan dalam kejadian ini.

"Cikgu-cikgu okeykan bolehlah bawak anak-anak ini kepada ibu bapa mereka dibawah, jangan risau suspek pihak kami akan uruskan," ujar Sarjan Zulkifli yang menyerang penjenayah itu.

Bila keadaan sudah reda, kanak-kanak selamat dipangkuan ibubapa masing-masing akumelepaskan rasa lega.Ini kali pertama aku jadi tebusan nasib baik ada abang -abang polis yang sado serta abang polis bertopeng hitam.Takde mereka semua ini entah macam mana nasib kami semua.

Mak di kampung menelefon untuk bertanyakan keadaanaku.Suaranya

kedengaran agak bimbang. Aku memujuk emak agar bertenang dan bagitahu yang aku baik-baik saja.Mak cakap ini kali terakhir aku kerja sambilan dan memaksa aku untuk balik ke kampung. Tak payah kerja lagi. Tunggu panggilan U kalau tak dapat masuk U duduk rumah aje masuk kolej swasta. l

Lepas STPM aku sengaja ikut mak sedara ke Johor untuk bekerja di tempat dia kerja. Saja nak nak cari duit untuk bekalan kalau ada rezeki dapat masuk U nanti tapi, siapa sangka aku akan hadap situasi mencemaskan ini.

Sebaik telefon dimatikan aku mencari kelibat anggota polis yang bertopeng, menyelamatkan akutadi.Tapi semuanya bertopeng aku tak kenal siapa dia. Aku nak ucapkan terima kasih kerana selamatkan aku. Nak cakp 'Kaulah hero aku! di tanah arab ada al qassam tak kurang juga di Malaysia. 

Aku mendekati KakMaz, KakIta dan juga Kak Muni untuk memberi penerangan kepada pihak polis mengenai kejadian itu. 

5 tahun mendatang, alhamduillah aku dapat masuk UIA ambik jurusan sastera, aku tidak lagi dibenarkan kerja sambilan oleh abah kerana takut perkara buruk terjadi lagi selepas kejadian buruk itu. Setiap kali cuti semester aku dikerah balik ke kampung. Setiap kali mahu balik aku akan singgah di rumah Nurin sahabat baikku di UIA. Satu kos satu bilik lagi, ibunya sudah menganggap aku anak angkatnya.

Ini merupakan semesta terakhir kami aku minta tolong Nurin untuk pos barang-barang ke kampung melalui bas. Manakala aku bermalam di rumah Nurin dalam dua malam atas permintaan ibu Nurin memandangkan mereka hanya berdua sahaja, anak-anak yang lain sudah kahwin dan tidak tinggal sekali.

“adik, bangun dah nak subuh!” satu suara menampar di cuping telinga. Tegas tapi lembut.Rasa penat membuatkan aku masih terlena.

“Dik, ngah balik ni…” suara itu lagi. lembut dengan penuh kasih sayang. Betul-betul hampir. Aku dapat rasakan ada usapan lembut di kepala

"Dik manja bangun cepat…sebelum abang geletek sampai adik terkencing. "Kali ini pipi aku pulak dicubit-cubit.

Aku buka kelopak mata yang masih terasa mengantuk dengan perlahan-lahan.Keadaaan bilik Nurin tatkala ini masih kelam.

"Siapa?"Soal satu suara. Suara perempuan. Itu pasti Nurin

Cahaya lampu dari bilik air menampakkan situasi sekarang. Bayangan seorang makhluk dalam keadaan cahaya malap membuatkan jantungku berdetak hebat. 

"Arghh!"Aku terus menjerit dan menarik selimut menutupi kepala.

"Ngah!" Nurin sudah menjerit.

"Hah? Adik dekat tandas jadi siapa yang tidur di katil jangan nak cakap adik bela hantu raya,"aku dengar suara lelaki itu menyoal Nurin. Dengan nada terkejut.

"Kawan adik," balas Nurin. Suara dia semakin hampir dengan aku.

"MasyaAllah! Kenapa tak bagitahu?"

"Habis yang ngah balik tak tentu masa dan waktu nak bagitahu macam mana. Ngah tu balik tak pernah nak habaq," slang Kedah berbunyi.

"Hmmm tak pasai-pasai betul! Dahlah ibu panggil suruh solat subuh sama-sama. Ibu pun sama tak habaq ada orang lain."

Sepi.

"Okey?" Nurin sudah menepuk tubuh aku yang berbungkus.

"Abang kau dah keluar?" Suara aku yang masih berselimut penuh.

"Aah dah."

Fuh lega. Hampir lemas menyorok dalam selimut tebal ni.

"Kenapa tak bagitahu abang kau ada?"

"Selalu dia jarang balik. Tak tahu pulak dia nak balik malam tadi. Dia ada buat sesuatu dekat kau ke?"

"Erk!" Hampir aku tercekik dengan air liur sendiri. Buat sesuatu. Usapan lembut di kepala. Cubitan manja di pipi. Uwaaa... Betul-betul memalukan!

"Biasanya kalau ngah membangunkan aku, dia selalu usap-usap kepala kalau aku masih liat lagi dia cubit pipi aku tadi...dia ada buat macam tu dekat kau?"

"Eh, takdela! Tak sempatkan kau keluar dari bilik air kan?"

"Aah iyalahkan. Dah jom bersiap kita solat subuh di ruang solat."

Nurin kenalan aku yang dilahirkan di Rawang, ibunya anak kelahiran Kedah manakala arwah bapanya anak jati Selangor. Mempunyai 4 orang adik beradik dia yang bongsu satu-satu perempuan.

"Ngah! Kenapa tiba-tiba balik?" Terjah Nurin sebaik kami masuk ke ruang dapur. Ngah Nurin sedang menatap surat khabar. Surat khabar lama.

"Cuti, baliklah tak akan boleh pulak. Ini rumah ibu ngah jugakkan," balasnya surat khabar di tangan diletakkan lalu mencapai cawan terus menyisip.

"Tahu, selalu ngah wasap adik kalau nak balik dulu. Ini tiba-tiba terjah masuk bilik anak dara memang tak malu betul!" Nurin jelir kecil seray melabuh duduk. 

 Aku terus mendapatkan ibu mereka yang masih di depan dapur gas. Sepanjang aku kenal dengan Nurin adik-beradik yabg lain aku kenal kecuali si ngah Nurin aku tak pernah jumpa depan-depan. Maklumlah ngah dia kerja di Sabah sebelum ni sekarang dah di Selangor, kerja apa tak tanya pulak. Memang diakui antara abang-abang Nurin ngah dia paling hensem. Pakaian pun kemas sentiasa.

"Manalah tahu ada anak dara orang lain dalam bilik adik. Tidur mati pulak siap berdengkur lagi nasib air basi tak terkeluar aje,"dia menyelar aku. Kedengaran ada suara gelak kecil. Tentunya dari Nurin. Kureng punya kawan!!

Aku buat-buat tak dengar. Adoila mati aku. Jatuh saham.

"Ibu, masak apa lagi? Nak Faiqa tolong?"

"Dah nak siap dah pun. Ni haa ngah nak makan nasi ulam, dah lama tak merasa air tangan ibu katanya,"jawab ibu.

"Ibu...hmmm tak tahu pulak yang ibu ada menantu baru. Nombor dua siapa? Along, andak ataupun cik?" Si dia bersuara dari belakang.

"Takde bini sape-sape. Ibu simpan dia untuk calon bini kaula ngah!" Ibu menyelar pulak. Nurin sekali lagi terkekek. Aku sendiri sudah tercekik air liur berkali-kali.

"Wow iyaka ibu. Kalau nak jadi calon bini ngah kena pandai masak nasi ulamlah,”

"Faiqa bukan setakat nasi ulam. Segala jenis mak nenek nasi dia tahu masak. Ngah suka makan nasi ulam, dia suka makan nasi kerabu ngamlah sangat jadi suami isteri  Kedah lawan Kelantan tak gitu bu,"

"Ibu lagi suka kalau Faiqa jadi menantu. Ibu dah kenal dengan. Dah anggap macam anak sendiri,"

"Ngah ni bulan mengambang bu, umur dah dekat 33 tapi tak kahwin-kahwin. Nak cakap takde rupa punyalah hensem. Memilih sangat!" Ibu membawa bekas yang berisi ulam dengan lauk Aku pula membawa bekas yang nasi untuk dibawa ke meja.

"Mestilah memilih. Nak cari kasut pun kena pilih inikan pulak teman sekatil harus dipilih betul-betul kan," Dia jungkit kening sebaik aku di hadapan dia.

Aku sudah terkulat-kulat. Jahat dorang satu keluarga. Semua berpakat nak kenakan aku. Tak sukanya!

"Dah-dah tak payah nak usik Faiqa Malu nanti, Faiqa dudukla kita makan sama-sama."

Aku menurut perintah. Sebaik tangan menarik kerusi. Nurin sengaja mengenakan aku. Dia yang sedia duduk di hadapan ngah dia terus angkat punggung duduk di sebelah ibu. Dalam terpaksa aku terpaksa berhadapan dengan ngah Nurin. Mata indah itu masih tidak lari menatap aku. Ada apa-apa ke di muka aku sekarang. Air basi? Comot? Lahai...

"Menyingkap sejarah perkhidmatannya selama 22 tahun bersama UTK,Zulkifli menyifatkan sebagai anggota UTK,beliau perlu sentiasa bersedia berhadapan sebarang kemungkinan selain memerlukan kekuatan fizikal dan mental setiap masa.Di UTK,kami menjalani pelbagai latihan termasuk mengesan jejak musuh,bahan letupan,latihan menembak dan penyamaran serta kaedah ikhtiar hidup atau‘survival’ketika berlaku kecemasan serta persediaan ketika berhadapan musuh. Hubungan anggota dalam UTK sangat rapat,saling bekerjasama,semangat kerja berkumpulan yang tinggi serta penuh berdisiplin,”ujar bapa kepada dua orang anak ini." kuat pulak si ngah Nurin membaca paper sebaik usai mencuci dan membawa pinggan di sinki. Siap berbasuh lagi. Nasi ulam yang terhidang sekali hadap dah habis licin. Memang penggemar nasi ulam betul.

“Ngah, kejadian tu kan 5 tahun yang lepaslah. Dah basi pun, tapi masa tu Faiqa terlibat sama. Dia jadi mangsa tebusan masa tu ngah di Johor jugakan entah ngah yang..."

"Errr.. Ngah!!" Hampir Nurin tertelan seketul ayam goreng berempah bersaiz sederhana. Sekali lontar tepat masuk terus ke mulut si adik. Dahsyat betul tangan si ngah Nurin ni.

"Bu...ngah jahat!" Nurin bangkit terus ke peti ais mencari air untuk diteguk.

"MasyaAllah kamu berdua dah kenapa. Macam-macam!" Ibu pula bangkit untuk ke dapur semula. Tinggal aku dengan ngah.

Ngah senyum kambing.

"Faiqa ada di sana. Macamlah perasaan tika itu. Iyalah mangsa tebusan lagi mesti trauma lagikan?" dia jungkit kening.

"Hah? Aah... Hmm... Takut... Saya masih ingat lagi masa tu anak-anak menjerit menangis minta tolong diselamatkan...saya tak tahu nak buat apa. Panik pun ada..tapi mujur ada pihak polis. Lepas kejadian itu ma di kampung telefon dan suruh saya berhenti. Pengalaman pahit sukar untuk saya lupakan bila nyawa rasa mahu dicabut. Ingatkan umur tak panjang syukur masih selamat," tanpa dipinta aku menceritakan pengalaman. Dia mendengar saja 

"Biasalah kali pertamakan. Tak payah takut pihak poliskan ada. Mereka pasti menyelamatkan nyawa masyarakat malah sanggup berkorban nyawa sendiri demi orang lain."

Aku angguk. Tak tahu nak cakap apa. Berhadapan dengan lelaki ini buat aku gugup.

Mata yang indah. Bertubuh tegap. Penampilannya sangat kemas walhal di dalam rumah saja pun.

"Erk..ngah... Betul ke tadi saya berdengkur?" Takut-takut aku menanya. Segannya dia tahu aku tidur berdengkur.

"Ngah? Hmmm sangat tidak sesuai..." Dia tajam menatap wajah aku. Riak wajah sangat serius. Takut ditatap seperti mata helang terus aku menundukkan pandangan. Lidah terkelu habis.

"Abang...hmmm bunyi macam sedap aje cuba panggil abang,"

Aku membisu. Semakin gatal pulak ngah si nurin ni. Pelik semacam

“Faiqa dah umur berapa ya?” dia menyoal pulak.

Aku terus panggung muka dengan wajah berkerut seribu. "25 tahun, kenapa?"

"Laa... 25 tahun ke nampak macam 30 tahun saja. Nampak macam anak tiga!" habis bicara terus dia bangkit dari kerusi dan berlalu pergi.

What? Okey sungguh menyakitkan hati.

"Nurin terima kasih banyak-banyak sebab tumpangkan aku bermalam di rumah kau lepastu menyusahkan dengan ngah kau hantar ke TBS ni."

"Faiqa, kau sahabat baik aku anak angkat ibu pulak. Apalah sangat dengan bantuan tidak seberapa ni. Entah apa yang rasuk ngah aku sampai sanggup nak tolong hantar kau jangan-jangan dia berkenan dekat kau kot Faiqa."

Aku cubit lengan Nurin. "Ngada! Tak payah nak bergosip benda tak betul okey,"

"Lol betulla apa yang aku cakap ni. Ngah aku tu bukan sembarangan perempuan dia suka. Setiap kali ibu nak kenankan ada aje alasan yang dia bagi. Ini kali pertama jumpa kau siap bergurau manja gitu. Faiqa kalau ngah aku betul-betul sukakan kau, kau mahu terima tak?"

Aku pandang wajah ngah Nurin yang bersandar di bonet kereta Lancer merah miliknya. Setia menatap skrin telefon. Tak akan orang sekacak dia takde calon sendiri. Tipulah. Mesti ramai spare part ni.

"Taknak!" Ringkas saja jawapan aku

"Kenapa? Tak hensem eh ngah aku?"

"Sebab hensem lah aku tak mahu! Aku tak suka orang yang aku sayang diminati oleh ramai wanita lain nanti sakit hati."

"Ada pulak gitu. Dalam adik beradik aku ngah paling hensem dan dialah yang tak laku-laku!" Nurin gelak sendiri.

LAmboi suka hati kutuk ngah ya!" 

"Sakitlah ngah!" Tidak semena kepala Nurin dileku

"Faiqa bas awak dah sampai tu. Pesan dekat drebar pandu bas elok-elok sikit. Nanti tengok siapa member sebelah kalau lelaki jangan tidur nyenyak sangat takut berdengkur lagi. Jatuh saham! Kalau saya di sebelah lain cerita,” dia tayang muka biasa. Tapi ayat dia tu buat aku rasa nak menyorok belakang Nurin.

"Eee... tak baik ngah cakap Faiqa macam tu! Faiqa ni kita dah mula cuti lambat lagilah nak jumpa."

"Takpe kita jumpa nanti konvo bulan 10 nanti. Kalau senang datanglah rumah aku nanti ajak ibu,"

"Abang taknak ajak ke?" Si ngah menyampuk

"Euww abang. Tolonglah jangan jual minyak di sini ya! Faiqa naikla cepat nanti tak pasal-pasal bas tinggal kau. Kirim salam ma dengan abah kau inshaAllah senang nanti aku ajak ngah ke sana nanti,"

"Wah, kira bagus tu! Mana tahu kot-kot boleh jadi menantu terus,” celah ngah sambil tersengih.

Wajah kacak jelas terpancar bila mengenakan pakaian yang sangat kemas walaupun hanya bertshirt yang berkolar dengan jeans denim biru tua yang lusuh.

Aku sudah garu dahi. Melayan kerenah dua beradik sangat memenatkan perasaan. Suka sangat buat hati anak dara aku ini terbuai. Kang terjatuh cinta masaklah!

Sebulan aku di kampung menjalani tanggungjawab sebagai anak sulung dalam keluarga. Sementara nak tunggu majlis konvokesyen aku minta izin dengan abah untuk bekerja tapi ma melarang kerana tidak mahu berpisah dengan aku lagi. Ma cakap lepas konvo ikutlah kerja pun sekarang tumpu di rumah saja. 

Asyik aku menonton cerita drama hindi yang berjudul Naagin, tiba-tiba telefon berdering. Nurin menelefon.

"Wa’alaikumussalam ya Nurin!"

"Faiqa, ngah kirim salam!" Dia sudah terkekek.

"Kau ni kau memang sengaja!"

"Kau ada orang tak?"

"Ada orang apa?" aku blur.

"Adeh kau ni apasal lembab sangat. Maksud aku kau dah ada yang special ke?"

"Ooo cakap biar jelas sikit. Ini berkias-kias mana nak faham. Adalah dalam dua orang datang merisik,"

"Habis kau terima ke?" Laju dia mencantas bicara aku.

"Dengarlah cerita aku dulu. Ma aku dah terima tapi abah taknak terima sebab yang datang tu baru habis belajar macam kita dan sorang kerja tak menentu dia takut aku merana nanti. Abah cakap nak kahwin pun berhutang macam mana nanti hidup lepas kahwin lagi perit kot. Jadi abah suruh aku tak payah fikir pasal jodoh lagi, terserah pada takdir. Lama ke cepat kerja Tuhan."

"Fuh, selamat. Hmmm Faiqa...kalau ngah aku masuk pinang kau mahu?" Suara Nurin berubah serius

Aku mula rasa tak sedap hati. “Kau jangan nak buat lawak antarabangsa boleh?”

"Serius aku cakap ni,"

Aku kenal Nurin kalau dia cakap dia serius itu bermakna dia benar-benar maksudkannya. Aku terdiam. Nurin ni biar betul. Tiba-tiba bergurau benda macam ni mahu tak pengsan aku nanti.

"Faiqa…" dia masih menanti jawapan aku

"Nurin macam nilah kau bagitahu ngah kau kalau dia berjaya menyakinkan abah dengan ma aku kenapa ngah kau nak kahwin dengan aku datangla. Aku tak berani nak cakap apa sebab aku masih tanggungjawab abah. Mereka yang buat keputusan nanti. Aku jenis tak kisah siapa pun jodoh aku yang penting boleh bimbing aku ke syurga."

"Itu baru Nur Faiqa anak yang taat. Okey nanti aku bagitahu ngah ya."

"Terpulang aku harap ini semua gurauan dari kau,"

"Aku pun harap benda yang sama. Hanya gurauan semata-mata. Okey Faiqa kirim sama ma dengan abah kau,"

"InshaAllah kau pun sama. Kirim salam sama ibu,"

"Dekat abang ngah tak titipkan ke?" Nurin mula mengenakan aku. Perkataan abang sengaja dia tambah sendiri padahal sebelum ni panggil ngah aje.

"Ngada!" Aku terus tekan butang merah. Hujung telefon mengetuk dagu sendiri.

Ngah, hanya itu saja aku tahu pasa dia. Nama sebenarnya apa. Dia kerja apa. Semua aku tak pernah ambil tahu. Hanya pekenalan cuma satu hari tup-tup Nurin membawa berita ngah dia mahu pinang aku. Adakah ini satu gurauan?

Tiga hari lepas kejadian itu, 

"Faiqa ada tetamu datang ni!" Ma melaung dari halaman rumah. Aku yang sibuk di dapur terus mencapai tudung. Pintu dapur dibuka.

"Faiqa... I'm here darling."

Mata aku membulat besar. "Nurin!!"

"Kenapa tiba-tiba ni?" soalku sebaik bersalaman dengan dia.

"Faiqa," ibu pula menghampiri. Terus aku memeluk tubuh si tua. Wajah aku dikucup bertubi-tubi.

"Sihat Faiqa? Lama tak bertanya khabar," ibu senyum manis. Tapi aku perasan senyumannya agak lain sikit. Aku terlihat kelibat along Nurin yang baru turun dari kereta. Aku tertanya-tanya ada hajat besar ke mereka ke mari?

"Faiqa ajak dorang masuk dulu," abah di beranda rumah sudah bersuara.

Ma menjemput mereka naik ke rumah manakala aku masuk semula ke dapur untuk menyediakan minuman untuk para tetamu.

"Hmmm, anak-anak yang lain ke mana sunyi aje rumah?" Ibu menyoal pada ma.

"Biasala kalau hari biasa mereka semua ke sekolah. Dua orang lagi belajar di U."

"Meriah ada anak ramai ni Yah, rumah tak sunyi. Macam akak tiga dah kahwin tinggal asing-asing. Abang dia yang sorang lagi kerja tak menentu balik ke rumah pun boleh bilang dengan jari harapkan Nurin dengan Faiqa aje yang temankan saya."

"Mana tak sunyinya Kak Nab bila dah mereka pergi sekolah, duduk U tinggalkan kita sunyi juga itu yang saya paksa Faiqa balik temankan saya untuk berborak, abahnya pula sibuk memanjang dengan sekolah dia."

Aku senyum bila mata ma meleret pandang wajah aku sebaik aku melabuh duduk di sebelah Nurin.

"Faiqa yang sulung ibu, adik-adik kecil lagi kesian juga dekat ma dan abah. Bila Faiqa nak bekerja ma membantah."

"Abah masih mampu nak kamu!" Ma sudah menjeling. 

Nurin sudah tersengih. Along Nurin nampak serius berbual dengan abah di kerusi sana. Apa yang dibualkan tak tahulah. Sesaat kemudian abah bercakap dengan seseorang di telefon. Aku semakin pelik.

"Faiqa ada orang nak bercakap ni?" Abah menghulurkan telefon milik along Nurin pada aku. Aku pandamg wajah ma, ma kerut dahi tak faham. Aku cari wajah ibu, ibu senyum panjang. Aku cari wajah Nurin pulak. Nurin tersengih kambing. Teragak-agak aku bangun untuk mencapai telefon itu.

"Waalaikumussalam ya."

"Faiqa, ini abang. Faiqa abang harap Faiqa terima pinangan abang ya."

Jantung aku sudah berhenti berdengup. Abang? Pinangan? Kejap siapa ni?

"Faiqa..." Dia menyeru lembut.

"Siapa ni?"

"Ngah tu!" Nurin sudah mendekati aku dan terus mencapai telefon dari tangan aku.

"Ngah! Mana boleh bercakap dengan bakal isteri."

Aku cubit lengan Nurin. Menyeringai dia diselangi dengan gelak.

"Apa hal ni abah?" Ma menyoal.

"Mereka sekeluarga datang nak merisik Faiqa. Macam mana Faiqa bersetuju?"

Aku kerut dahi. Tak tahu nak cakap apa. Sebelum ni abah tak menanya langsung pendapat aku. Abah buat keputusan sendiri tapi, kenapa kali ini abah tanya aku? Adakah abah setuju dengan pinangan ini?

"Apa jawapan kau Faiqa?" Nurin sudah menyiku aku.

Aku jungkit bahu. Wajah ma aku pandang. Ma mengangguk.

"Terima ajelah Faiqa kalau termasuk yang ini dah tiga orang masuk mintak kamu dalam masa terdekat pulak. Orang tua cakap cukup tiga kali menolak jodoh lari nanti sampai ke tua kamu tak kahwin. Lagipun abah kamu macam bersetuju terima aje,"

Aik ma macam dah tak sabar nak menerima menantu aje. Wajah ibu aku cari, ibu macam selalu senyum aje. Dia memang sudah lama berkenan dengan aku tapi tak sangka ini pulak yang jadi.

"Diam tu tanda setuju," abah mencelah. Aku rasa nak pitam. Semudah itu keputusan dibuat.

Dengan lafaz bismillah aku sudahpun bertukar status. Cincin belah rotan tersarung di jari hantu belah kiri. Ibu mengucup wajahku lama. Tubuh aku dipeluk erat. Air mata sang ibu bercucuran atas kesudian aku untuk menjadi menantu dia.

Nurin di sebelah sudah berderai air mata. Dia terus memeluk aku sama.

"Terima kasih Faiqa sudi jadi kakak ipar aku."

Aku mengangguk. Tak tahu nak cakap apa. Wajah ma, abah aku pandang. Wajah syurgaku dan bakal beralih pada bakal suami nanti. Terima kasih ma, terima kasih abah kerana tak jemu mencurahkan kasih sayang pada Faiqa. Faiqa belum puas nak bermanja dengan ma dengan abah lagi.

Hampir dua minggu lagi nak masuk Ramadhan jadi majlis kenduri belah aku dilangsungkan 5 hari sebelum ramadhan manakala majlis rumah lelaki bakal berlangsung 2 hari  sebelum ramadhan. Semuanya nak cepat atas permintaan Nasif encik tunang, memandangkan dia nak sambut Ramadhan dan Syawal dengan title suami orang. Pertunangan pun tak sampai dua bulan dan nak kahwin. Persiapan ala kadar taknak meriah-meriah dipihak aku. Kami jarang berhubung, nak berjumpa empat mata lagila tak. Memandangkan Nasif  sangat sibuk sekarang. Aku tak pernah nak tanya apa pekerjaan dia. Adoilaa Faiqa kerja tunang sendiri tak tahu nampak sangat tak mengambil kesah.

"Faiqa, kamu dah nak jadi isteri orang. Pada mata ma, abah kamu masih budak-budak lagi. Tapi ma yakin ini jalan yang terbaik bagi kamu. Tanggungjawab kami sebagai pemegang amanah dah selesai di sini lepasni kamu sudah menjadi tanggungjawab suami kami nanti." Ma mengelus lembut pipiku.

"Ma, jangan cakap macam tu. Walaupun Faiqa dah jadi isteri orang tak bermakna Faiqa kena tinggalkan ma dengan abah serta adik-adik. Ini keluarga Faiqa. Faiqa membesar di sini dalam pelukan kasih sayang ma dan abah mana boleh Faiqa lupa. Faiqa tetap anak ma, abah tetap kakak kepada adik-adik. Ma jangan risau Faiqa tahu tanggungjawab Faiqa." Tubuh kecil ma, aku rangkul kemas. Air mata yang cuba membasahi pipi diseka bila si adik menjungkil mata memberi amaran, jangan rosakkan solekan. Penat dia bertukang pada wajah raja sehari.

"Faiqa, pengantin lelaki sudah sampai. Sudah tiba masanya kami bakal jadi milik orang," abah bersuara sebaik menerjah masuk ke bilik aku. 

Ma memimpin aku keluar dari bilik. Pegangan erat dari ma dapat aku rasakan. Ma begitu berat mahu lepaskan aku menjadi milik orang lain. Aku selesa di bantal nipis bersegi empat, berhadapan dengan abah dan juga Nasif yang segak mengenakan baju melayu berwarna putih dan juga bersongkok. Hati semakin gemuruh. Darah rasanya macam tak naik ke wajah. Seram sejuk. Secepat ini aku bakal menamatkan zaman bujang aku.

Aku pandang wajah yang aku cintai. Wajah yang mengajar aku erti hidup di dunia. Wajah yang tidak jemu mencari rezeki demi sesuap nasi kami satu keluarga iaitu wajah abah. Guru displin yang digeruni dan disanjungi masyakarat sini.

Abah... Faiqa bakal jadi isteri orang. Faiqa pasti tak boleh bermanja dengan abah dah. Faiqa sendiri buntu kenapa abah tidak teragak-agak menerima Nasif sedangkan dengan orang lain abah membantah. Apa ayat yang Nasif guna untuk membeli jiwa abah?

"Faiqa," ma di sebelah sudah menepuk lenganku. Aku tersedar dari mengelamun seketika. Kelihatan Nasif sudah duduk berhadapan dengan aku, bersiap sedia mahu menyarung cincin di tangan. Dia senyum melirik.Pandangan tajam menikam wajah sampaikan aku malu sendiri.

"Amboi,ngah! tengok Faiqa macam nak terkam terus aje ibu tengok, sabar ngah tunggu majlis belah kita," ibu di sebelahnya sudah mencubit lengan anak lelakinya.

Nasif terus tersengih kambing bila menyedari kelakuan disedari ibu sendiri.

"Majlis kenduri belah lagi 2 hari hari lagi jangan nak gelojoh ya," ma menyelar. Tegas sekali kedengaran.

"Laa biarla dorang nak buat apa-apa pun dah halalkan," tokok abah pulak disokong oleh abang dan adik lelaki Nasif.

Aku sudah malu sendiri. Gelak tawa meriahkan lagi majlis kami. Kaum kerabat turut hadiah untum meraikan majlis besar aku ini.

"Ngah, jaga kawan baik adik elok-elok jangan sampai dia terluka kalau tak... Siap adik kerjakan nanti tak pasai-pasai pistol makan tuan sendiri," pesan Nurin sebaik kami selesai menangkap gambar untuk kenangan.

Nasif mencemik. Tubuh aku dipeluk erat. Sengaja!

"Pistol sendiri?"aku menyoal. Dahi berkerut sedikit. Wajah Nurin dan Nasif aku pandang silih ganti.

"Kau tak tahu yang laki kau  polis?" Nurin menyoal

"Tak,"aku geleng.

"Serius?" Nurin bulat mata.

Aku mengangguk

"MasyaAllah, ngah ni memang suka berahsia! Adik nak bagitahu Faiqa, ngah cakap dia akan bagitahu nanti. Tengok apa dah jadi sampai sekarang dia tak tahu.Faiqa untuk pengetahuan kau, laki kau tu kerjanya polis. Polis di Unik Tindakan Khas. Siang malam asyik kerja,rehatnya tak menentu sebab itu ngah jarang di rumah tiap kali kau ke rumah aku. Entah kuasa apa yang kau guna sampaikan ngah aku yang bulan mengambang ni terpikat, hahaha..." Nurin gelak besar. Jahatnya mulut cakap aku guna-gunakan abang dia.

Aku pandang sang suami di sebelah. Riak wajahnya sangat tenang. Seperti air yang mengalir. Dia memang perahsia orangnya. Dia tidak banyak bertanya ataupun bercerita sama ada tentang aku mahupun diri dia sendiri. Aura dia sangat memukau aku untuk terus jatuh cinta dengannya walapun pekenalan kami terlalu singkat. Dia jenis selamba mengutarakan isi hatinya. Bagi aku dia seorang penggoda. Aku rasa bahagia dapat dimiliki oleh lelaki ini. Tapi aku sedikit sedih kerana terpakda berkongsi lelaki ini dengan masyarakat. Aku harap aku tabah mengharungi alam rumah tangga dengan lelaki pewira negrara dan bangsa.

Usai menunaikan solat Isya' aku masih di sejadah. Tiba-tiba lampu bilik terpadam aku terus kalut dan terus berdiri. Saat tubuh tegak berdiri dengan kain telekung masih tersarung tubuh aku diheret ke dinding. Mulut ditekup. Aku meronta-ronta meminta tolong, dada si pemakai topeng aku pukul kuat. Dalam keadaan malap, aku dapat melihat matanya sahaja melalui biasan cahaya lampu jalan. Air mata sudah berderai turun. Tolong...janganlah peristiwa itu berulang lagi. Aku tak sanggup untuk hadapinya. Tika itu ada pihak polis tapi sekarang? Abah..mana abah.. Nasif..mana suamiku...di mana hero-hero.

"Syhh... Jangan takut abang ni," suara si pemakai topeng. Tangan kanan masih di mulutku. Tangan kiri ligat membuka topeng hitam yang menubungi seluruh kepalanya kecuali mata.

"Faiqa okey sayang?" soalnya sebaik tangan di mulut aku dia lepaskan.

Air mataku masih berderai turun, "abang...abang jahat!" Aku pukul dadanya lagi.

"Maafkan abang, siapa suruh ma dan ibu larang abang masuk bilik isteri abang sendiri jadi taknak dicam abang pakai topeng," Nasif membawa aku ke dalam pelukannya.

"Macam mana abang masuk sini?" soalku. Air mata diseka lembut. Anak matanya aku pandang.

"Tu..."jari telunjuk kanan lurus pada jendela bilik aku yang masih terbuka. "Abangkan polis UTK, membunuh dalam senyap. Setakat nak panjat jendela bilik sayang apalah sangatkan." Mata dikenyitkan sebelah. Sekali lagi tubuh aku ditarik rapat pada dadanya. Ubun-ubun dikucup lama.

Seakan menyedari sesuatu aku terus membolos dari pelukannya. Topeng di tangannya aku rampas. "Abang, cuba abang pakai balik."

Dia kerut dahi. Kenapa pulak.

Aku petik suiz bilik. Keadaan bilik menjadi terang benderang semula. Lihat dia masih teragak-agak, aku tolong pakaikan topeng itu pada dia semula. Lihat matanya buat aku tersenyum lebar. Aku buka balik topeng itu serta merta tubuh sasanya aku rangkul erat. Iya dialah orangnya. Hero penyelamat aku 5 tahun yang lepas.

"Faiqa yakin abanglah orangnya. Abang polis bertopeng yang pernah selamatkan Faiqa dalam kejadian mangsa tebusan 4 orang guru bersama 30 orang kanak-kanak tadika di Johor 5 tahun yang lepas."

?Faiqa tahu macam mana?" Dia tolak tubuhku ke belakang sedikit.

"Mata abang. Melalui mata abang Faiqa kenal abang adalah orangnya."

Dia gelak besar. "Di sebabkan kejadian itu juga abang membujang sampai sekarang. Gadis muda yang begitu polos, menangis risaukan anak-anak kecil yang ketakutan, merayu agar mereka diselamatkan abang sungguh kagum dengan gadis itu. Siapa sangka lama penantian abang mencari siapakan gadis muda itu, Allah datangkan pada abang. Dalam rumah sendiri pulak tu. Abang memamg tak menyangka yang abang akan jumpa balik dengan Faiqa, rupanya selama ini Faiqa kawan baik adik dan anak angkat ibu. Kalau abang tahu dari awal Faiqa selalu berkunjung ke rumah abang agaknya tak habis belajar Faiqa dah jadi isteri abang."

"Patutlah masa sarapan pagi tu Nurin nak cakap sesuatu abang sumbat ayam dalam mulut dia." aku cubit lengan yang kekar itu.

"Ahaha abang taknak Faiqa tahu lagi. Masa tu memamg abang ada cerita yang abang terlibat juga dalam kes itu sebelum abang ditransfer ke Sabah. Nasib tak pecah cerita. Abang nak pikat Faiqa dengan cara abang dengan pantas tapi menggoda."

"Abang ni memang tahu!"

"Sayang... Boleh tak malam ni abang tidur sini?"

"Ma dan ibu melarangkan,"

"Islam tak melarang pun! Bolehlah sayang... Abang nak isteri abang malam ni boleh?"

"Abang jelojoh tahu!"

"Dah halalkan takdenya jelojoh. Memberi pahala pada kita berdua.Azam abang untuk Ramadan dan Syawal ni beraya dengn family sendiri. Sebelum ini abang berkorban untuk kawan-kawan yang dah berkeluarga jadi tahun ni abang nak ambil cuti panjang nak sambut ramadan dan syawal dengan isteri dan juga keluarga. Mana tahu mungkin ini ramadan dan syawal abang yang terakhir."

"Abang..."air mata aku kembali berlinangan.

"Bolehla sayang abang tidur di sini. Janji sebelum subuh abang keluar dari sini tanpa mereka." 

Aku senyum. Tidak menolak permintaan darinya. Suami halalku. Dengan nama Allah aku sah menjadi milik mutlaknya. Hubungan yang dicemburui oleh para bidadari.

Kami menjalani ibadat puasa dengan meriah. Nasif betul-betul menunaikan amanahnya. Dia tidak bekerja sepanjang bulan ramadan. Dua minggu kami menyambut puasa di rumah aku dua minggu kami menyambut di rumahnya. Raya pertama aku akan beraya di rumah ibu nanti raya kedua baru akan balik ke Kelantan. Sepanjang menjadi isteri Nasif aku sangat bahagia di sisinya. Dia sangat romantik dan penyayang. Dia seorang anak yang taat dan suami yang baik. Wajah garang bila dia berhadapan dengan musuh bila berhadapan dengan orang dia sayang manjanya terserlah. Sungguh aku cintakan dia.

"Abang cakap nak raya sama-sama. Haritu kan dah janji taknak masuk ofis."

"Maaflah sayang, inilah kerja polis walaupun bercuti tapi bila dipanggil segera menyahut."

"Tapi kenapa dekat nak raya. Abang, Faiqa tak sedap hati. Lusa kita dah nak rayakan."

"Jangan macam tu sayang. Jenayah nak berlaku tak kira masa.  InshaAllah abang tak akan apa-apa. Pihak UTK tidak gentar dengan musuh dan Nasif tak pernah kalah dalam menentang penjenayah. Abang pergi dulu abang janji pagi raya abang terpacak di depan pintu. Masa tu sayang akan peluk abang seerat-eratnya dan menangis taknak lepaskan abang."

"Iyalah abang pergila. Faiqa tak pernah lupa untuk ingatkan diri yang Faiqa berkongsi suami dengan masyarakat awam. Satu aje Faiqa nak, abang jaga diri abang untuk Faiqa. Kita akan sambut raya sama-sama."

"Ya abang janji. Faiqa..." Tubuh aku ditarik rapat. "Maafkan abang kalau abang ada buat Faiqa rasa tak selesa sepanjang Faiqa jadi isteri abang. Abang tak mampu nak menjadikan Faiqa macam isteri orang lain. Selalu ada, selalu keluar bersama-sama nanti tapi, sepanjang kita jalani ibadat puasa abang puas hati sebab ada di sisi Faiqa. Abang harap Syawal nanti abang ada dengan Faiqa."

"Abang... Faiqa taknak minta apa-apa cukupla Faiqa tahu yang abang ada dengan Faiqa."

"Abang pergi dulu."

Aku masih pegang tangannya. Seakan enggan mahu melepaskan dia pergi.

"Faiqa..." ibu dari belakang menyeru dalam nada berat.

"Ibu, adik jaga Faiqa untuk ngah ya. Ngah amanah Faiqa pada ibu dan juga adik."

"Abang..." Aku semakin sayu.

"Faiqa," Nurin sudah memeluk lenganku.

"Abang pergi dulu sayang." Satu kucupan singgah di dahiku agak lama.

"Abang sayang isteri abang ni...sayang sangat-sangat, janji tak kira apa jua sekalipun berlaku jangnan pernah menangis ya sayang,"rangkulan dikemaskan. 

Aku mengangguh dalam lemah. Akhirnya aku hantar dia dengan air mata membasahi wajah.

Sibuk dengan persiapan raya kepenatan semakin dirasai. Ibu dengan ketupat palasnya, Nurin dengan biskut raya. Ma di kampung sibuk dengan projek jualan ketupat palas, abah dengan rendang di kampung sana. Masing-masing sibuk dengan juadah di pagi syawal. Aku sendiri pun tak cukup tangan bantu. Asyik menolong ibu membuka daun kepalas, Nurin menjerit memanggil aku untuk ke dapur tengokkan dia punya biskut di oven. Aku bangkit. Saat itu juga kepala semakin pening. Mata berpinar-pinar dan duniaku menjadi gelap. Aku telah selamat tumbang ke lantai.

"Faiqa!!" Suara ibu masih sempat dengar.

Nurin membawa aku ke klinik untuk memeriksa apa sakit. Ibu sudah tersengih-sengih. Ibu pula sibuk menelefon ma dan abah di kampung untuk memberitahu berita gembira ini. Mereka bakal menjadi nenek dan atuk. Aku bakal menjadi seorang ibu. Aku minta ibu dan Nurin rahsiakan perkara baik ini dari Nasif saat dia menelefon ibu menanyakan khabarku. Aku mahu bagi dia satu kejutan di pagi syawal. 

Abang, pulanglah kita bakal jadi ibu dan ayah.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Takbir raya bergema satu dunia menandakan kemenangan kepada seluruh umat Islam di atas bumi ini. Aku sudah tidak sabar nak menunggu kepulangan suami tercinta walaupun hanya dua hari terpisah. Bayangkan kalau sebulan dua harus banjir satu rumah. Ibu dan Nurin masih sibuk di dapur, mempersiapkan juadah untum tetamu bakal berkunjung. Anak-anak ibu yang lain akan pulang tengah hari nanti dari rumah mentua masing-masing. Syawal kali ini ibu cakap lain sikit sebab ada Nasif dan aku. 

Tok!Tok! Bunyi ketukan pintu membuat aku semakin riang tak terkata.

Nasif, suamiku sudah pulang.

"Abang!" Seruku sebaik daun pintu diselak dari dalam. 

"Assalamualaikum ini Puan Faiqa, isteri kepada Tuan Nasif,?suara salah seorang dari anggota polis. Aku sedikit kecewa, orang aku tunggu tiada di depan. Yang muncul hanya dua orang pegawai polis. Wajah tampak kerisauan.

Kejap! Aku sudah fikir jahat.Hati sudah berdegup kencang.

"Puan...?" Dia sedang menanti.

"Ya saya, kenapa? Di mana suami saya?"

:Maafkan kami puan, Tuan Nasif terlibat dalam kemalangan jalan raya untuk balik ke rumah. Cuti dia diluluskan dan tak sangka dia..."

"Allah..." Suara ibu terpekik menyebut nama Allah kedengaran dari belakang.

"Ibu!" Aku dengar suara Nurin pulak menjerit.

?Puan... Puan"

"Ya." Jawabku pendek. Cuba kawal emosi tika ini.

"Jenazah Tuan Nasif akan dihantar sekejap lagi. Kami sudah uruskan semuanya. Pegawai atasan akan turut sama untuk solat jenazah. Saya harap puan bertabah."

"Terima kasih Jawabku. 

"Faiqa..." ibu menangis. Tubuhku dirangkul. Nurin juga sama. Masing-masing memeluk aku. Air mataku tidak keluar. Entah kenapa. Aku tak mampu nak mengalirkan air mata lagi. Kata-kata terakhir darinya terngiang-ngiang, tanda-tanda dia mahu pergi jauh. Kucupan darinya yang agak lama, pelukan erat, rupanya yang terakhir.

Anak, syawal pertama ibu sebagai seorang isteri kepada Tuan Nasif bertukar menjadi seorang janda. Nak, syawal ini kau juga telah jadi yatim. Anak syawal ini sangat memilukan ibu tapi, ibu berbangga menjadi isteri kepada Tuan Nasif. Semoga rohmu abang dicucuri rahmat. Anak dalam kandungan ini, zuriatmu dan dia bakal legasikan tugasmu kelak. Faiqa janji abang. Pada syawal yang mulia ini bertukar menjadi pilu. Semoga syawal mendatang menyinari.

DoMi NiSa

06.26am

29ramadhan










Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.