Home Cerpen Keluarga Takdir itu Milik-Mu.
Takdir itu Milik-Mu.
Azmatul Faiza
8/11/2015 12:23:28
4,181
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

Pada suatu pagi, bapatelah mempertemukan aku dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai uncle di sebuah kedai makan di daerahku.Pada pandangan pertamaku, uncle adalah seorang yang kaya namun baik hati. Uncle memperkenalkan dirinyasebagai seorang pengusaha dan ahli perniagaan yang berjaya. Aku benar-benarkagum dengan penampilan uncle yang bergaya dan tampan serta sikapnyayang peramah juga tidak memandang rendah terhadap kami yang daif lagi miskinini.


Dalam pertemuan yangpertama ini uncle mengajak aku mengikutnya pulang. Uncle ingin mengambil aku sebagai anakangkatnya sementelah uncle tidakmempunyai anak lelaki. Menurut uncle anak-anaknya yang seramai tiga orangitu semuanya perempuan yang berusia antara 4 tahun hingga 10 tahun. Dalampertemuan itu bapa menggalakkan aku mengikut uncle.Air muka bapa benar-benar berharap agar aku setuju menjadi anak angkat lelakiitu.


Pada mulanya aku berasaserba-salah dengan tawaran uncle dan galakan bersungguh-sungguh bapa.Namun setelah aku digula-gulakan dengan kesenangan hidup dan uncle juga berjanji akan memasukkan aku kesekolah (dimana pada waktu itu aku tidak pernah bersekolah). Maka aku bersetujudengan beberapa syarat dan syarat yang paling utama ialah aku ingin balikbertemu emak dan adik-beradik yang lain pada setiap cuti sekolah di penghujungtahun. Uncle hanya menggangguk dengan setiap syaratyang aku kemukakan walaupun ada yang kedengaran seakan-akan tidak masuk akal.


Di rumah emak langsungtidak bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat antara uncle, bapa dan diri akusendiri. Aku berharap keputusan ini dapat mengubah kehidupan kami sekeluargadaripada dibelenggu kemiskinan.


“Janganlah emak bersedih.Hujung tahun ini Ali akan balik. Biarlah Ali pergi mengikut uncle. Restulah Ali, mak. Aliberjanji akan mengubah hidup kita sekeluarga bila berpelajaran tinggi nanti.”Aku memujuk-mujuk emak.


Mungkin ini adalahpersimpangan hidup aku untuk mengubah masa depan keluargaku. Walau apa yang akukatakan tidak mampu memujuk emak namun setiap alasan emak juga tidak mampu mengubahpendirian aku. Akhirnya aku melangkah jua meninggalkan emak dan mengikutkehendak hatiku.


Emak dan adik-adikmenghantar aku dengan pandangan sayu. Bapa pula hanya senyum sebagai erti memberiketenangan dan kekuatan di hati aku yang sedang resah-gelisah ini. Emak meraungdan mengejar aku daripada belakang sewaktu teksi yang kunaiki bersama uncle bergerak meninggalkan rumah usang kamiyang terletak jauh di sebuah daerah pedalaman.


DARIPADA daerah aku, kamimenaiki teksi ke pekan dan kemudian menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur.Hatiku melanjak kegembiraan kerana ini kali pertama aku menaiki kapal terbang.


Sampai di Kuala Lumpursekali lagi kami menaiki kereta dan jarak perjalanannya kali ini agak jauh. Akuyang tidak pernah ke sekolah dan tidak pandai membaca hanya memandang kosong padasetiap papan tanda disepanjang perjalanan yang kami lalui. Kereta yang membawa kami terus meluncurlaju meninggalkan setiap papan tanda yangkami lalui.


Akhirnya kami sampai disebuah rumah yang kelihatan usang yang terletak di dalam sebuah kampung. Akuterpinga-pinga melihat sekeliling. Rupa-rupanya rumah uncle yang baik hati dan kaya ini sangatjauh daripada yang aku jangkakan.


Deria hidungkumemerangkap bau busuk najis ayam dan binatang ternakan yang lain. Fahamlah akuketika itu bahawa uncle adalah seorang penternak ayam danpelbagai jenis ternakan lain. Aku menilai bahawa kawasan penternakan inikelihatan kotor dan tidak terurus di sudut-sudut tertentu.


Hati aku berbolak-balikdan mula memikirkan kata-kata emak. Secara tiba-tiba pujuk dan tangisan emak terngiang-ngiangmengasak ke dalam lubang cuping telingaku. Bayangan emak dan seluruh keluargamenari-nari di hadapan wajah aku. Betulkah keputusan yang aku buat ini?


Menggeletar langkahku tatkalamenuruti belakang kaki uncle untuk menuju ke arah sebuah rumahkampung yang usang lagi gelap itu. Dalam hati aku tertanya-tanya sementaramulutku tetap terkatup bisu. Aku yang sekian lama teruja menjadi takut melihatkawasan sekeliling.


BERMULA saat itu rutinhidupku berubah. Aku dijadikan sebagai budak suruhan uncle. Setiap hari akudikehendaki membantu dan menyiapkan setiap kerja yang diarahkan.Uncle akan datang dan membuat rondaan sekalidalam beberapa hari. Biasanya uncle akan datang pada lewat petang. Darihari ke hari aku menjadi semakin tidak betah. Tubuhku yang sedia kecil menjadibertambah kurus. Selera makanku terputus. Kerja yang ditugaskan untuk aku selesaijuga semakin lambat disiapkan. Ditambahkan lagi dengan lebam-lebam yang menjadisantapan tubuh aku setiap hari. Tidak sanggup lagi aku untuk menghadapi cubaandan dugaan ini.


Beberapa kali akumempersoalkan janji-janji uncle yang akan menyekolahkan dan menjadikanaku anak angkatnya. Uncle menjawab dengan ketawa sinis sambiltangannya memegang erat lengan kecil anaknya. Anak perempuan bongsu uncle yang bernama Lisa (yang aku kira berusiasekitar 4 tahun) hanya memandangku dengan bola mata yang bulat. Diaseakan-akan tidak mengerti dengan apa yang sedang aku lalui. Pipinya yangtembam hanya mengenal makanan.


Setelah beberapa bulanberada di situ akhirnya aku diberitahu bahawa aku sebenarnya dibawa ke rumahladang itu semata-mata untuk bekerja demi membayar hutang bapa kepada uncle sebanyak RM8,000.00. Aku akandipulangkan semula ke kampung halaman aku sebaik sahaja hutang bapa langsai.Aku menjadi barang pajakan bapa kepada uncle.


“Ah, kejamnya.” Hatikusentiasa membentak namun mulutku seakan terlekat dan terbisu.


Pernah beberapa kali akumenjerit sendiri di tengah-tengah malam akibat terlalu kecewa dan sedih. Namuntindakan itu menyebabkan aku lebih teruk dipukul. Semakin banyaklah berbirat lebamkaki dan belakang aku. Setelah hampir setahun aku diperlakukan begitu sehinggaakhirnya hatiku menjadi keras seperti batu.


DALAM diam aku mengambilkeputusan untuk lari dari neraka yang mengongkong dan meyeksakan itu. Walaupunada rasa takut dan gementar dengan hala-tujuan yang bakal aku tempuhi selepasini, namun perasaan terkongkong melebihi rasa takut itu. Lalu suatu malam akumenyelinap keluar dan lari dari rumah kampung tua lagi busuk itu. Aku terusberlari sejauh yang mampu tanpa aku pasti hala-tujuku sendiri. Sesekali akumenoleh kebelakang takut-takut dikejar uncleatau orang suruhan uncle.Akhirnya langkah aku semakin perlahan dan larianku terhenti. Aku berhenti dibawah sebatang pokok lalu merebahkan badan akibat keletihan. Tidak berapa lamakemudian aku tertidur.


Aku terjaga sebaik sahajamendengar suara orang bercakap dengan nada yang kasar. Namun aku terusberpura-pura pejamkan mata. Aku benar-benar takut untuk menghadapi tuanpunya suarayang amat kukenali itu. Seketika kemudian tangan aku disentap kuat. Aku nekaduntuk melawan. Aku tidak mahu pasrah kepada manusia-manusia kejam yang sekianlama menyeksaku. Aku benar-benar nekad dan tekad. Aku akan lawan hingga ketitisan darah yang terakhir. Aku sanggup mati daripada terus hidup dalamkeadaan sebegini.


Dengan sekuat tenaga yangada, aku berdiri dengan kedua tanganku memegang sebatang kayu. Aku menghayunsekuat-kuatnya kayu itu tepat ke muka uncleUncle jatuh dan rebah. Lisa yang berdirisebelah ayahnya mula menangis. Anak patung yang sebesar diri Lisa itu terjatuhdaripada pelukkannya.


Tanpa menunggu atausempat berfikir, aku terus berlari meninggalkan tempat itu. Aku berlari lajudan terus berlari tanpa arah dan tanpa tujuan. Setelah seminggu dalam pelarianaku ditangkap polis semasa sedang cuba meminta sedekah di hadapan sebuahpasaraya.


Aku kemudiannya ditempatkandalam sebuah pusat tahanan kanak-kanak yang terletak di sebuah penjara. Selamadua tahun di situ, aku hanya menghabiskan masaku dengan menangis. Entahmenyesal, mungkin juga bersedih dan berbagai perasaan menerpa aku silihberganti. Aku benar-benar merindui keluarga aku yang jauh entah dimana.


Selepas dua tahun berlalu, aku mula mendalami siapa diriku dan hala-tuju hidup aku. Di pusat tahanan ituaku diberi pendedahan mengenai kerja-kerja tangan dan aku dapati bahawa minatkusebenarnya adalah pada lukisan. Di situ juga aku belajar mengenal sekolah dan belajarbersembahyang serta hidup beragama.


Beberapa tahun kemudian,aku menduduki SPM dan memperolehi keputusan 6A. Dengan keputusan ini akumemohon untuk melanjutkan pelajaran di universiti dan aku diterima masuk.Bermula dari saat itu aku mula mendapat pendedahan dengan dunia luar melaluipensyarah yang silih berganti masuk dalam pusat tahanan untuk memberiku ilmu. Akhirnyaaku memperolehi diploma dan tidak lama selepas itu aku dianugerahkan dengansegulung ijazah pula. Aku sungguh bersyukur ke hadrat Ilahi.


HARI ini, anak-anak akumengenali diriku sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab. Rakan sekerja sertaanak-anak buahku di pejabat mengganggap aku sebagai seorang ketua yangberdedikasi dan bermatlamat. Hanya isteri aku yang mengetahui tetapi menerimakuseadanya.


Pengalaman mengajarkumengenali dunia dan pencipta-NYA. Pengalaman mengajar aku untuk menjadi insaf danbertakwa dan kehidupan mengajarku Dialah Allah yang Maha Kaya dan Sempurna danmampu mengubah segalanya. Maka, berpeganglah kita kepada tali-NYA dan percayalahada hikmah disebalik setiap yang berlaku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.