Home Cerpen Kanak-kanak Madihah ingin ke Bulan
Madihah ingin ke Bulan
Nafisah Aziz
23/12/2015 17:45:11
5,535
Kategori: Cerpen
Genre: Kanak-kanak

Cuti persekolahan telah bermula. Ayah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung melawat Tok Aba dan Opah. Madihah adalah yang paling gembira kerana dia rindukan masakan opah yang sedap dan Tok Aba yang suka menemaninya bermain. Pada hari tersebut mereka pulang pada waktu malam memandangkan ayah habis kerja lewat. Lagipun jarak ke kampung ayah tidak berapa jauh dari rumah mereka. Masih di dalam satu negeri yang sama.

“Madihah cepat masuk kereta. Kita sudah hendak bertolak ni.” Panggil ayah dengan lembut memanggil Madihah yang sedang memakai kasut.

“Baik ayah. Ayah tunggu lah Madihah pakai kasut dulu. Ibu jangan lupa bawakan buku mewarna saya. Saya nak tunjuk pada Tok Aba lukisan yang saya warna.” Madihah mengingatkan ibu agar membawa buku mewarnanya.

“Ya. Ibu tidak lupa. Semua ibu telah sediakan. Cepat masuk kereta dulu.” Ibu memberi arahan pada Madihah. Madihah yang sudah selesai memakai kasut segera masuk ke dalam kereta.

Kelihatan ayah sudah bersedia untuk bertolak. Sebelum mengambil tempat di hadapan ibu memakaikan tali pinggan keledar kepada Madihah yang duduk di belakang sebagai langkah keselamatan. Lalu mereka semua bertolak pulang ke kampung tepat jam 9.30 malam.

Sepanjang perjalanan Madihah hanya melihat kereta-kereta yang banyak di luar sehingga lah dia terlihat ada bulan dan bintang di langit.

“Wah, cantik nya bulan malam ini ibu.” Madihah memulakan perbualan.

“Subhanallah, memang cantik. Indah sungguh ciptaan Allah s.w.t” Puan Rina juga turut terpukau dengan keindahan cahaya bulan pada malam itu.

“Betul tu. Cantik sangat. Patutlah terang sahaja malam ini. Rupanya ada bulan.” Jawab Encik Naim.

“Ayah...Kenapa bulan itu seperti seakan-akan mengikuti kita? Walaupun ayah kereta ayah bergerak.” Madihah bertanya ingin tahu tentang pengalaman baru di kejar bulan.

“Bulan seakan-akan mengikuti kita kerana jarak antara bulan dan bumi sangat jauh.

“Ibu kenapa cahaya bulan sangat terang? Cantik nya berwarna kuning.” tanya Madihah pada ibunya.

“Cahaya bulan sangat terang kerana bulan hanya memantulkan cahaya daripada matahari ke bumi. Madihah hendak tahu tak. Warna sebenar bulan adalah kelabu.” Jawab ibu.

“Kalau begitu Madihah nak pergi ke bulan lah... Ada tak manusia yang tinggal di sana ayah?” Tanya Madihah sambil tersenyum pada ayah.

“Di bulan tiada manusia kerana di sana tidak mempunyai air dan udara. Cuba Madihah bayangkan, kalau Madihah pergi ke bulan dan tiba-tiba Madihah dahaga hendak minum air bagaimana anak ayah hendak dapatkan air. Betul tak?”

“A’ah...Betul lah ayah. Tak dapat lah Madihah minum dan pasri saya sangat dahaga.”

“Selain itu, bagaimana Madihah hendak bernafas kerana di sana tiada udara. Sekarang cuba Madihah tarik nafas. Di bumi ada udara dan air yang mencukupi serta suhu yang sederhana sebab itu kita semua boleh tinggal di sini.” Terang ibu dengan ringkas agar Madihah faham. Madihah pula berulang kali menarik nafas untuk menghirup udara di sekeliling.

“Madihah masih boleh pergi ke bulan kan ibu jika Madihah memakai baju angkasawan yang berwarna putih. Wah, pasti sangat seronok!” Madihah masih tidak berputus asa untuk pergi ke bulan walaupun telah mengetahui di sana tiada hidupan yang tinggal.

“Memang comel anak ayah kalau pakai baju angkasawan. Madihah perlu tahu yang Angkasawan yang mendarat di bulan akan terapung-apung di permukaan bulan?” terang ayah lagi sambil fokus kepada pemanduannya.

“Eh...Kenapa pula ayah? Madihah di bumi ni tidak terapung pun. Madihah tidak faham. Apa yang menyebabkan angkasawan terapung? Boleh ayah terangkan.” Madihah menggaru-garu kepalanya kerana tidak faham dengan situasi tersebut.

“Kalau Madihah hendak tahu. Mereka tidak dapat berjalan seperti berada di bumi. Ini adalah kerana tarikan graviti pada permukaan bulan hanya lebih kurang 16 peratus berbanding dengan bumi.” Ayah memberitahu Madihah dengan lebih terperinci dan di celah oleh puan Rina.

“Oleh itu, daya tarikan ini tidak cukup kuat untuk memegang objek dengan kukuh pada permukaan bulan. Sebab itu angakasawan akan terapung-apung di udara. Jika di bumi Madihah tidak terapung-apung kerana di bumi mempunyai graviti.” Jawab puan Rina.

“Madihah mahu menjadi angkasawan apabila dewasa nanti. Madihah mahu pergi ke angkasa untuk melihat bulan dan merasai perasaan terapung-apung di sana.” Madihah memberitahu impiannya kepada ayah dan Mama.

“Kalau begitu Madihah perlu rajin belajar dan membaca tentang dunia angkasa.” Ayah memberi dorongan pada Madihah.

“Ibu dan ayah akan menyokong Madihah.” Kata Rina.

“Baiklah. Terima kasih Ibu dan Ayah.” Jawab Madihah sambil tersenyum danasyik melihat bulan di luar cermin tingkap kereta Encik Naim.

-TAMAT-

Pengajaran:

-Ibu bapa perlu mendorong anak-anak untuk berjaya.

-Adik-adik  hendaklah rajin belajar untuk mencapai cita-cita.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.