Home Cerpen Kanak-kanak RIO YANG BAIK HATI
RIO YANG BAIK HATI
ZahinZulNas
5/11/2015 17:29:25
3,037
Kategori: Cerpen
Genre: Kanak-kanak

Suatu masa dahulu ada seekor kucing bernama Rio. Rio merupakan kucing yang sangat cantik bulunya. Apabila matahari terik bulunya bersinar terang umpama bintang. Dan bila malam bulu Rio menjadi berbelang seperti Pelangi. Namun begitu Rio tidak pernah sombong pada kawan-kawannya yang lain. Rio tinggal bersama seorang perempuan tua di banglo putih dihujung kampung. Setiap hari Rio dibelai dan dimanjai. Bulunya sering sahaja disikat rapi. Saban malam pula Perempuan Tua itu akan membelainya sambil melihat bintang yang bersinar

Disebalik dinding rumah Banglo itu terdapat sebuah lubang kecil yang didiami oleh Miki dan Mini. Saban malam Miki dan Mini si tikus kecil akan keluar mencari makanan. Miki dan Mini juga merupakan kawan kepada Rio si kucing cantik. Apabila tiba waktu malam Rio akan memberikan keju dan pelbagai jenis makanan kepada Tikus kecil ini.

Pada suatu hari Miki dan Mini keluar berjalan-jalan. Sedang mereka bermain di balik timbunan dedaun tiba-tiba datang seekor kucing jantan yang sangat besar dan garang. Miki dikejar oleh Kucing jantan itu. Mini sempat menyorok di balik Tin kosong. Dari kejauhan Miki mencicit lari dikejar Kucing jantan itu. Mini pulang ke rumah dengan perasaan sedih

Apabila malam menjelang tiba Miki masih lagi tidak pulang ke rumah. Mini teresak menangis. Menanti kepulangan Miki. Rio seperti biasa duduk dihadapan dinding yang sedikit berlubang yang merupakan pintu rumah Mini dan Miki. Lama di tunggu kedua sahabatnya itu tak keluar lagi

“meawwww meaoww” Rio mengiaw memangiil sahabatnya

“mana Mini dan Miki ni kebiasaanya dah ada dekat sini” Rio meninjau di sebalik lubang itu

Mini keluar dari lubang kecil itu sambil menangis

“Mini mengapa kamu menangis?

Mana Miki?” Tanya Rio kehairanan matanya meliar mencari kelibat Miki si tikus jantan.

“Miki di kejar kucing jantan petang tadi semasa kami keluar bersiar-siap” beritahu Mini sambil menangis

Rio turut bersimpati.

Pada keesokan paginya. Miki masih lagi tidak pulang. Mini sudah putus asa. Rio kasihan melihat sahabatnya itu.

Hari demi hari Miki masih lagi tidak pulang. Mini jatuh sakit dan akhirnya mati. Rio bersedih dengan apa yang terjadi.

Sejak miki dan mini tiada di rumah itu. Rio menjadi sunyi. Hampir sepanjang masa Rio menanti dilubang kecil itu dan meletakan keju dihadapannya. Sesekali air matanya mengalir.

Pada suatu malam Rio meletakan seketul keju di hadapan lubang itu, lalu datang seekor semut Hitam si Dudu cuba menarik keju itu. Rio hanya memerhati dan berkata

“wahai semut hitam yang kecil mahukah kau berkawan dengan ku” soal Rio kepada semut Hitam itu.

“Tidak aku tidak mahu berkawan dengan kau… kau adalah musuh kami” jerit Semut Hitam Si Dudu.

Rio sedih dan berjalan meninggalkan semut hitam itu bersama kejunya tadi.

Sejak dari itu Rio hanya meletakan keju di lubang kecil itu sementara dirinya duduk di hujung penjuru melihat gelagat si semut kecil bersama kawan-kawannya menarik keju yang diletakan. Hari demi hari berlalu Rio masih meletakan makanan disitu. Bahkan bukan sahaja keju malah segala jenis makanan disitu. Semut kecil yang dahulu hanya sedikit kini semakin banyak. Sesekali Rio mengeow menganggu sekumpulan semut itu dari jauh.

Pada suatu hari Rio tertarik untuk berjalan-jalan di luar kawasan rumah. Rio tertarik dengan ladang bunga yang terletak di seberang jalan rumahnya.

“wah cantiknya bunga ni…” Rio tertarik dengan keindahan disitu. Ini la kali pertama dirinya melangkah ke taman itu. Mungkin disini sahabatnya Miki dan Mini dahulu bermain. Rio khusyuk sambil mengejar rama-rama yang berterbangan.

Tiba-Tiba

SYITTTTTT… satu semburan air tepat kene pada mata kirinya. Melompat-lompat Rio berlari dari rimbunan ladang bunga disitu. Terpisat-pisat Rio mengosok mata kirinya.

Makin lama mata kirinya menjadi pedih. Rio mengeow ngeow mengadu kesakitan

“meow meow”

Akhirnya Rio tertidur.

Pabila malam menjelang tiba, Rio masih di bakul tempat tidurnya. Badannya menjadi semakin lemah. Mata kirinya yang tadi pedih menjadi kabur sebelah. Dengan badan yang tak larat Rio melompat keluar dari bakulnya dan menuju ke dapur. Seketika Rio muncul dengan keju di mulutnya dan diletakan di tepi Lubang dimana semut-semut kecil itu mendapatkan makanan. Sebaik sahaja meletakan makanan yang dibawa Rio kembali ke bakulnya.

Seperti biasa sang semut hitam si Dudu kembali ke tempat itu. Kali ini Dudu berasa hairan mengapa Rio tidak berada disitu. Seperti kebiasaan. Sebaik sahaja rakan-rakannya yang lain mengangkat keju ke sarang. Dudu mencari kelibat sang kucing yang baik hati itu. Sebaik sahaja ternampak bakul tempat tidur Rio, Dudu memanjat melihat keadaan Rio

“wahai kucing yang baik hati… apa yang terjadi padamu… kamu sakit kah” soal sang semut hitam. Rio hanya membuka mata kanannya yang tidak sakit.

“Semut hitam tidak takutkah kau padaku” soal Rio serta merta.

“tidak… kau seekor kucing yang baik hati” jawab semut hitam.

“bolehkan kita bersahabat?” soal Rio lagi. Tidak menghiraukan kesakitan yang ditanggungnya

“ye.. mulai sekarang kita sahabat”

Rio dan Sang Semut hitam Dudu bersalaman tanda persahabtan.

“kau sakit kah ” soal Dudu si semut Hitam

“Mata aku di sembur Racun tumbuhan semasa aku berjalan-jalan ditaman bunga petang tadi” beritahu Rio sambil itu dia menggosok matanya yang semakin pedih dan tidak dapat dibuka lagi.

Malam itu Sang semut Hitam dudu menemani Rio yang sedang sakit. Rio sangat gembira kerana dia sudah ada sahabat baru.

Keesokan paginya sewaktu peremempuan tua itu mahu memberikan Rio makan. Dia perasan yang mata kiri Rio berair dan tidak boleh dibuka. Terus Dibawa Rio ke Klinik untuk diberikan rawatan.

Malah semasa Rio dibawa ke Klinik Dudu sang semut Hitam menemani Rio dengan Duduk Di balik Bulu Rio yang cantik. Rio yang mengjaknya.

Seminggu kemudian mata Rio kembali pulih. Rio dan Dudu menjadi sahabat dan mereka berdua bahagia tinggal di rumah banglo putih itu.

TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh ZahinZulNas