Home Cerpen Islamik Ish.. Susahnya nak tundukkan pandangan.
Ish.. Susahnya nak tundukkan pandangan.
Firdaus Rusni
28/8/2016 12:19:19
3,064
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik
- Ishh.. susahnya nak tunduk.. -

Apa yang kena tunduk ini?? Kepala ke?? Sakit pulak tengkok kalau tundukkan kepala jer.. apa lagi,MATAlah yang kena tunduk..

Mata kena tunduk macam mana tu?? Tinggi bahasa kiasan kau ini..

maknanya, kenalah tundukkan pandangan..
Kena tundukkan pandangan dari apa wei?? Macam mana nak jalan nanti.. macam mana nak bawak kereta wei.. macam mana nak bawak moto.. semua kena tengok depan.. kalau tunduk habis excident..

Banyak giler songel dan soalnya.. tak apa-apa.. baguslah ini..

Kena tundukkan pandangan dari perkara haram dan tidak sepatutnya ditengok..

###

Setiap manusia diberi mata cuma berbeza nikmatnya mungkin ada orang dapat nikmat melihat dan ada yang tidak dapat melihat..

Jadi bagi mereka yang dapat nikmat melihat gunakanlah mata korang secara optimum untuk kebaikan dan meminimumkan melihat perkara yang tidak elok atau terus tinggalkan..

Jangan dipersiakan nikmat yang diberi ini.. dan bersyukurlah..

###

Keadaan sosial dan hiburan hari ini cukup mencabar. Dengan movienya yang semakin giler2 "mantop", cukup mengiurkan setiap manusia.. lepas itu dengan drama melayunya, drama koreanya, dan bagai2 lagi, cukup menjatuhkan hati manusia untuk menontonnya.

Inilah bermulanya tanggungjawab diri korang untuk menjaga mata korang.. tak kuat iman memang senang tertarik, pastu mata korangla jadi mangsa.. perkara ini sudah mengelilingi diri kamu.

Tidak susah nak cari hiburan.. tidak di tv, dalam komputer, tidak di komputer carilah dalam handphone.. maknanya tidak susah..

Ini soal hiburan, belum lagi soal tengok orang diminati. Belum soal couple dengan ikhtilat.. ini semua berkaitan dengan mata.. betapa ramai manusia tewas dalam bab ini. Kerana lirikan mata seseorang itulah dapat melunturkan satu hati yang tidak kelihatan..

Susahnya nak jaga mata macam ini., tak leh ke terus tengok..

###

Sebenarnya tidak susah pun.. kita jer yang susahkan.. takkanlah Allah ciptakan mata kita ini untuk susahkan kita.. tidak pun.. bahkan banyak menyenangkan kita.. cuma kita jer tidak menjaganya..

Jadi nak salahkan siapa?? Salahkan diri sendiri..
Allah ini sangat memahami hambaNya. Allah sangat sayang pada kita. Allah bagi peringatan untuk kita dalam surah an-Nur ayat 30 - 31..

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. "

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُن

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; "

Allah minta kita jaga mata kita bukan kerana nak susahkan kita tapi Allah taknak kita terjerumus dalam kancah kemaksiatan dan keburukan.
Allah siap sebut satu golongan lelaki beriman dan satu lagi golongan wanita beriman. Betapa khususnya Allah jelaskan untuk kita..

Rasulullah juga meminta kita menjaga mata kita kerana Baginda sayang juga akan umatnya..

Baginda berkata : " Jika kamu berjumpa selain daripada majlis, maka berilah jalan haknya, " maka para sahabat bertanya, " Apakah haknya," Nabi SAW menjawab, "Tundukkanlah pandangan, hilangkan kesakitan, jawab salam, menyeru kepada perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran."

(Direkodkan oleh Muslim, no. 5685)

Nabi SAW berkata,

" Hai Ali! Jangan sampai pandangan yang satu mengikut pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan pertama, adapun yang berikutnya tidak boleh."

(Direkodkan oleh Abu Daud, no 2149)

Jadi jangan mengulang untuk kali kedua lagi-lagi perkara berkaitan dengan aurat. Jika tidak sengaja terlihat maka cepat-cepat alihkan pandangan dan jangan ulanginya.. berdosa..

Selain itu, Nabi SAW berkata,

Daripada Jarir bin Abdullah berkata " aku telah bertanya kepada Nabi SAW akan perihal melihat secara tiba-tiba, maka Nabi SAW menyuruh aku mengalihkan pandangan aku ( tidak memandang untuk kali yang kedua)."

(Direkodkan oleh Muslim, no 5770)

Ini secara tidak sengaja dah disuruh untuk cepat-cepat alihkan dan tidak diulangi lagi..

Nabi SAW berkata,

"Daripada Ibn Abbas, kata Al-Fadhal(bin Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah SAW(menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah SAW). Datang seorang wanita dari khasy'am untuk meminta fatwa daripada Nabi SAW. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia adalah seorang perempuan yang cantik. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain. "

(Direkodkan oleh An-Nasa'I, no. 2641, dinilai sahih oleh syeikh al-Albani)

Jelas tentang tengok perempuan yang bukan mahram pun tidak boleh jika tidak ada hajat seperti proses pembelajaran, jual beli, kerja atau lain-lain urusan. Semua ini meminta kita cepat dalam urusan dan tidak ada kesengajaan dalam melihat sampai nak jatuh hati bagai..

Para ulama juga membahaskan tentang isu mata ini.. kerana mereka telah berpendapat mata inilah punca utama berlaku zina.. sebab itu takkan mula bercinta dan ikhtilat jika menjaga mata.. kerana mata ini mudah membuatkan kita tertarik..
Antara ulamanya adalah seperti ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dan syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Mandili..

Mata ini bagaikan percikan api, jika tidak dipadam, pasti akan merebak sampai memudaratkan diri. Sama dengan pandangan, jika tidak dijaga, kesannya akan memudaratkan diri.,

Kesan menahan adalah lebih sikit peritnya berbanding kesan melepaskan pandangan itu.. sangat perit.,.

###

Mata bukan dicipta untuk melihat perkara buruk tapi untuk perkara kebaikan.. oleh kerana kesilapan kita dan kurang kesedaran kita.. inilah menyebabkan salahguna mata kita dalam kehidupan kita.. kita pergi tengok perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita tengok.. selepas itu kita rasa tak bersalah jer..

Apa yang kita lihat ini akan turun ke hati kita.. sebab itu kita diminta jaga supaya hati kita tidak tercemar dengan perkara yang kotor dan tidak sepatutnya. Jagalah ia..

Mulalah jaga pandangan.. jangan dibiarkan begitu... ia sangat memberi kesan pada diri.. bahaya jika tidak dikawal..

Banyakkan istighfar kepada Allah,Banyakkan berdoa kepada Allah,Peringatan itu memberi manfaat kepada manusia..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.