Home Cerpen Islamik CERPEN ISLAMI: DI PENGHUJUNG BATAS WAKTU
CERPEN ISLAMI: DI PENGHUJUNG BATAS WAKTU
S.Kausari
30/5/2014 19:29:24
3,641
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik

Sebuah cerpen sempena ketibaan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan.


AZAN subuh mula berkumandang. Sayup kedengaran di langit yang gelita dengan hanya taburan bintang yang berkerlipan. Purnama sudah mula menghilangkan diri, menandakan penghujung bulan semakin hampir. Kedengaran salakan anjing di sana-sini melatari laungan azan. Setelah selesai azan, suasana kembali sunyi. Insan masih enak terlena berkelubung selimut masing-masing dalam kedinginan. Hanya beberapa kerat saja yang bergegas menuju ke rumah Allah untuk menunaikan kewajipan mereka.

Sebuah pub masih meriah dengan muzik yang berkumandang, walaupun hanya tinggal beberapa orang pengunjung sahaja.

"Eh, kalau tak silap aku tak lama lagi puasa kan?" Tanya Don, lelaki berkemeja putih. Tali leher sudah dilonggarkan dengan bahang cairan kekuningan yang diteguk dari gelas dengan air batu.

"Alah, tak ada bezanya bulan puasa dengan bulan biasa. Kita sama saja macam tahun-tahun lepas." Jawab lelaki berjambang bernama Ben.

"Betul kata korang berdua. Cuma yang tak syok kalau bulan puasa, susah nak cari makan tengah hari. Aku terpaksa suruh drebar aku cari nasi bungkus. Leceh betul!" Sampuk lelaki bertubuh gempal dan cerah bernama Jazrel. Nafasnya begitu ketara dengan bau cairan yang sudah berbotol-botol diteguk.

"Korang bertiga ni tak pernah terfikir nak insaf? Makin hari umur kita makin meningkat. Kubur dah semakin dekat. Tunggu masa nyawa kena cabut malaikat." Sampuk Faizol. Hanya dia seorang saja yang tidak mabuk. Kehadirannya sekadar meneman rakan bertiga.

"Eh, kau ulang sekali lagi. Macam pantun ah!" Don tergelak diikuti derai tawa rakan berdua. Faizol hanya menggeleng.

TERUSKAN MEMBACA>>>


Hasil karya SALLEH KAUSARI  yang lain ada di LAMAN BLOG PENA VR dan LAMAN INSPIRASI PENA VR

Karya-karya lain di ILHAM KARANGKRAF:

CERPEN:
MAWAR SEPULTURA (THRILLER)
C.H.A.T. (SERAM)

NOVELET:
MUTASI GEN-X (FIKSYEN SAINS)

NOVEL:

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.