Home Cerpen Islamik Hidayah
Hidayah
Adaweeyah
2/1/2020 15:47:40
3,646
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik

 

Serina tersentak. Laungan azan deras berkumandangmengejutkannya dari ralit. Cepat cepat dia meninggalkan komputer riba dan lekasmampir pada tirai biliknya. Makin tirai biru itu diselak laungan suci itu makinkuat hinggap di cuping telinga. Serina menghayati penuh seruan itu walaupun diasebenarnya tidak ngerti apa-apa.

 

Di semester baru ini, bilik inapannya hanya beberapalangkah saja dari surau. Dia sudah maklum waktu azan berkumandang sehingga diamakin menyenangi panggilan itu. Dari tidak senang sehinggalah hatinya timbultanya dan akhirnya jatuh kagum.

 

Wahai  Allah,

Tuhan yangmenguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan, 

Datangkanlah NabiMuhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan keutamaan (bagiku),

Serta kedudukanyang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya.

 

“Itu azan, tandanya dah masuk waktu solat. Tak banyak pun, hanya lima kali sehari.” Alisa sahabat  sebiliknya pernah memberitahu.

 

Dulu sebelum menjejak ke universiti ini, Serina sangatbenci pada laungan itu. Disumpah seranah. Baginya itu hanya suara kuat yang menganggu tidur. Agamanya tidakmemanggil mereka seperti itu untuk bersembahyang semata-mata, tetap juga Serinamenjadi gadis Katolik nan patuh.

 

Lalu azan berhenti seketika membaluti tabir senja,Maghrib mengisi keberkataan kepada tiap insan yang mendirikannya. Dan gadisKatolik itu masih mengisi tubir malam dengan tanda tanya sehingga Isyak menjengah.Dan serina tahu Isyak adalah azan yang terakhir dalam seharian kehidupan umatmuslim. Dia sudah hafal.

 

“Azan ini untuk apa?”

“Ah, apa yang dia katakan? Aku tak faham apa yangdilaungkan.”

“Peliknya kenapa kini aku tenang mendengarkan suara itu.”

Sekali terlaung Serina seperti ingin mendekat, tapi diatakut, dia risau.

“Mustahil aku boleh ke sana, aku bukan sebahagian darimereka.”

“Aku tak boleh sertai mereka, aku ada agamaku!”

“Tapi suara itu ada sesuatu yang buatkan aku  sangat tenang dan damai.”

 

Serina memanjat nekad menunggu Alisa pulang.  Hatinya yang rawan mesti dirawat. Dia risaudan sungguh tidak senang hati selagi jiwanya tertanya-tanya.

Hingga terlena dia menunggu.  Serina terjaga semula ketika terdengar Alisamengaji surah Yassin.  Dia berasa sungguhlega melihat Alisa sudah di depan matanya. Kawannya yang masih betelekung putihdan memegang  al-Quran kecil itumemaniskan muka ketika Serina mendampinginya. Gadis kota Belud itu membalassenyum dan membetulkan duduknya. 

“Saya minta maaf pasal semalam. Terlalu emosi. Sebenarnyasaya juga masih mencari cari. Hati saya selalu tak tenang sejak akhir-akhirni.” Serina meluah kata hatinya.

Semalam Serina mengkritik gerakan solat yang baru sahajadilaksanakan Alisa. Katanya kepala manusia yang tertingi lagi suci ini kenapadiletakkan di lantai, di bawah. Bukankah itu perbuatan yang hina. Di kepalaletaknya otak, tergamak sungguh otak itu direndah-rendahkan beberapa kali.  Serina mencebik, Alisa menarik nafas panjang.Dia mati kata. Rakan sebiliknya selama setahun ini telah menguji imannya  yang tak setebal mana. Dia tak bersedia. Anakimam Salleh ini tidak pernah lalui situasi ini.

                                                                      *********

Alisa mengucap berulang kali, nafas di tarik dan dilepas.Dia mencari isi balas.

“Solat ini tanda kami ini hamba Allah, ya otak dan akalyang mulia inilah kami sujudkan pada Allah sahaja bukan pada orang lain. Tandakami merendahkan diri kami serendahnya pada Tuhan kami. Seluruh jasad kami, rohkami pada Allah ketika kami solat.” Alisa sudah menakung air mata, dia sebak. Kenapasecara tiba-tiba sahabatnya itu mempersoalkan ibadahnya. Sedanganya selama inidia tidak pernah bersangka buruk pada agama Serina. 

‘Bagiku agamaku dan bagimu agamamu.’ gumam hatinya.

“Saya lihat hanya orang Islam saja yang bersolat macamtu, padahal penganut agama lain pun bersembahyang dan ada Tuhan. Saya tak bolehterima ibadat yang meletakkan kepala di tempat paling bawah. Tak bolehkompromi. Saya tak akan lakukan perbuatan primitif ni.” Serina sungguh serius.

Seluruh badan Alisa menjadi hangat. Dia berasakanjantungnya berdegup gentar. Lidahnya jadi kelu.

“Setiap gerakan solat kami ada hikmah atau manfaattertentu. Bahkan ada bacaan tertentu dalam mengadap tuhan kami. Solat kami iniseperti masa untuk kami mengadu dan meminta dengan tuhan kami. Maaf, kami umatIslam tak rasa seperti primitif sebaliknya bangga dan bersyukur bahawa solatkami ini benar dan tidak menyesatkan.”

“Bagaimana tidak menyesatkan jika gerakan solat punsangat kuno sehingga dahi pun mencecah tanah?” belum sempat Serina menghabiskankatanya, Alisa segera memohon diri. Dia sungguh berkecil hati.

 

                                                            *********

“Alisa, kalau azan itu sifatnya memanggil dan aku tenangmendengarnya, kenapa aku tak menyahutnya kan?”

Alisa amasih kurang faham.

“Ajarkan aku maksud azan.”

Alisa tergamam.

 

Serina berdiri  di pintu gerbang masjidutama Universitinya. Dirinya kukuh dan penuh yakin. Azan asar baru sajamenyinggah telingganya. Dia memejam mata rapat -rapat sambil menghayati demibait makna dan maksud.

 

Allah Maha Besar,

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah,

Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah PesuruhAllah,

Marilah menunaikan solat,

Marilah merebut kemenangan,

Allah Maha Besar,

Tiada Tuhan selain Allah.

 

Usaiazan, dia melangkah mencari ruang solat untuk wanita,

 

“Hidayah!” Panggil Alisa, yang menantinya sambiltersenyum sambil di tangannya sepasang telekung putih.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adaweeyah