Home Cerpen Fantasi Selamat Datang Ke Kerajaan Awan!
Selamat Datang Ke Kerajaan Awan!
Jung Siti
27/7/2020 16:41:58
7,001
Kategori: Cerpen
Genre: Fantasi

SELAMAT DATANG KE KERAJAAN AWAN

"Jomlah... Jom! Jom! Jom!", ajak Kana bersungguh-sungguh. Kecoh satu rumah dibuatnya. Lisa yang sedang tekun memerhatikan bunga dan membuat pemerhatian sebagai kerja kursus yang diberikan pensyarah mereka, rasa terganggu dengan suara nyaring Kana. Lisa membuka cermin matanya dan meletakkannya di atas meja. Lalu, dia turun ke bawah untuk lihat apa yang berlaku.

Nampaknya, kesemua teman rumahnya berkumpul di ruang tamu. "Kenapa? Asal kecoh semacam?".

"Lisa... kami rancang nak bercuti sekali masa cuti semester nanti. Maklumlah... cuti semester je mesti balik rumah kan... itu yang kami rancang semester ini sahaja, kita bercuti sama-sama", beritahu Balqis.

"Itu yang Kana teruja sangat tu... Hahahhahah", Tia menggelakkan Kana. Kana membuat muka. Suasana rumah meriah dan ceria seketika.

Sementara Lisa masih berfikir tentang percutian bujang bersama rakan-rakannya, 'boleh tahan'.

Mereka kesemuanya lapan gadis mahasiswi yang tinggal di rumah sewa. Tiga orang pelajar 'mass com', iaitu Balqis, Tia dan Fiy. Dua orang pelajar sains kedoktoran iaitu Midah dan Asya. Lagi tiga orang pelajar sains perhutanan iaitu Lisa, Kana dan Wawa.

"Datang rumah Kana lah... dah Kana yang paling bersemangat sekali", usik Fiy. Kana terdiam sebentar. Dia seakan sedang berfikir.

"Hey... aku gurau jelah", Fiy sengih.

"Bolehhhhh!!!", Kana lebih bersungguh.

"Ehhhhhhhh!!!", satu rumah terkejut.

"Serius lah Kana?", tanya Wawa. Kana mengangguk serius.

"Ada apa-apa yang seronok ke dekat tempat Kana? Yalah teruja betul", tanya Asya.

Kana memandang Lisa, senyum seraya berkata. "Ada!".

Lisa tersentak, 'asal pandang aku macam tu minah ni?'.

"Dekat Pahang kan rumah Kana?", tanya Lisa.

"Haah... ada air terjun cantik... nak hiking pun boleh... ada je homestay untuk kita dekat sana... sebelah rumah pakcik Kana je", beritahu Kana.

"Ohhh bolehlah macam tu... harga murah sikitlah Kana... beritahu pakcik kau", Tia membodek.

"Boleh je..", jawab Kana. Mereka yang lainnya seakan-akan bersetuju. Lisa juga mengangguk-angguk setuju.

***


Hari yang mereka nantikan tiba. Setelah kesemuanya selesai menjawab peperiksaan 'final', mereka mengemas-ngemas barang.

Rombongan ke rumah kampung Kana dalam 3 biji kereta. Antara pemandu-pemandunya ialah Tia, Midah dan Wawa.

Akhirnya mereka tiba juga di homestay setelah 4 jam lebih perjalanan.

"Mak!... lama ke tunggu?",Kana kelihatan begitu teruja.

"Tulah... lama jugalah.. Malam baru sampai ya...", kata Puan Halimah pada mereka semua. Gadis-gadis itu bersalaman dengan Puan Halimah.

"Ohh... pakcik mana?", tanya Kana.

"Pakcik pergi pekan... Yalah... nak sediakan barang-barang untuk kamu semua", kata Puan Halimah. Kana hanya mengangguk faham.

" Mari-mari... kita makan jom. Lauk pun nak sejuk dah tu", beritahu Puan Halimah. Lalu, mereka semua menjamah makanan diikuti sembang-sembang yang rancak.

"Rancang menginap sini berapa hari?".

"3 hari 2 malam acik...", beritahu Midah.

"Ohhh yalah... nanti suruh Kana tunjuk-tunjukkan tempat yang seronok dekat sini ya...", kata Puan Halimah.

Setelah selesai makan, mereka berehat di bilik masing-masing. Perancangan sudahpun dibuat. Mereka semua tidak sabar untuk mandi air terjun pada hari esok. Jelas keterujaan di wajah setiap mereka.



Pada pagi subuh esoknya, ada yang tidur semula. Ada juga yang sedang melayan telefon pintar mereka. Mujur Wi-Fi di rumah 'homestay' mereka laju.

Midah dan Kana pula sedang membuat air teh o panas dan milo untuk sarapan. Sementara itu, Lisa mengambil angin di luar rumah. Angin pagi sememangnya sangat menenangkan. Memandangkan kawasan rumah 'homestay'mereka banyak juga pokok bunga yang ditanam, menarik minat Lisa yang sememangnya pencinta tumbuh-tumbuhan.

Sedang Lisa membelek pokok-pokok, ada suara seseorang menyapa.

"Cik...".

Lisa pantas toleh ke belakang dan mendapati ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya sedang mengangkat kipas berdiri. Lisa membetulkan kaca matanya. Lisa agak berhati-hati juga, memandangkan jarum jam masih menunjukkan pukul 7 pagi.

"Boleh tolong tak?", kata lelaki itu.

"Tolong...?".

"Haaa... tolong ambilkan sarapan yang dekat dalam kereta saya tu", minta lelaki itu.

"Oh.. Boleh kejap", Lisa langsung membasuh tangannya di paip yang berada di luar rumah itu. Tanpa berfikir panjang dia langsung ke dalam kereta lelaki itu. Mungkin saudara mara Kana, itu fikirnya.

Baru sahaja hendak mengambil makanan, lelaki tadi datang kembali untuk mengambil barang yang lainnya.

"Cik bawa yang ini... yang ini biar saya bawa",kata lelaki itu lalu senyum.

Lisa akur dan membalas senyuman lelaki itu dengan janggalnya. Saat mereka berdua hendak masuk ke dalam rumah, Kana keluar seraya berkata.

"Ohhh... pakcik... Dah berkenalan ye dengan kawan Kana", kata Kana sambil tersengih.

"Haaa Kana... pergi ambil barang yang lain dalam kereta pakcik... lepastu tutup bonetnya... mujur ada kawan kamu ni yang tolong pakcik",beritahu lelaki itu.

"Elehhh pakcik",Kana sengih.

Lisa menggaru-garu kepalanya, 'oh pakcik Kana rupanya'. Tanpa banyak soal , Lisa hanya mengikut langkah pakcik Kana itu.

Setelah segala persiapan sarapan disediakan dan kelapan-lapan orang gadis pun sudah berkumpul di ruang tamu, pakcik nya meminta untuk pulang.

"Nanti kalau perlukan apa-apa... bagitau je pakcik", pesan pakcik kepada mereka.

Mereka semua makan sambil bersembang tentang pakcik Kana.

"Kana, serius lah itu pakcik kau?!",tanya Tia.

"Tanyalah Lisa... dia dah berkenalan dengan pakcik aku... hahha", kata Kana.

Lisa mengangguk apabila mereka bertanya adakah lelaki tadi itu pakcik Kana.

"Waaaaa Lisa!! Ambil kesempatan berkenalan dengan pakcik Kana!!", kata Midah.

"Siapa nama pakcik Kana? Lisa!!!", tanya Balqis teruja.

"Ehhhhh manada lah aku berkenalan dengan Pakcik Kana... aku Cuma tolong angkat barang je... aku pun terkejut juga bila dapat tahu yang, itu sebenarnya pakcik Kana", Lisa tidak mahu diusik lagi.

"Haah... betullah pakcik aku tu... aku rasa aku pernah cerita dekat korang lah",jawab Kana sambil makan dengan berselera sekali.

"Tapi pakcik kau nampak muda semacam je", tanya Midah.

"Haah... dia beza dua tahun je dari kita",kata Kana lagi.

"Ehhhhhh!!! Biar betul kau",kata Balqis dan Fiy.

"Tak hairanlah muda semacam... mesti yang bongsu kan... lupa pula yang kau pernah cerita.. Nenek kau kahwin muda kan",kata Asya.

"Betullah tu... dia pakcik aku yang paling bongsu sekali...pakcik Daus aku panggil dia", kata Kana.

"Ada makwe tak pakcik kau tu? Boleh tahan juga aku tengok dia tu", tanya Wawa sambil tersengih.

"Eiii gedik betullah minah ni... kau kan dah ada pakwe...",usik Lisa. Mereka semua ketawa.

"Haaahh!! Lisa mengamuk!! Hahahhahah", usik Wawa semula. Rumah mereka riuh rendah sebentar.

Apabila jarum jam menunjukkan pukul 10 pagi, mereka semua bersiap-siap untuk ke sungai yang diperkatakan Kana, kecuali Lisa.

"Serius lah Lisa... rugi lahh macam tu", kata Balqis.

"Tak apa... nanti kalau aku berubah fikiran aku pergi",jawab Lisa.


"Baiklah... kami pergi dulu... kalau berubah fikiran... Lisa lalu jalan tu lepastu belok kanan tau... ada 'signboard'sungai. Kawasan situlah...", beritahu Kana. Lisa hanya mengangguk.

Mereka semua melambaikan tangan ke arah Lisa dan Lisa membalas lambaian mereka.

"Hati-hati mandi sungai! Jangan seronok sangat!", kata Lisa kepada mereka yang semakin menjauh.

Lisa masuk ke rumah. Dia mula berasa bosan dan menyesal sedikit tidak mengikut mereka. Namun, ada suatu peristiwa yang membuatkan dia nekad untuk tidak mandi sungai. Penyesalannya untuk tidak ikut bersama kawannya diabaikan.

***


Sebuah keluarga kelihatan begitu gembira sekali bermain air di sungai.

Lisa begitu seronok sehingga tidak sedar yang dia tersadung batu dan hampir lemas.

Tiba-tiba dia berasa ada tangan yang menolaknya ke atas agar dia tidak tenggelam ke bawah. Badannya terbawa oleh arus tolakan itu hinggalah ke kawasan yang tidak dalam. Terbatuk-batuk Lisa.

Ayahnya pula mendapatkannya kerana risau melihat keadaan anaknya.

"Tadi Lisa hampir lemas... mujurlah sampai dekat tempat yang cetek", cerita Lisa.

"Lain kali jangan seronok sangat sayang...", beritahu ibunya yang turut risau.

Tiba-tiba Lisa ternampak kelibat seseorang yang berada di sebalik batu-bata besar di kawasan sungai itu.

Lisa dapat merasakan mungkin orang itu yang membantunya. Kalau benar orang itu yang membantunya, dia amat berterima kasih.

Itu sewaktu Lisa masih kecil. Apabila Lisa fikirkan kembali tragedi itu, dia mula tertanya-tanya. 'Adakah yang menyelamatkannya itu orang... atau benda lain?'

Lisa menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia hanya bersyukur sahaja, yang penting dia masih selamat.

"Ada orang ke dekat rumah?", terdapat ketukan pintu di luar rumah penginapannya.

Lisa berasa amat terkejut. Maklumlah mengelamun tentang kisah lampau yang agak misteri, tiba-tiba ada pula yang mengetuk pintu rumah. Lisa bangun dan membuka pintu rumahnya.

"Ohh... pakcik Daus...", Lisa hanya tersenyum nipis.

"Kana cakap yang dekat rumah ada orang... tu yang saya nak bagi makanan sikit... maklumlah lepas mandi sungai mesti lapar... saya belikan lauk... tinggal masak nasi je", beritahu Daus.

Lisa mengambilnya seraya berkata, "terima kasih pakcik".

"Panggil saja saya Daus... nampak macam tua sangat kalau panggil saya pakcik.. Kana tu lainlah... dia memang jenis suka mengusik orang... tu yang panggil saya pakcik... dia suka buat saya nampak tua... haha si Kana bertuah tu",cerita Daus sambil tersengih.

"Ah... haha... tapi memang betulkan pakcik Kana?",tanya Lisa.

"Betul je... tapi tulah... saya rasa macam tua sangat je kalau semua orang panggil saya pakcik",luah perasaan Daus sambil menggaru-garu kepalanya.

"Ohh... maaflah kami terikut-ikut Kana", Lisa rasa bersalah. Geram pula pada si Kana. 'Kesian pakcik kau'.

"Emmm kenapa Lisa tak pergi sekali... maklumlah bukan senang nak luangkan masa bersama kawan tau... sementara bujang manfaatkan lah", kata Daus.

"Ohhh saya tak selesa... emmm entahlah", Lisa ragu-ragu. Dia akui yang dia sememangnya teringin tapi tragedi itu menghalangi keinginannya.

"Kalau ada trauma ke saya mungkin tak faham sangat... tapi mungkin sekali ni ke 'join' kawan-kawan kan... lagipun sungai tengah musim tak deras... air pun cetek je", beritahu Daus.

Lisa cuba membuka fikirannya tentang apa yang diperkatakan oleh Daus. Luaran nampak muda, tapi tutur bicara sangat sopan dan seakan bercakap dengan orang tua-tua. Patutlah Kana lebih selesa memanggilnya pakcik.

"Oh... maaflah saya terganggu masa kamu pula... kalau kamu rasa bosan di rumah, ada saja dvd-dvd filem dalam rumah ni... tapi tak ingat pula... nanti tanya Kana ya", kata Daus.

"Terima kasih..... Daus...", Lisa masih janggal untuk memanggilnya dengan nama. Tapi kalau panggil pakcik macam kesian pula. Lagipula sejuk mata memandang wajah pakcik Kana.

Daus senyum seraya berkata, "ohh sama-sama... saya minta diri dulu".


Kana terfikir banyak kali tentang kata-kata Daus. Mungkin ada betulnya.

Lisa bersiap-siap.

Daus yang berada di luar rumah ternampak Lisa yang sedang keluar dari rumah. Nampaknya Lisa mungkin berubah fikiran dan hendak mengikuti kawannya ke sungai. Daus hanya tersenyum melihat gelagat Lisa.

Mungkin saja Lisa tidak perasan yang Daus sedang melihatnya yang makin menjauh.

***
Kelapan-lapan orang gadis itu kembali ke dalam bilik masing-masing setelah selesai makan tengahari. Kepuasan mandi sungai jelas di wajah gadis-gadis berkenaan. Ada yang tidur, ada juga yang membelek telefon pintar.

Pesanan whatsapp daripada Kana masuk dalam grup housemates.

Kana: pukul 5 nanti nak tak jalan-jalan petang dekat hutan?

Wawa: hutan?

Kana:belakang ni jaaa...

Fiy:dekat sebelah aku pun nak berwasap;>

Kana:diam ahh fiy... hahahhaha

Lisa: ada apa je Kana?

Kana: tak ada apa-apa sangat pun... Cuma ada keindahan alam sekitar... lagipun ada mini nursery juga dekat belakang ni...

Lisa: ohhh aku okay je

Asya:Aku dengan midah pun on...

Tia: aku rasa penat sangat la ... macam tak larat je petang ni

Balqis:aku pun...

Kana: kirenye Tia dengan Balqis jela ni yang tak nak ikut? Ahh betul ehh... sebab dekat sana mungkin ada buah yang fresh petik... rugi tau

Balqis: simpankanlah untuk kitorang... 

Kana: yelah yelah... boleh. Yang lain jadi eh...

Wawa: aku dengan Lisa jadi juga tau

Kana: okay alright semua...

Pada petangnya, keenam-enam gadis sudah bersiap sedia. Manakala Tia dan Balqis baru bangun tidur.

"Bye korang...",kata Tia kepada mereka sambil menguap. Kelihatan Tia dan Balqis masih mamai lagi.

"Tak elok ahhh tidur petang", salah seorang mengusik. Ada yang terhibur.

"Nanti kitorang balik buatkan air tau", kata Lisa. Tia dan Balqis hanya mengangguk sengih.

Mereka memulakan ekspidisi mereka di hutan belakang rumah penginapan mereka bersama pakcik Kana iaitu Daus.

Daus membawa mereka ke kawasan belakang sambil bercerita dan memberi penerangan kepada gadis-gadis itu. Nampaknya, Midah, Wawa, Asya dan Fiy sedang asyik merakam diri mereka sendiri dengan penuh keterujaan.

"Hati-hati rakam tu korang... takut ada benda lain juga masuk dalam tu... hihihi", usik Kana.

Haaa!!!seriuslah Kana.

Kana hanya ketawa.

"Betul ke Daus?",tanya Midah.

Daus turut ketawa kecil melihat mereka ketakutan sambil berkata, "Kana tu kalau nak mengusik orang nombor satu... tapi apa yang dia cakap tu tak mustahil juga sebenarnya...".

Setelah tiba di satu kawasan, terdapat nurseri kecil-kecilan di situ dan mereka dapat lihat ada trek disitu.

"Kita nak lalu trek ke?",tanya Asya.

"Oh... yang trek ni untuk daki gunung dekat atas sana... biasanya pagi-pagi segar sikit, kalau petang -petang macam bahaya. Sampai sini saja lah untuk petang ni... tak apa lah tengok-tengok dulu kawasan", Daus tersenyum.

Kawasan mini nurseri di situ sememangnya menarik perhatian Lisa. Lisa membelek bunga-bunga di situ. Sehinggalah ke satu tumbuhan itu hampir saja hendak disentuhnya.

"Lisa... Jangan!",kata Daus.

Lisa tersentak memandang Daus. Kelihatan rakannya yang lain sedang sibuk berkeliaran. Dia kembali memandang Daus. Daus pergi ke arah Lisa seraya duduk cangkung di sebelah Lisa yang juga duduk cangkung itu.

"Yang ni bahaya Lisa...", kata Daus kalau nak pegang kena ada sarung tangan. Daus memberi sarung tangannya.

"Oh... terima kasih... tapi ni bukan cempaka tanjung ke... saya belajar landscape, pegang saja bunga ini... tak bahaya pun",kata Lisa.

"Ini cempaka hutan... macam baru nak tumbuh, boleh jadi kalau terkeliru dengan bunga-bunga lain...", beritahu Daus.

"Ohhh bahaya yang boleh bawa kematian ke atau yang merengsakan kulit?",tanya Lisa lebih mendalam.

Daus tersenyum, dia dapat melihat minat Lisa dalam tumbuh-tumbuhan.

"Saya tak ingat, tak sampai kematian tapi mencederakan tubuh badan macam tulah",kata Daus sambil menggaru-garu kepalanya.

"Pakcik... Kana ingat nak bawa kawan-kawan hiking esok pagi", kata Kana.

"Hiking?...", kelihatannya Daus mengerutkan keningnya sambil memandang ke arah lain.

"Alaaaa... boleh lah pakcik...", Kana meminta.

Daus mengeluh sambil tersengih, "hmmm yela yela...".

"Waaaaa terima kasih Daus!!", kata Midah dan Fiy. Asya, Wawa dan Lisa hanya tersenyum melihat gelagat rakan mereka.

Sewaktu, dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Lisa dapat merasakan Daus memerhatikannya. Dia mula rasa sesuatu, tapi dia tidak mahu menjadi perempuan yang senang perasan seperti perempuan tipikal yang lain. Bagi menghilangkan perasaan tertanya-tanya dia bertanya terus kepada Daus.

"Kenapa Daus?".

Semua memandang ke arah mereka sambil meneruskan pejalanan. Daus berasa agak terganggu dengan pandangan mereka.

"Ohh tak adalah dekat situ ada pokok getah yang saya tanam... nak tengok-tengok tu",beritahu Daus.

"Ohhh ahaha...",Lisa menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

"Semua benda Daus tanam! Apa yang dia tak tanam! Haaa kau wa! Contohi Daus! Budak sains hutan kan...",kata Fiy dengan nada gurau kasar.

"Asal aku pula!...ala kau",kata Wawa. Tahu Fiy sedang mengusiknya. Yang lain hanya ketawakan mereka. 

Dalam tawa-tawa itu, Kana sempat sengih memandang pakcik nya. Daus yang terpandang Kana hanya mengangkat kepalanya, dia faham Kana hendak mengusiknya, 'Budak ni...'. Sengih Kana makin lebar berpaling memandang Asya yang juga sedang bercakap dengannya sambil ketawa.

Saat masing-masing sedang seronok bersembang sesama mereka, Daus kembali memerhatikan Lisa yang turut asyik bersembang sesama rakannya.

Hampir saja tiba di kawasan rumah penginapan, Lisa lambat-lambat jalan hingga sebaris bersama Daus. Lisa sebenarnya dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.

"Emm...", perlahan suara Daus seakan-akan hendak memanggil Lisa.

Lisa mengambil kesempatan itu, "ahh Daus cakap dengan saya ke?", katanya secara perlahan sambil menunjukkan dirinya.

"Lisa six sense ke?",bisik Daus.

Lisa terdiam. Soalan yang tak diduga dan agak menyeramkan. Dia berkerut sambil berbisik pada Daus, "kenapa Daus ada nampak sesuatu dekat saya ke tadi... ada benda ikut saya ke?". Lisa cemas.

"Ohh tak ada benda apa pun tapi kot2 lah pernah ada pengalaman ternampak ke kan?", kata Daus.

"Ohh... parents cakap Lisa ni lemah semangat... mungkin pernah nampak tapi Lisa pun tak pasti... setakat ni tak pernah nampak lagi benda-benda yang muka seram-seram.. Kelibat tu mungkin pernah juga lah", kata Lisa. Daus hanya mengangguk, "Ooh macam tu...".

"Lisa!... Cepatla sikit...", panggil Kana. Lisa langsung pergi ke arah Kana. "Kejap!...".

"Bye pakcik... terima kasih",kata Kana sambil melambai dengan tangan Lisa. Lisa hanya sengih.

"Thank you Daus!...".

"Sama-sama... dah dah pergi masuk rumah sana", kata Daus yang berjalan menuju ke rumahnya.

Pada malamnya mereka semua bersiap sedia untuk hari esok pagi. Nampaknya semua tidak sabar untuk pergi mendaki dekat belakang rumah penginapan mereka. Mereka semua tidur di ruang tamu berlapikkan toto, lebih meriah katanya.

***


"Aaaaaaaahhhhhhhhh!!!", jerit Balqis jatuh dari tempat yang tinggi. Lisa yang melihat kejadian itu terasa gerun. Begitu juga rakannya yang lain, kelihatan Kana hanya terdiam. Nampaknya percutian bujang mereka bertukar kepada sesuatu yang tak diduga.

***


Lisa yang sedang menggosok gigi terbayang-bayang tentang mimpinya malam tadi. Dia tahu mimpi itu mainan tidur, tapi dia seakan merasa situasi itu. Tapi ada saja orang yang bermimpi sebegitu, Lisa hanya berfikir positif dan dia juga tidak mahu merosakkan percutian bujangnya bersama rakan-rakan.

Setelah semuanya bersiap-siap, Daus mula membimbing mereka hingga ke trek laluan. Sambil itu Daus bersembang dengan gadis-gadis itu. Setelah beberapa topik dibualkan, mereka berehat sebentar di suatu tempat.

"Lisa... Lisa sebenarnya jenis yang tak pakai spek ke? Sebab masa first time jumpa... Lisa pakai spek?", tanya Daus saja membuka topik perbualan dengan Lisa.

"Oh... saya memang sebenarnya pakai spek tapi banyak aktiviti luar macam ni kan... jadi saya pakai kanta lekap saja", kata Lisa.

"Kalau masa kuliah?",tanya Daus.

"Ohh hahaha, saya pakai spek masa kuliah... biasa yang tak pakai masa aktiviti luar tu sebab takut spek hilang ke rosak ke... yelah duit kan spek tu...", terang Lisa .

"Aaahhh... betul juga" Daus mengiakan.

Lisa makin resah. Setiap langkah mereka seakan bayangan mimpinya. Entah kenapa? Sepatutnya percutian mereka menyoronokkan, tapi Lisa berasa tak sedap hati. Rakan-rakannya yang lain begitu seronok merakam gambar. Dia hanya melayan karenah rakan-rakannya itu.

Daus hairan melihat Lisa. Mungkin rakan-rakannya tidak sedar akan keadaan Lisa yang nampak agak resah. Namun, Lisa pandai selindungkan perasaan resahnya.

"Lisa... okay tak ni?",tanya Daus mengerutkan dahinya. Lisa hanya senyum memandang Daus sambil menggelengkan kepalanya. Daus hanya mengangguk.

Mereka berjalan sehinggalah tiba di suatu tempat, Lisa merasa kelibat sesuatu. Namun, dia hanya mengabaikannya kerana sudah biasa. Lisa memandang Daus, 'rasa tak sesuatu?'. Lisa bertelepati dengan Daus. Daus memandang Lisa, dia dapat mengagak apa yang dimaksudkan Lisa. Daus memandang anak buahnya Kana. Kana hanya mengangguk mengerti.

"Guys senyap sikit... Dekat sini aku tak galakkan kita main telefon tau... tapi kalau nak main juga tak kisah la...",beritahu Kana kepada rakan-rakannya. Mereka juga berhenti bermain telefon kerana berasa lain macam dengan cara percakapan Kana. Suasana menjadi diam seketika. Kawasan air terjun sungai kecil itu diseberangi mereka.

Terasa aman dan tenang jika mereka diam dan menghayati bunyi alam semesta. Kicauan burung, bunyi guguran daun dan bunyi aliran air terjun. Ketenangan alam flora fauna yang sukar  diperoleh di bandar. Mereka kagum sebentar dan terus menyambung perjalanan mereka.

Masa berlalu begitu pantas dan mereka sudah sampai ke puncaknya iaitu trek terakhir.

Wajah Lisa penuh kejutan dan resah di dalamnya. Keadaan tempat yang sama seperti dalam mimpinya. Cuak. Secuak-cuaknya. Rakan-rakannya yang lain semua kagum, teruja. Kerisauan Lisa mengatasi keterujaan. Lisa memandang sekeliling dan terutama sekali Balqis.

Saat mereka hendak pergi ke kawasan curam untuk menangkap gambar. Bunyi keretakan curam kedengaran. Pantas Lisa menolak Balqis.

Namun....

Bagaimana dirinya. ...

Ya, dirinya...

Bunyi jeritan rakan-rakan kedengaran dari atas. Nampaknya, bukan Balqis yang jatuh. Tapi dirinya yang jatuh dari tebing gunung itu. Mimpinya mengenai rakannya yang jatuh disalah tafsir.

Lisa redha, andainya ajalnya disini. Dia amat berharap jasadnya dalam keadaan baik. Wajah-wajah keluarga terbayang di fikiran. Hatinya menyebut-nyebut nama Allah.

Sedikit air mata mengalir. Jatuh dari tebing gunung seakan begitu lama. Namun, dia sedar jasadnya bila-bila masa boleh berkecai. Bunyi derau angin begitu membingitkan. Redha seredhanya. Dia mengenangkan segala yang dilakukannya. Sebelum dia pergi, ada juga hajatnya yang tidak dapat dilaksanakan. Andai masa boleh berputar, ingin dia melakukan kesemuanya sebelum dia pergi.

Namun, sudah terlambat.

Bagaimana agaknya hidup selepas kematian? Itu yang difikirnya.

Air mata di pipi kering begitu cepat dek angin derau jatuh dari tebing gunung.

Saat melayani perasaannya, dia merasakan angin mulai sepoi-sepoi. Sudah jatuh ke dasar kah?

Terasa seperti di dalam pelukan seseorang. Matanya dibuka perlahan-lahan. Tidak tahu gerangan siapa, namun dia di dalam pelukan seseorang. Kepalanya cuba untuk melihat gerangan siapa.

"Tunduk kepala tu... nanti kapal terbang tu nampak kita...".

Suara ini. ..

'Daus?!'

Dia mulai lega. Pegangan dieratkan lagi agar tidak jatuh. Daus tersentak apabila Lisa mengeratkan lagi pegangannya. Daus dapat melihat wajah Lisa yang begitu selesa. Daus juga tersenyum nipis. Lisa malas hendak berfikir bagaimana Daus boleh berada di sampingnya, yang penting dia berasa amat lega.

Sayap Daus begitu besar. Dengan pandangan tenang Lisa hanya melihat. Entah betul Daus atau makhluk lain. Lagipula, kepala Lisa begitu pening.

Akhirnya mereka mendarat di suatu tempat. Kawasan hutan tepi tebing yang pasti. Daus meletakkan Lisa di bawah teduhan pokok-pokok.

Lisa mengurut-urut dahinya yang pening, seraya berkata sambil tersengih , "Memang Daus ke?".

Daus tergelak kecil, "sesiapa saja pun boleh...".

"Ohhh... kita dekat mana ni?",tanya Lisa yang masih pening-pening lalat. Namun, sudah makin lega peningnya.

Daus berjalan mendekati tebing gunung itu, awan sememangnya begitu tebal. Suhunya juga dingin. Lisa bangun dan mengikuti Daus.

"Selamat datang ke kerajaan awan...",sengih Daus lalu menjatuhkan dirinya. Namun dengan sayapnya mebolehkan dia terapung di awan-awan.

'Nampaknya gunung ini lebih tinggi dari yang tadi', getus hati Lisa.

Sejujurnya dia sangat terkejut, namun ekspresinya tidak terlalu menunjuk. Dia hanya kagum ada sesuatu yang dia tidak pernah tahu dan baru tahu.

Bunian ke?

Jin ke?

Kerajaan awan?

Yang pasti dia mahu bangun dari semua khayalannya ini. Namun, tidak salah juga dia ingin meneroka tempat ini.

***


Mereka semua bagaikan histeria tatkala tragedi itu berlaku. Mana tidaknya, Lisa yang jatuh dari tebing gunung. Daus pula yang tiba-tiba terjun dari tebing dengan alasan untuk menyelamatkan Lisa. Balqis berterusan menyalahkan diri sendiri.

"Macam mana ni korang?!"tanya Midah. Fiy dan Tia hanya menangis. Mereka semua gerun. Asya dan Wawa pula menenangkan Balqis. Kana juga tidak menyangka tragedi sebegini akan berlaku. Namun, dia tidak mahu berfikiran negatif. Dia percaya pada pakciknya. Dia yakin dengan izin tuhan pakciknya pasti akan dapat menyelamatkan Lisa.

"Aku nak kita semua bertenang... sekarang aku rasa kita semua berkumpul balik dekat nurseri kecil tadi tempat base first hiking tadi...",Kana rasa bertanggungjawab. Dia risau tempat yang sekarang mereka duduk terdapat tanah gegaran di mana-mana.

***


"Maaf... saya nak tanya... saya dekat mana ya sekarang? Macam mana nak balik ke kampung Janda Baik?", tanya Lisa memberanikan diri.

'Oh ya...', Daus lupa yang dia membawa Lisa ke tempat lebih tinggi.

Daus sengih seraya berkata dengan rasa malu, "kawasan kampung ye.. Biar saya bawakan supaya lebih dekat..".

Lisa hanya membiarkan Daus mendukungnya. Buat masa sekarang dia hanya memikirkan tentang rakan-rakannya yang pasti gerun. Dia juga percaya pada makhluk bersayap yang menyerupai Daus ini, kerana dia sudah tiada siapa sekarang. Lagipula makhluk ini yang menyelamatkannya.

"Tutup mata...", kata Daus. Lisa hanya menuruti. Daus tersenyum nipis, Lisa hanya menuruti semua arahannya.

"Ferhadt!!... Bawa apa tu?", tanya seseorang.

"Barang sikit!!..",kata Daus sambil mengangguk ramah. Ferhadt itu nama panggilannya di kerajaan awan.

Lisa hanya mendengar. Pasti ada penduduk lain di kerajaan awan ini. Itu fikirnya.

Lalu mereka mendarat di tepi tebing gunung yang berdekatan.

"Ini kena jalan lagi tau.. Jauh juga", beritahu Daus.

"Ohh terima kasih Ferhadt", Lisa merasakan nama makhluk itu Ferhadt.

Mustahil Daus terjun dari tebing. Mustahil juga makhluk di hadapannya Daus. Pasti hanya wajah mereka seiras. Fikir Lisa.

Daus hanya gelak di sudut hati. Apabila melihat wajah bingung Lisa. Mungkin Lisa tidak percaya kalau dia sememangnya Daus. Tapi Daus hanya membiarkannya kerana tidak mahu beri Lisa lebih kejutan. Biarlah Lisa berpegang dengan apa yang dia percaya.

"Emm... biar saya tunjukkan jalan. Risau sesat pula nanti...".

"Tak menyusahkan ke?".

"Eh tak... lagi susah kalau manusia macam cik ni sesat dekat hutan... nanti ada binatang buas ke kan",beritahu Daus. Lisa hanya mengangguk menuruti.

Mata Lisa sememangnya tidak lepas memandang sayap Ferhadt itu. Daus juga merasakan Lisa mencuri-curi pandang sayapnya. Tergelak kecil Daus seraya berkata, "nak pegang ke?".

Lisa malu, sudah diketahui yang dia tertarik dengan sayap Ferhadt. Dia tersengih lalu membelek sayap Ferhadt.

Lembut.

Sememangnya lembut.

Lisa mengusap-usap sayap Ferhadt.

Daus tersenyum nipis lagi. Jelas keterujaan di wajah Lisa.

"Nak tanya... kerajaan awan? Apa sebenarnya ya dunia Ferhadt ni?".

"Dekat dunia ni ada bermacam-macam makhluk... bukan sahaja manusia. Di darat ada makhluk... di dalam air ada makhluk.. Begitu juga kawasan awan-awan ni",jelas Daus.

"Ooh...".

"Kadang kala bila manusia darat nampak tebing seakan-akan kawasan perumahan... tu yang kadang-kadang jatuh dari tebing.. Sebab kawasan tu perumahan manusia awan... banyak juga kes macam tu",cerita Daus.

" Mak saya manusia biasa.. Dan ayah saya manusia penduduk awan... kiranya saya ni lebih kepada ayah la",cerita Daus.

"Boleh juga macam tu ya?", Lisa baru tahu.

"Kalau saya berpasangan dengan orang penduduk awan... maka keterunan saya akan lebih dekat kerajaan awan. Jika saya berpasangan dengan manusia. Keturunan saya akan duduk di darat sahaja semuanya...",cerita Daus.

"Ooh".

Agak jauh perjalanan mereka, akhirnya Daus berkata kepada Lisa.

"Sampai sini sahaja... awak ikut air sungai ni... nanti akan bawa awak ke kampung Janda Baik tu. .saya minta diri dulu",kata Daus.

"Terima kasih Ferhadt!...",kata Lisa. Lisa memandang air sungai itu. Dia harus berdikari mencari jalan keluar. Seperti yang dikatakan Ferhadt, dia hanya mengikut aliran air sungai. Tapi semakin dia mengikuti air sungai itu, semakin kecil aliran air sungai. Baru diketahui air sungai yang tadinya berasal dari celah-celah akar pokok. Dia hanya duduk di situ. Berfikir sebentar.

Lama dia berfikir.

"Lisa!!!...".

"Daus!!!",Lisa memandang Daus yang memanggilnya. Senyuman sepenuhnya di wajah Lisa. Air matanya mengalir. Lisa terduduk. 

"Alhamdulillah Lisa selamat...",Daus senyum.

"Saya takut...",katanya sambil mengelap air mata. Sejujurnya dia tidak mahu tangisannya dilihat orang. Tapi dia sudah tidak mampu menahan perasaan takutnya.

Daus memujuk Lisa sambil mereka berjalan sehinggalah Lisa menceritakan semua yang terjadi pada Daus.

Lisa melihat wajah Daus. Sememangnya sama dengan Ferhadt. Lisa melihat belakang Daus. Tiada apa-apa.

'Adakah Daus dan Ferhadt orang yang sama?',tertanya-tanya dibuatnya. Namun, dia tidak mahu orang memandang aneh pada dirinya. Jadi dia hanya mendiamkan soalan yang hendak ditanya. 

Dia asyik memerhatikan wajah Daus.

Daus tahu yang Lisa pasti melihat dirinya sebagai Ferhadt ataupun bingung samada Ferhadt dan Daus orang yang sama. Namun, Daus hanya membiarkannya sahaja. Mereka meneruskan perjalanan mereka.

***


Gadis-gadis kelihatannya cemas.

"Takkan nak tunggu lama lagi Kana!",bentak Asya.

"Haah... kita kena bertindak cepat...",kata Midah.

Kana serabut setelah didesak rakan-rakannya. "Baiklah! Kita panggil orang...", Kana belum sempat menghabiskan kata-katanya.

"Lisa!!!", jerit Balqis tatkala melihat Lisa dan Daus keluar dari celah-celah hutan. Balqis memeluk Lisa sambil menangis teresak-esak. Lisa hanya menggosok belakang Balqis. Lisa penat untuk menangis. Apabila suruh diceritakan hal sebenar, Lisa akan suruh Daus yang ceritakan.

Jadi pemahaman mereka adalah, Daus sempat berpaut pada tebing yang lain dan dia terjumpa Lisa di suatu tempat. Kisah bagaimana Lisa boleh selamat dari terjatuh dari tempat tinggi tidak diketahui.

Lisa hanya menjawab bagaimana dia selamat? Sama sahaja seperti Daus, sempat berpaut pada tebing.

Mendengarkan jawapan Lisa, Kana memandang pakciknya. 'Betulkah?'.

Pakciknya menggelengkan kepala.

"Tapi kenapa?", tanya Kana.

"Lisa tak mahu orang menganggapnya tak betul dan.. Dia nak memudahkan keadaan... kalau beritahu hal sebenar mungkin kedengaran pelik... jadi dia hanya nak meringkaskan perkara...", terang Daus.

"Kenapa pakcik taknak beritahu hal yang sebenar je?... Kesian dekat Lisa... dia jadi bingung", kata Kana.

"Pakcik pun tak tahulah Kana... nak beritahu macam mana?", beritahu Daus tersengih sambil menggaru kepala.

Kana melihat pakciknya seakan-akan suka mengusik Lisa. Namun, baginya hal ini tidak boleh dibawa main-main. Kana risau Lisa trauma. 

"Hei pakcik!... Kana minta maaf tegur ni... pakcik jangan main-main tau.. Lisa tu dia jenis pendam... pakcik tak tahu apa dalam fikiran dia.. Mana tahu dia trauma ke apa?! Pakcik nak bertanggungjawab.. Tu kawan Kana tau! ..", tegas Kana.

Pakciknya mula rasa bersalah apabila diberitahu anak buahnya sebegitu.

Memang benar jangkaan Kana. Kes air terjun sewaktu Lisa kecil pun cukup membuat Lisa takut-takut untuk mandi air terjun.

***


Lisa terjaga dalam keadaan terkejut. Masih termimpi-mimpi tragedi yang terjadi. Persoalannya mengenai Daus dan Ferhadt tidak terjawab. Perasaan ingin tahunya kuat. Sejujurnya dia mula takut untuk mendaki, selepas kejadian itu. Sudah tak terasa untuk tidur semula. Jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Semua kelihatan sudah tidur daripada kepenatan. Namun, Kana tiada.

Lisa mencari Kana. Dia keluar dari rumah untuk menjenguk-jenguk. Kebetulan Kana baru balik dari rumah pakciknya.

"Dari rumah pakcik Daus ke Kana?", tanya Lisa.

Kana hanya senyum seraya berkata, "haah Lisa... tadi ada mak Kana singgah dekat rumah pakcik... tapi sekarang mak Kana dah balik", terang Kana.

"Kana nak pergi balik ke rumah pakcik Daus?",tanya Lisa lagi.

"Tulah... pakcik nak shovel dia yang dia tinggalkan dekat laci dapur... kejap eh".

Lisa hanya mengagguk.

Sebentar saja. Kana kembali bersama shovel pakciknya seraya berkata kepada Lisa, "Jom teman Kana pergi rumah pakcik...".

"Takpa lah... Kana pergi je... lama ke?", tanya Lisa.

"Sekejap je Lisa... bolehlahhh", Kana pujuk rayu. Lisa hanya sengih dan mengikut Kana.

Lisa agak berdebar juga. Bagaimana dalaman rumah pakcik Kana. Dia berasa agak bertuah, dapat melawat rumah Daus sedangkan rakan-rakan yang lain hanya tidur. Mujur dengan lampu di luar yang terang, tak begitu terasa dalam gelap. Rasa takut kurang.

Setelah masuk ke dalam rumah Daus, Kana meminta Lisa duduk sebentar di kerusi. Pakciknya yang keluar dari sebalik tirai agak terkejut dengan keberadaan Lisa di ruang tamu rumahnya. Kana berjalan ke arah pakciknya sambil membawa barang. Lalu dia menepuk bahu pakciknya seraya berbisik, "Be responsible...".

Pakciknya hanya menunduk. Lisa hanya melihat mereka.

Daus memandang Lisa lalu senyum.Lisa kembali membalas senyuman dan sambung memandang-mandang kawasan sekeliling rumah Daus.

"Jemput minum Lisa...", Daus juga duduk sambil meuangkan minuman. Kebetulan air minuman daripada kedatangan mak Kana masih ada iaitu kakaknya.

"Ya ya...", Lisa mengambil sambil melihat-lihat lagi rumah. Tiba-tiba, Lisa terlihat sijil cuti-cuti Malaysia kepunyaan di situ. Terpapar di atas almari.

'Ferhadt Dausi b. Taruza'.

"Itu sijil Daus ke?", Lisa agak terkejut.

Daus mengangguk. Lisa mengerutkan dahinya. Patutkah dia bertanya.

"Daus kan yang selamatkan Lisa?", sudah tertanya. Daus terdiam seketika sambil memandang ke bawah. Daus mengangguk. Sungguh Lisa terkejut.

"Jadi apa sebenarnya yang terjadi ni?",tanya Lisa lagi.

"Lepas Lisa terjatuh...Daus pun terjun untuk selamatkan Lisa...", beritahunya.

"Kenapa tak beritahu yang itu Daus?", tanya Lisa.

"Sebab Ferhadt tu pun nama Daus juga..".

"Kiranya apa yang diceritakan tu pasal Daus lah?".

Daus mengangguk.

Perlahan Lisa bertanya, "Kana pun sama ke?".

"Siapa tahu?..Saya sendiri tak tahu kebolehan dia. Lagipun dia banyak cenderung ke dunia darat...",terang Daus.

Lisa hanya mengangguk.

"Ini rahsia ke?",tanya Lisa lagi.

"Sebolehnya...tapi saya tak rasa yang hal ni jadi masalah besar", kata Daus.

Ooh.. Lisa hanya mengangguk faham. Hal ini tak mungkin dia lupakan. Mana tidaknya tragedi jatuh dari tebing gunung lalu diselamatkan makhluk bersayap.

***


Beberapa bulan sebelumnya...

"Kana... ini siapa?",tanya Daus sambil membelek-belek foto Kana. 

"Ahh kawan lah",ringkas balasan Kana.

"Oohh kawan.. Nama?", tanya Daus lagi.

"Aikk pakcik!.. Tak pernah-pernah pun macam ni? Sebelum ni sibuk memanjang... asal gatal semacam ni?", Kana rasa agak pelik.

"Tak adalah... pakcik Cuma suka tengok saja.. Macam baik budaknya..nampak comel je",tersengih pakciknya.

"Aikk pakcik ni jangan main-main... kata nak jadi orang penduduk awan... takkan nak skandal dengan orang darat pula", gurau kasar Kana.

"Hishh kamu ni.. Pakcik tak kisah jadi orang mana-mana pun... ikut jodoh je.. Tak baik cakap pakcik nak skandal...",terang Daus perlahan.

"Maaflah pakcik.. Gurau gurau.. Nama kawan tu Lisa... dia memang baik... not bad, pandai juga", kata Kana.

"Kenalkan dekat pakcik tau", kata Daus.

"Punya ramai orang dekat sini yang berkenan dengan pakcik tau... kawan Kana juga yang pakcik nak", kata Kana lagi.

"Tula..pakcik suka tengok dia ni.. Setiap gambar ni ada je orangnya... pakcik pun rasa nak kenal", kata Daus lagi.

Sejak dari itu pakciknya sering bertanya soal Lisa pada Kana. Pada mulanya Kana sangka pakciknya tidak serius. Namun, lama kelamaan Kana sudah tak kisah untuk bercerita tentang Lisa.

Keterujaan Daus membuak-buak apabila mendapat tahu kawan-kawan anak buahnya hendak hadir untuk bercuti. Lebih-lebih lagi ada Lisa.

***


Hari terakhir mereka di Janda Baik sedikit sebanyak memberi mereka banyak pengalaman baru. Sememangnya banyak perkara yang tak dapat dilupakan.

Kana tidak ikut bersama mereka. Maklumlah disitu sememangnya rumah Kana. Tinggal mereka yang lain sahaja pulang ke rumah masing-masing untuk sambung cuti.

Lisa hanya melambai dari dalam kereta Wawa. Daus hanya tersenyum dan melambai ke arah Lisa sambil membuat gaya jemput datang lagi.

Lisa tersengih asing. Agak terusik dengan gaya pakcik Kana itu. Orang yang telah menyelamatkannya dari jatuh gunung. Namun, Lisa tidak terlalu berharap. Dengan wajah yang agak berupa seperti Daus takkan tiada kekasih hati.

Namun, persoalannya tentang kerajaan awan masih lagi tidak terjawab sepenuhnya. Dia mula rasa minat terhadap dunia selain dunianya. Mungkin benar juga, yang dia mungkin akan kembali ke kampung Kana. Siapa tahu...

Masing-masing melambai antara satu sama lain.

*TAMAT*


Lagu didengar semasa menaip:

-3D Kanojo: Real Girl Opening

-Caligula Ending Song- Hypno




Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.