2,905
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Profesor Alex & Sejarah Pulau Ilusi

Maria keluar daripada sebuahteksi berwarna kuning yang dinaikinya dari rumah sebentar tadi. Selepasmembayar wang tambang kepada pemandu teksi berkenaan, dia bergegas keperkarangan Fakulti Sains Sosial Universiti Nakhoda Ilusi (UNI) yang Nampaktenang tetapi riuh dengan para pelajar yang hampir sebaya dengannya. Mariamelontarkan senyuman ke arah sekumpulan pelajar yang sedang duduk di sebuahkanopi yang terletak di perkarangan fakulti itu. Kehadiran Maria menarik perhatianmereka. Mereka membalas kembali senyuman Maria sambil mengangkat tangan.Sebetulnya Maria tidak kenal dengan mereka. Cuma pernah beberapa kali merekabertembung. Dari situ, Maria dapat mengecam wajah mereka. Mereka semestinyasekumpulan pelajar tahun pertama yang masih menikmati dunia remaja akhir yangmenyeronokkan.

            Maria memasuki dewan kuliah. Matanya melilau mencarirakannya Suria. Selalunya, pada waktu begini, dia awal-awal lagi sudah sampai.Tetapi sampai sekarang, masih tidak kelihatan. ‘Di mana Suria ni?’ kata Mariadi dalam hati. Kuliah akan bermula lebih kurang lima belas minit sahaja lagi,pelajar-pelajar lain semuanya sudah mengambil tempat duduk masing-masing danmemenuhi ruangan bilik kuliah itu. Maria pantas menghantar mesej ringkas kepadaSuria.  Beberapa minit kemudian, Suriamembalas kembali mesej dan memaklumkan yang dia kurang sihat.

            Suara para pelajar yang berbual-bual sejak dari tadibertukar senyap seketika apabila seorang lelaki segak masuk ke dewan kuliahitu. Dia bergaya kemas namun wajahnya sedikit berkedut kerana usianya yang agaklanjut. Dia merupakan seorang pensyarah yang telah lama berkhidmat diUniversiti Nakhoda Ilusi. Dia tersenyum ke arah semua pelajar.

            “Selamat pagi semua” ucap Profesor Alex kepada semua.Suaranya kedengaran berlainan sedikit hari ini.

            “Selamat pagi Prof Alex” semua yang berada di dalam bilikkuliah menjawab. Cuba mengajuk cara pelajar sekolah menjawab salam dari gurumereka. Profesor Alex tersenyum sekali lagi. Keletah semua yang berada di dalamkuliahnya itu mencuit hatinya. Profesor Alex memandang ke arah jam tangannya.

            “Hari ini saya tak bercadang untuk bercakap panjangkerana saya hmmm…hmmm….” dia berdehem beberapa kali. Suara kedengaran parau.Tekaknya terasa sedikit perit. “Faham-faham sahajalah ya…. Dan saya pasti awakpun tak suka nak mendengar syarahan saya awal-awal pagi dengan suara begini.Hari ini, kelas kita akan ditamatkan awal sedikit awal daripada biasa” kataProfesor Alex. Beberapa orang pelajar tersenyum apabila mendengar kata-kataProfesor Alex itu.

            Profesor Alex membuka fail yang dibawanya. Lampu bilikkuliah itu ditutup dan skrin LCDdihidupkan. Beberapa gambar terpancar di skrinbesar.

            “Mungkin, awak semua sudah banyak kali mendengar mengenaisejarah negara kita Ilusi sejak awak berada di bangku sekolah lagi. Dan sayapasti, ada yang sukakan subjek ini dan tak kurang juga yang lansung tidakberminat. Jika awak tanya saya, tentulah saya kata saya suka. Jika tidak,mengapa saya ada di sini.” Profesor Alex memulakan syarahannya dengan lawakjenaka spontan. “Tetapi… terus terang saya katakan yang saya tak berapa sukasubjek ini bila peperiksaan tiba” beberapa orang pelajar tergelak kecilmendengar kata-kata Profesor Alex.

            “Walau apa pun, sejarah amat penting kerana kita belajardaripada masa silam. Segala apa yang terjadi pada hari ini mempunyai taliandengan apa yang terjadi pada masa lalu. Kita juga adalah produk masa silamkita. Jadi sejarah amat penting kerana ia boleh dijadikan panduan danpengajaran kepada kita.” Profesor Alex meneruskan syarahannya. Kata-katapensyarahnya itu membuatkan Maria teringat kembali zaman persekolahannya.Subjek sejarah adalah antara subjek yang paling diminatinya kerana ada banyakcerita yang boleh didengar daripada gurunya. Tetapi, seperti Profesor Alex, diatidak suka menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran itu.

            Dia masih teringat lagi mengenai fakta-fakta sejarahnegaranya yang dipelajarinya dahulu. Mengenai petempatan awal di Pulau Ilusi,kedatangan Harek, seorang tokoh yang telah mengubah Zuria menjadi antara tempattumpuan dunia, penggabungan Pulau Ilusi dengan Zuria, kemerdekaan Ilusi,pemimpin-pemimpin yang membangunkan Ilusi dan juga beberapa tragedi suka-dukamasyarakat dunia. Semuanya masih tersemat di dalam ingatannya.

            Topik yang paling digemarinya ialah Harek dan PengasasanZuria. Guru yang mengajarnya ketika itu ialah Cikgu Shahril.

            “Hari ini kita akan mempelajari satu lagi topic pentingdalam sejarah Ilusi. Seperti mana yang kita ketahui, Ilusi dahulunya merupakansebahagian daripada Zuria. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kitamengetahui sejarah kerajaan Zuria. Topik kita hari ini adalah ‘Kedatangan Harekke Zuria’” Cikgu Shahril memulakan pembelajarannya.

            “Pada mulanya Zuria hanyalah sebuah kawasan perkampunganyang diduduki oleh para petani yang menjalankan system ekonomi… apa?”

            “Sara diri!” Jawab semua pelajar yang berada di dalamkelas itu. Maria juga antara satu daripada mereka.

            “Bagus! Kemunculan Zuria sebagai empayar bermula denganpenubuhannya oleh Harek iaitu seorang putera raja dari negara Kasturi. Harekmempunyai kaitan kekeluargaan dengan Kerajaan Pasadianka iaitu sebuah kerajaanyang amat besar untuk beberapa abad. Harek dan pengikutnya terpaksameninggalkan Kasturi yang berada di bawah kekuasaan Pasadianka. Pada tahun1200, rombongan beliau telah tiba ke Batang Hati yang mana ketika itu berada dibawah kuasa kerajaan Sara-sara.” Cikgu Shahril menunjuk ke arah peta minda yangdilekatkan di atas papan hitam.

            Harek berhasrat untuk menguasai Batang Hati. Namun, padatahun 1202, Harek terpaksa keluar dari Batang Hati kerana ancaman dari pihakPasadianka yang mempunyai hubungan baik dengan Batang Hati. Sekitar tahun yangsama, Harek bergerak ke barat dan akhirnya mereka sampai ke satu kawasan yangindah dan aman. Penduduk di kawasan tersebut merupakan petani dan Harekbercadang untuk membina petempatan di situ kerana menurut firasatnya, kawasanitu mempunyai potensi untuk maju. Harek menamakan negeri itu Zuria danbersungguh-sungguh untuk membangunkannya.” terang Cikgu Shahril panjang lebar.

            “Baiklah. Kuliah kita tamat hari ini” Profesor Alexmenamatkan kuliahnya. Selepas mengucapkan terima kasih kepada para pelajarnya,Profesor Alex segera berkemas. Lampu bilik kuliah dihidupkan. Maria pergimendapatkan Profesor Alex yang masih lagi berada di podium.

            “Ya Maria” kata Profesor Alex sejurus sahaja Mariamendekatinya.

            “Prof bawa buku yang saya nak pinjam tu?” tanya Maria.Wajahnya tersenyum.

            “Ada…” Profesor Alex mengambil beberapa buah buku danfail dari beg gagangnya yang berwarna hitam dan menyerahkannya kepada Maria.“Ini dia buku dan sedikit nota untuk kamu baca”

            “Terima kasih Prof” ucap Maria. Dia tersenyum lagi.

            “Kamu nak ke mana lepas ni?”

            “Ke kafe. Sebab saya belum sarapan lagi”

            “Eh. Kamu tak sarapan lagi?” tanya Profesor Alex. Mariahanya menggelengkan kepala. “Lain kali sarapanlah dulu sebelum datang kekuliah.” Nasihat Profesor Alex. “Mmm… saya kena pergi dahulu ni, ada perkarayang perlu saya uruskan.” Lelaki itu meminta diri.

            “Baiklah. Jumpa lagi” ucap Maria. Profesor Alexmengangguk sambil tersenyum. Dia pantas berlalu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.