Home Cerpen Cinta Yours (SELESAI)
Yours (SELESAI)
ae0907
17/12/2021 10:25:41
3,989
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta
Buku nota berbentuk hati itu Adam letakkan di atas meja belajarnya setelah sekian lama menatapnya. Entah mengapa, sejak dahulu lagi Adam merasakan sebuah ke'kosongan' dalam hatinya tatkala membelek setiap helaian buku tersebut. Seolah-olah ada sesuatu yang kosong begitu sahaja bersama sebuah perasaan yang tidak boleh diertikan olehnya.Memori sebuah buku mengingatkan Adam kepada seseorang yang sangat bermakna baginya.Iaitu sahabatnya, Aira.Seseorang yang dia gelar sahabat ketika dahulu. Namun, kini gelaran itu hanya terpatri indah di dalam buku hati itu.Air mata itu berharga,Setitis mata itu,Terlalu berharga untuk dikeluarkansaat kau bahagia,Bukan kerana menangisi sesuatuyang menyakitkan. 


 Adam masih ingat, kata-kata puitis yang Aira tujukan padanya. Sahabatnya itu sangat menyukai puisi.Bagaikan romeo dan juliet versi Melayu, mereka itu lebih suka mengutaran puisi yang cukup dan hanya dikhaskan untuk kedua mereka sepanjang mereka meneruskan hidup mereka sebagai sahabat.Kata seseorang, puisi itu kehidupan. Ayat-ayatnya tampak ringkas, namun memahaminya itu seolah membaca keseluruhan isi yang tersimpan. Kata tersiratnya, jika dicari tidak akan pernah habis.Dan, Adam mengakui. Kata seseorang itu benar.Dan seseorang itu adalah, Aira. 

 "Kenapa termenung?"Pertanyaan seseorang nyaris menyentakkan Adam yang sibuk dengan monolog dunianya, tidak menyedari dirinya berada di mana sekarang. 

 "Tak ada apa. Cuma teringatkan sesuatu, " ucap Adam setelah menghela nafas. 

 "Oh,"Adam tersenyum nipis. "Kau pernah rindukan seseorang?" 

 Yang ditanya itu menoleh. "Rindukan seseorang? Rasanya, setiap hari."Dia adalah Wafiy Harith, kawan baik yang datang setelah Aira. 

 Adam hanya tersenyum tipis mendengar jawaban Wafiy. 

 Wafiy menghela nafas. "Kenapa? Masih rindukan Aira?" 

 Tentu sahaja Wafiy tahu mengenai Aira. Bayangkan, setiap hari Adam mengatakan bahawa dia sangat merindui seseorang yang dia gelar sahabat itu.

"Wajar saja kalau rindu itu ada. Bukan namanya manusia kalau tiada rasa rindu. Bahkan sekecil apapun itu," 

 Adam membalas senyuman itu dengan tenang. "Andai rindu itu tiada, ada kata lain untuk diucapkan selainnya?" 

 "Ada," Wafiy menoleh ke hadapan. "Doa," 

 Adam mengetahui itu. Itu adalah jawapan yang sering dia tanyakan kepada Aira. 


 "Aira!" 

 Gadis itu menoleh seraya tersenyum melihat siapa yang datang. 

Dia mengangkat kedua alisnya."Kenapa?" 

 Adam hanya terkekeh. "Aira tahu apa itu erti rindu? Kenapa hanya ayat itu yang ada? Atau ada yang lain?" 

 Aira menatap manik Adam dengan tulus, setelah itu dia tersenyum sembari mengangguk."Ada," 

 "Apa dia?"Aira mengeluarkan buku notanya dan menulis sesuatu. 

 - Rindu dan doa itu sama ertinya. Namun berbanding rindu, utamakan doa. Jika hanya rindu, ianya hanya membebankan perasaan dan diungkapkan hanya pada kita. Tetapi doa, ianya dapat dihantar terus melalui Tuhan kepada tuannya. 

 Hati Adam terenyuh melihat setiap baris ayat yang ditulis Aira.


 **** 


 Tidak terasa senja sudah menjelma. Kehidupan seharian kini kian cepat waktunya. Pejam celik, sudahpun malam. Pejam celik sekali lagi, datangnya mentari yang menghiasi pemandangan pagi.Adam bangkit dari tidurnya dan melaksanakan rutin paginya. Mandi, solat, bersiap-siap dengan pakaian biasa dan akhirnya berbaring di atas katilnya semula. 

 "Adam!"bSang ibu memanggilnya dan langsung disahuti jelas. 

"Ya, ibu?"

"Adam nak ikut umi pergi kat kebun strawberi?"Adam memincingkan matanya sekilas. Hampir lupa bahawa keluarga besarnya mempunyai ladang strawberi. Dan, kawasan rumah mereka berada di kawasan pergunungan yang subur. Sesuai sekali untuk tanaman strawberri, anggur dan juga sayuran.Adam menyetujui ajakan sang ibu. Kebetulan sekarang waktu cuti semester. Sebab itulah dia berada di rumah. Jika tidak, dia mungkin berada di bilik rumah sewa di universitinya. 

 Perjalanan ke kebun strawberi hanya mengambil lebih kurang lima belas minit. Sebelum ke sini, Adam dan sang ibu sudahpun lengkap memakai jaket dan juga kasut supaya hangat.Adam mungkin hampir lupa bahawa keluarganya mempunyai kebun strawberi kerana kali terakhir dia ke sini beberapa waktu yang lalu.Bersama sahabatnya, Aira.Melihat sang ibu yang kini rancak berbual dengan abang dan ipar, Adam memutuskan untuk pergi ke suatu tempat yang pernah menjadi nostaglianya bersama sang sahabat beberapa tahun dahulu ketika mereka masih lagi kecil.Mengingati semua itu membuatkan Adam tersenyum sendiri. Terlalu banyak kenangan indah, sehingga dirinya berasa menyayangi dan menganggap Aira lebih daripada sekadar sahabat.Tetapi, hal itu tidak dapat diungkapnya sama sekali dan hanya disimpan rapi dalam jiwanya. 

 Adam masih ingat betapa Aira sukakan strawberi. Setiap kali gadis itu datang, dia akan membawa sebekas coklat Cadbury ataupun Hershey yang sudah dicairkan, lalu mencelupkan buah strawberi yang mereka kutip dan makan bersama. Bahkan dirinya ketika itu kurang menyukai strawberi kerana rasanya yang masam, mula ketagihan dengan cara Aira. 

 "Adam?"Adam menoleh, mendapati sang ibu yang menatapnya dengan senyuman kecil."Temankan ibu kutip buah?" 

 Adam membalas senyuman sang ibu sembari mengangguk. "Baik, ibu." 

 Adam sesekali memasukkan buah yang terlihat matang setiap kali melalui deretan pokok strawberi. Dan, tidak keberatan untuk menikmati satu dua strawberi besar dengan tangannya sendiri. Lagipun ini adalah kebun keluarganya, tiada yang akan marah. 

 "Maafkan ibu," 

 "Kenapa?" tentu sahaja Adam terkejut kerana tiba-tiba sang ibu meminta maaf kepadanya. 

 Sang ibu hanya tersenyum miris. "Kerana bawa Adam ke sini, Adam jadi teringatkan Aira." 

 Adam mengemamkan bibirnya seketika sebelum mula mengukirkan senyuman tipis."Kenapa ibu minta maaf? Adam memang selalu teringatkan Aira. Lagipun, sekarang keadaan dah berbeza dan Adam kena terima hakikat yang keadaan yang dulu tak akan jadi macam sekarang. Adam ada ibu. Adam ada keluarga Adam," 

 Adam terdiam sejenak sebelum mula menyambung bicaranya,"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tidak kira ianya pertemuan yang singkat ataupun lama. Adam datang sini sebab Adam nak bersama dengan ibu. Dan, teringat tentang Aira mungkin ianya hanya sementara dan Adam hanya simpan kenangan itu sampai bila-bila," 

 Sang ibu itu menatap Adam yang terlihat baik-baik sahaja. Dia tahu betapa rapatnya Adam dan Aira sejak kedua mereka kanak-kanak sehinggalah remaja. Kedua mereka sentiasa bersama tidak kira keadaan mereka ketika itu terlihat sedih, gembira. Mereka tidak pernah bergaduh dan terus menyelesaikan sekecil apapun. Namun mereka dipisahkan dengan kejadian tidak diduga, membuatkan Adam menangis semalam dan berterusan. Hal itu membuatkan nalurinya sebagai seorang ibu tersayat.Dia juga sayangkan Aira, sama seperti sayangnya kepada Adam. Aira seorang gadis yang baik, periang dan juga sentiasa memperlihatkan senyuman yang manis. Siapa yang melihat senyuman gadis itu, pasti akan ikut tersenyum. 

 "Ibu sayang Adam... Dan juga Aira. Sangat...,"Adam membawa ibunya ke dalam pelukan seraya mengecup pucuk kepala sang ibu dengan sayang. "Adam pun sayang ibu, more than you know," 


 **** 


 Selain berpuisi, Adam seorang yang suka mengolahkan kata-kata puisi itu kepada lirik lagu yang santai. Namun kali ini, dia menulisnya dengan tulus dan juga penuh erti. Untuk satu-satunya kesayangnya setelah sang ibu. Bahkan lagu untuk ibunya itu sudah dia alunkan ketika acara keluarga tahun lalu.Adam melangkah menuju ke arah piano yang berada di sudut biliknya. Dia masih ingat lagi, ketika dia mengajarkan Aira bermain piano. Senyum gadis itu terus melekat pada ingatannya. Semenjak gadis itu pergi, dia tidak lagi atau tidak pernah menyentuh dan memainkan lagi.Namun hari ini, Adam mahu mengubah dirinya supaya bangkit. Menganggap bayangan Aira hanyalah sebagai memorinya yang terindah, bukan membuatkannya terpuruk seperti lelaki yang menyedihkan.

Dengan perlahan tapi pasti, dia membuka piano yang memamerkan puluhan nots. Seraya mendudukkan diri, dia membuka helaian buku lagu yang sudah berhabuk.Belekannya terhenti kepada satu lagu yang masih dia simpan, khas untuk Aira. Meskipun ada doa yang akan selalu mengalir untuk diberikan kepada gadis itu, tidak salah bukan memainkannya alunan setidaknya sebagai penghantar rindu seperti pujangga sepertinya meskipun satu kali? 


 ðŸŽ¼ðŸŽ¼ðŸŽ¼ 

 A deeper day 

 My shadow has gotten longer 

 Far away, the sun goes down 

 Maybe it’s lost in the darkness, 

 Which is getting deeper 

 Wonder if I’ve trapped here 

 The place that still breathe I have to get closer to there 

 Every day you seem too far away 

 Every time you do I tell myself I’m waiting right here 

 Every night I see you in my heart

 Every time I do I end up crying 

 When I call you in the darkness 

The thing that I can hear Is my deep breaths... 

 The place where time has frozen 

 Now I have to turn back everything 

 Every day you seem too far away 

 Every time you do I tell myself I’m waiting right here 

 Every night I see you in my heartEvery time I do I end up crying 

When I call you in the darknessThe place where the rising sun is breathing I’m still frozen like this 

 Every day you seem too far awayEvery time you do I tell myself I’m waiting right here... 

 Every night I see you in my heart 

 Every time I do I end up crying 

 When I call you in the darkness... 


 Satu titis air mata Adam mula jatuh setelah instrument piano itu sudah berakhir. Bukan kerana lirik lagu itu, tetapi sebuah surat kecil yang terlihat usang yang tidak sengaja jatuh ketika dia mahu menutup buku itu. 


 Untukmu sahabat yang ku gelarkan pelangi, Adam... 


 Assalamualaikum sahabatku yang bernama Adam? Apa khabar dirimu? Apakah kamu baik-baik sahaja sambil membaca suratku ini? Kerana kita berdua menyukai puisi, jadi aku menulisnya dengan penuh puitis, semoga kamu yang membaca menghayatinya dengan dramatik.

 Perjalanan hidupku bersama kamu itu terlalu indah, seindah pelangi selepas hujan. Aku dan kamu tahu, pelangi tidak akan datang selalu, tetapi setiap kali membicarakan tentang pelangi setelah hujan, membuatkan kita terus memikirkannya, mengabaikan luka hujan yang lebat.Kamu terlalu berharga bagiku. Kerana itu aku tidak mahu membuatkan kamu sedih seperti kamu sedih ketika aku diejek oleh rakan-rakan kerana kekuranganku ketika kita berada di sekolah rendah. Kamu memelukku dan menjagaku, selayaknya seorang pahlawan yang menjaga puterinya. 

 Mengingati hal itu membuatkan aku tersenyum dan menganggap kamu lebih dari sahabat. Aku mahu kamu bahagia dan terus ukirkan senyuman kepada sesiapapun. Kamu dan ibu kamu, sangat berharga buatku si gadis yang hanya tinggal di pusat khas.Pertemuan kita ketika itu cukup lucu, mungkin kerana kamu tidak mengerti apa yang aku cuba sampaikan kepadamu dan umur kita ketika itu terlalu awal untuk mengenali. Untung ibu kamu memahami dan mengajari kamu untuk lebih mengenali aku.Dan sebagai balasannya, aku mengajari kamu puisi, sehingga kamu sering bertanya kepadaku apa itu erti rindu, sayang dan beberapa kata indah yang lain. 

 Maaf kerana pergi terlebih dahulu. Sejak kita sama-sama berumur 15 tahun, aku mengalami perdarahan di bahagian leherku yang merupakan punca aku mempunyai kekurangan dalam pertuturan sejak kecil. Aku tidak mahu kamu tahu kerana aku tahu kamu pasti sedih dan aku tahu aku tidak mampu menggembirakan kamu.Maafkan aku kerana menukarkan suasana pelangi menjadi mendung dan berakhir lopak. Aku menyayangi kamu atau lebih tepat, mencintai kamu lebih dari sahabat.Tutuplah lopakmu dengan air mata bahagia supaya lopak yang kamu lihat itu adalah diri kamu yang bahagia, bukan yang sentiasa bersedih.Bahagia itu, apabila kamu dapat mengukir senyuman. Dan tersenyumlah, kerana aku akan ada selalu di sisimu. Sentiasa. 

 Untuk terakhir kalinya, terima kasih sahabatku, cintaku, Adam kerana menjadi pelangi bagiku. Aku sayang kamu. Moga hidup kamu dipenuhi dengan warna-warna pelangi yang indah. 


 Daripada sahabat mataharimu,Aira

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.