Home Cerpen Cinta APABILA JODOH ITU ADA
APABILA JODOH ITU ADA
Zetty Najwa
1/4/2013 20:24:22
6,624
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

(bahagian tiga)

Sanak-saudara yang sebentar tadi memenuhi perkarangan Banglo Al-Amin kini sudah memenuhi Masjid Negara, Kuala Lumpur. Bukan sahaja saudara-mara, malah sahabat handai aku jua turut datang. Perkahwinan aku ini memang dibuat secara besar-besaran atas kehendak umi, abi dan bakal keluarga mertuaku. Tapi, siapakah bakal suamiku? Bagaimana rupanya? Aku jadi mengeluh memikirkannya. Ya, aku akan terima dia seadanya! Buat Azam, Selamat pengantin baru.

“Arissa, pengantin lelaki dah sampailah.” Bisik Sha ke telingaku.

Mataku hendak mencuri-curi pandang wajah pengatin lelaki. Tetapi begitu samar akibat terlalu ramai yang berkumpul melihat pengatin lelakinya. Ahh, mengganggulah mereka ni! Yang nak nikahnya aku, mereka pula yang excited melihat pengatin lelakinya.

“Ya Allah, Arissa! Pengatin lelakinya....” aku terkejut apabila menyaksikan reaksi Sha melihat pengatin lelaki itu. Sha seperti teragak-agak nak bercakap.

“Apanya, Sha? Cakaplah. Kenapa dengan pengatin lelaki itu?” aku jadi tertanya-tanya. Aku benar-benar berdebar.

“Tak ada apa-apalah. Saja aku nak buat cuak. hehehe” Gurau Sha dengan ketawa kambingnya.

“Kau ni jangan buat aku gelabah!” Satu cubitanku hinggap dilengan Sha. Sha mengaduh sakit. Tapi wajah Sha bagaikan menyorok teka-teki yang buat aku semakin gusar.

Mikrofon yang digunakan tuk kadi mula bergema masjid. Kiranya, majlis akad nikah akan bermula.

“Baiklah. Saya mulakan ya?” Ujar tuk kadi itu.

“Nama pengantin lelakinya..err.. Tengku Raziff Azam bin Tengku Khaliff Azril ya?”

“Ya saya.” Lelaki itu menjawab.

Aku terkedu. Tengku Raziff Azam?! Dengan pantas, aku berdiri dari tempat dudukku.

“Azam!” Aku sedikit terjerit apabila sebaik sahaja aku berdiri, dihadapan tuk kadi itu dengan jelas adalah Azam, bakal suami aku!

“Arissa...” Azam bersuara lembut. Tetapi dia tidak bereaksi terkejut “beruk” seperti aku pun. Adakah dia sudah mengetahui dari awal?

Semua yang berada didalam masjid itu memandang tepat kearah aku. Ahh! Aku tak peduli! Yang aku kesahkan sekarang ini, mengapa Azam tidak beritahu selama ini dia adalah bakal suamiku? Dia permainkan perasaaan akukah selama ini?!

“Azam, macam mana awak boleh berada disini? Awak ke yang jadi bakal suami saya? Ya Allah, aku ini mimpi ke? Saya tak percaya yang menjadi pengatin lelaki itu adalah awak, Azam. Saya tak mahu teruskan perkahwinan ini sekiranya awak tak bagi penjelesannya sekarang juga!”

Azam ketawa kecil. Lalu, dia juga turut berdiri. Sekarang, para tetamu memandang ke arah Azam pula. Wah, para tetamu hari ini dapat tonton drama freelah nampaknya.

“Arissa, pada asalnya saya tak tahu pun pengantin perempuan itu adalah awak. Tapi semasa saya sedang perjalanan hendak ke sini, saya membaca kad perkahwinan kita. Saya terkejut apabila nama pengatin perempuan yang tertulis disitu adalah awak, wanita yang saya impikan untuk menjadi isteri saya. Sebab itu, saya rasa begitu teruja untuk berkahwin dengan awak, Arissa.” Kata Azam dengan hati yang begitu senang sekali.

Aku jadi terkedu. Aku benar-benar tak sangka selama ini lelaki yang umi dan abi nak jodohkan adalah kekasih aku sendiri. Aku memandang wajah umi dan abi yang terpinga-pinga. Begitu juga wajah pucat ibu azam, Puteri Aisyah Safie, wanita yang dahulu menolak aku mentah-mentah untuk menjadi isteri Azam. Sekarang, dia sendiri yang dah beria-ia meminang aku tanpa tahu aku yang sebenarnya!

“Umi, abi. Maafkan adik. Sebenarnya, Azam inilah bekas kekasih adik. Adik mahu dia menjadi suami adik, menantu umi dan abi. Puan Aisyah, benarkanlah anak puan, Azam, menjadi suami saya. Untuk pengetahuan puan, sayalah kekasih Azam yang dahulu puan tolak untuk menjadi menantu puan. Janganlah memandang sebelah mata pada saya kerana dahulu saya tidak bagus dalam pelajaran ketika zaman persekolahan. Tetapi saya ada maruah dan matlamat yang tinggi untuk menjadi manusia yang berjaya dan berguna. Percayakanlah saya, puan. Restuilah kami.” Aku berlutut dihadapan ibu Azam. Aku mahu buktikan padanya, siapa aku.

“Maafkan saya, Rissa. Saya tak pernah nak mengetahui diri kamu yang sebenar semasa menjadi kekasih Azam. Tapi, saya dah menilai kamu semasa saya merisik kamu pada Al-Amin dan Aisyah. Kamu benar-benar wanita yang tak pernah putus asa. Malah, sekarang saya pun baru tahu kamulah yang bertakhta di cinta Azam. Jadi,sebagai tebus kemaafan saya sebab sudah menolak kamu dahulu, sudilah untuk menjadi isteri azam, menantu saya. Ya?” Ucap Puteri Aisyah Safie sambil mengalirkan air matanya.

Aku tak mampu berkata-kata lagi. Aku terlalu bersyukur dan gembira kerana akhirnya aku mendapat restu untuk bersama dengan cinta sejatiku!

“Puteri Arissa Adriana binti Tengku Al-Amin, didalam rumah Allah S.W.T. ini dan rahmat dari-Nya, saya ingin meminang awak disaksikan ibu bapa kita dan seluruh tetamu disini, sudikah awak menjadi isteri saya, bidadari saya untuk dunia dan akhirat?” Pantas aku berdiri kembali dan memandang ke arah Azam. Selamba sahaja Azam mengucapkannya dengan menggunakan mikrofon tuk kadi. Aduh, segannya!

Airmata kegembiraan laju menitis dari kelopak mataku. Ya Allah, moga ini adalah keputusan aku yang dirahmati-Mu.

“Dengan rahmat-Mu, Ya Allah yang Maha Besar, saya menerima pinangan Tengku Raziff Azam kerana nikmat cinta yang Engkau berikan dan kerana-Mu, Allahuakhbar.” Senyuman aku terukir. Inilah kenangan aku yang paling bahagia. Terima kasih, Ya Allah.

Aku kedengaran suara-suara didalam masjid itu mengucap syukur. Makin bertambah bahagia aku merasa, begitu juga dengan Azam!

“Alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah memberi rahmat dan kebahagiaan yang berkekalan pada pasangan dan para tetamu disini. Insya-Allah. Errr..Dah habis drama? Saya nak mula ni. Kalau ya pun, bagilah balik mic saya tuh.” Pantas tuk kadi tuk ambil kembali mikrofon ditangan Azam. Tetamu mula ketawa melihat gelagat tuk kadi itu. Aku dan Azam berasa malu juga sebab sempat ber”drama”.

Dengan satu kali lafaz, Arissa kini menjadi isteri Azam yang sah. Maka, selesailah sudah majlis akad nikah pasangan tersebut. Sebaik selesai solat sunat, mereka kembali ke Banglo Al-Amin untuk menikmati sedikit jamuan. Ada juga saudara-mara dan tetamu lain sibuk untuk persiapan majlis persandingan esok.

“Azam, awak tak mahu join family lain dekat bawahkah? Awak tak lapar?” Tanyaku selepas aku masuk ke bilik pengatinku.

“Tak mahulah, Sayang. Saya masih kenyang. Lagipun, saya rasa letih pula. Marilah sini, duduk sebelah saya ya!” pujuk suamiku. Aku duduk di hujung katil, sebelah Azam.

“Ris, sepanjang kita bercinta saya tak pernah sentuh awak. Kalau keluar date pun, sentiasa ada teman. Sekarang ni, saya dah pun bergelar suami awak. Rasa bagaikan semuanya mimpi! Subhanallah.” Katanya sambil memandangku. Tangannya memegang erat tanganku.

“Mestilah. Sebelum bernikah, kita ada batasnya yang kita kena jaga. Awak, saya sayang awak! Alhamdulillah.” Aku melentokkan kepalaku dibahunya.

“Saya pun sayang awak juga!” Kepalanya juga dilentokkan ke kepalaku.

“Awak, inilah indahnya apabila cinta direstui... Segala-galanya indah kerana dari-Nya, Allah S.W.T. yang Maha Agung, lagi Maha Pengasih.” Ucapku untukmu, Suamiku dan untuk-Nya.

***TAMAT***

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zetty Najwa